Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM DI SELURUH DUNIA

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Maaf Zahir & Batin
Dari Azlina Sekeluarga @ Terminal Hijrah


POPIA BERSIRA PEDAS




Assalamualaikum semua, sempat lagi akak nak tayang popia pedas hasil resepi dari dapur Mas ni. Akak buat bersama anak2 semalam lepas iftar... bab menggulung kulit popia ni suka sangat la depa semua. Yang paling bongsu si Amsyar pun sibuk nak buat, kalau tak bagi menangis pulak. So, kami pun pakat buat beramai2.
 
Memang asyik rasanya bila mengadap popia pedas ni. Anak2 akak semuanya suka. Sebaik je siap depa berulangkali makan. Nasib baik buat banyak...Bagi sesiapa yang teringin nak rasa kerangupan popia pedas ni silalah cuba resepinya dibawah ni yang akak copy dari dapur Mas, terima kasih yea sebab sudi berkongsi resepinya. Anda juga boleh klik di SINI <<
 
 
Resepi : MasDuniaku
 
Bahan :
  • 1 bungkus besar kulit popia 
  • 1 biji telur - pukul sikit @ bancuhan tepung gandum pun boleh
 
Bahan untuk sambal :
 
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 biji sederhana bawang besar - dikisar
  • 1 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
  • garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 5 sudu besar gula                              
 
Bahan sampingan :
  • ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
  • kacang tanah - goreng tanpa minyak
  • bijan - goreng sikit tanpa minyak


Cara membuatnya :
  1. Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur @ bancuhan tepung gandum.
  2. Kemudian gunting serong - serong hingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
  3. Angkat dan toskan sebentar. Jangan biarkan terlalu lama diluar. Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
  4. Tumis semua bahan2 kisar dan masukkan garam secukup rasa dan kiub ikan bilis, kacau, masukkan gula dan kacau lagi, biar hingga pekat dan gula hancur, tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi, kacau sebati...masukkkan juga ikan bilis, kacang tanah dan tabur bijan jika suka. 
  5. Biarkan sejuk sebentar dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.

Sunday, August 28, 2011

CORNFLAKES MADU



Assalamualaikum...Bertemu kembali dengan cornflakes madu yang akak buat semalam. Dah beberapa tahun tak buat, sekali tu bila jenguk dapur Yatie ternampak cornflakes madu ni baru akak teringat nak membuatnya. Waktu dulu2 akak buat takde ikut sukatan, main agak2 je banyak mana nak letak. So, kali ni akak cuba resepi Yatie. Hasilnya memang sedap & rangup sangat. 
 
 
Resepinya akak letak di sini, copy dari dapur Yatie. Terima kasih daun keladi yea.. :) Bagi sesiapa yang nak mencubanya boleh lihat resepinya di bawah ni atau pun boleh juga klik SINI <<

SUMBER :  YATIE MEMORIES

Bahan A
  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, August 26, 2011

KERABU MANGGA BILIS


Assalamualaikum...Sudah tentu ramai yang sedang sibuk berkemas & bersiap2 untuk pulang ke kampung masing2 sempena hari raya nanti. Pasti ada yang sudah dalam perjalanan menuju ke destinasi masing2. Diharapkan anda semua memandu dengan berhati2 dan ingatlah yang tersayang. Bagi akak nak balik kampung hanya ambil masa 20 minit saja. Jadi tak perlu bersiap bagai nak rak. Nak ulang alik 2-3 kali sehari pun boleh. Walau bagaimana pun, persiapan tetap ada dari segi biskut raya, kek dll yang serba sederhana untuk diberikan untuk bonda tersayang..

Oklah, actually kan agak lama nak makan kerabu mangga ni. Dah beberapa kali beli mangganya tapi tak terbuat2 sampai la mangga jadi masak. Kali ni beli mangga terus je buat. Seperti yang dijangkakan yang makan kerabu ni hanyalah akak & Yuni. Sedap kerabu ni tau...tak caya cubalah buat yea, tengok resepinya di bawah ni ok! :)

BAHAN BAHAN
  • 2 biji mangga separuh masak dihiris & potong memanjang
  • 1 bunga kantan dihiris halus
  • 2 ulas bawang merah dihiris halus
  • 5 biji cili padi dihiris halus
  • Segenggam ikan bilis digoreng garing
  • 2 sudu besar kacang tanah digoreng & ditumbuk 
  • 2 biji limau kasturi (diperah & ambil jusnya)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu besar gula
CARA MEMBUATNYA
  1. Campurkan kesemua bahan2 kecuali kacang tanah & ikan bilis ke dalam mangkuk dan kacaukan biar betul2 sebati
  2. Masukkan kacang tanah yg ditumbuk dan ikan bilis goreng apabila sudah masanya untuk dimakan (maksud akak bila dah hampir waktu berbuka la kan..) supaya tetap rangup. Sedia untuk dihidangkan



Thursday, August 25, 2011

BISKUT SAMPERIT JANTUNG HATI


Assalamualaikum...Nyaman sungguh rasanya petang ni, hujan gerimis turun tak henti2 dari awal petang tadi, Alhamdulillah. Sambil2 memasak tu sempat la singgah kejap sini untuk update biskut raya yang sempat akak buat petang semalam. Biskut ni sangat2 digemari oleh semua anak2 akak. Semalam lepas terawih semua berpakat makan biskut samperit ni beramai2. Macam tak boleh berhenti je tengok depa makan. Takpe2, memang mama dah buat lebih ni untuk anak2 tersayang yang dah lama request nak biskut ni.

Nak lama2 disini pun tak boleh, sebab tengah masak2 di dapur tuuu, nanti hangus padan muka aiii kan! Ok, untuk resepinya macam biasa ada di bawah ni. resepi ni adalah resepi yang akak gunakan sejak zaman anak dara lagi..... :)  
  

 BAHAN BAHANNYA
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 biji kuning telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Buah ceri untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul gula bersama mentega sehingga betul2 kembang
  2. Dalam bekas berasingan pukul kuning telur sebentar saja, lalu dimasukkan ke dalam adunan gula & mentega tadi, gaulkan biar sebati
  3. Masukkan esen vanuilla dan kacau2kan lagi
  4. Akhir sekali masukkan kesemua tepung2 yang telah dicampurkan bersama2 & diayakkan terlebih dahulu, kacau2kan lagi biar rata kesemua bahan
  5. Masukkan ke dalam acuan samperit berbentuk bunga dan tekan perlahan2 ke atas loyang pembakar
  6. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau sehingga betul2 masak.
  7. Jika inginkan dua warna, asingkan sedikit adunan tepung dan campurkan dengan beberapa titis pewarna merah, setelah digaul sebati campurkan sedikit dengan adunan yang tidak berwarna barulah ditekan dengan acuan


Wednesday, August 24, 2011

IKAN TERUBUK PANGGANG SAMBAL KELAPA


Assalamualaikum...Ikan terubuk adalah salah satu ikan yang digemari di rumah ini. Memang agak susah nak jumpa ikan ni di pasar especially yang besar saiznya. Kalau yang bersaiz kecil tu rasanya kurang lemak. Ada jugak orang yang tak berkenan ikan ni disebabkan tulangnya yang berselerakan tu. Actually ada caranya untuk elakkan dari tulangnya. Cara yang biasa akak guna adalah dengan menarik bahagian ekor dan kepalanya dari arah yang berlawanan. Boleh dengar bunyi tulangnya waktu kita buat begitu. 

Biasanya kalau dapat beli ikan terubuk yang besar sebegini memang akak akan panggang cara ni. Dibelah bahagian tengahnya, dan disumbat dengan sambal kelapa cili padi. Memang asyik semasa memakannya. Tengok kat gambar di bawah ni, nampak tak telur ikan terubuknya..banyak betul telurnya tuuu! Sedapnya kalau dibuat telur ikan masin kan...tapi akak tak reti membuatnya, ada tak sesiapa nak tunjuk ajar?? :D


Macam biasa akak letakkan resepinya dibawah ni, mana lah tahu ada yang teringin nak cuba panggang ikan terubuk cara ni boleh lah mencubanya yea... :)

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan terubuk disiang tanpa dibuang sisiknya
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • Sedikit kunyit hidup *
  • Belacan sebesar ibu jari *
  • 10 biji cili padi  *
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Belahkan ikan terubuk dibahagian tengahnya jangan sampai terputus. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit dikeseluruhan ikan tersebut
  2. Tumbuk kesemua bahan yang bertanda * sehingga lumat, masukkan pula kelapa parut, garam dan gula dan tumbukkan kesemuanya sekali biar sebati dengan bahan bawang & cili tadi
  3. Keluarkan dari lesung batu dan campurkan perahan jus limau kasturi dan kacau2kan biar sebati
  4. Masukkan sambal kelapa ke bahagian dalam ikan terubuk sehingga penuh & padat
  5. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dikeseluruhan kuali dan letak ikan di atasnya dengan api perlahan. Jika ada telur ikan, keluarkan dan letak atas kuali, tunggu ia masak baru dimasukkan ke dalam ikan semula
  6. Apabila sudah garing, terbalikkan ikan perlahan2 dan biarkan ia garing di kedua2 bahagian. Masak api perlahan ambil masa 40 minit untuk betul2 masak disebabkan saiznya yang besar tu. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.


BISKUT CREAM CAL


Assalamualaikum...Biskut raya kali ini adalah resepi turun temurun dari emak akak. Setiap kali menjelang raya biskut ini mesti ada dalam list. Emak akak ni jenis yang rajin ke dapur. Kalau bab buat biskut raya ni setiap tahun mesti ada berbelas2 jenis kuih raya. Memang seronok bila ingat time dulu2 waktu buat biskut raya, tapi sekarang ni akak memang tak dapat nak ikut kerajinannya tu. Emak akak pun sekarang ni langsung tak buat kuih raya sebab dia sendiri pun dah tak sekuat dulu..

Oklah, bagi yang minatkan mentega kacang mesti suka makan biskut ni. Waktu membakarnya tu memang harum semerbak satu rumah. Bagi yang rasa teringin nak cuba membuatnya, resepinya ada di bawah ni..... :)

BAHAN BAHAN
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan mentega kacang (peanut butter)
  • 1/2 cawan mentega
  • 2 biji telur ayam ( ambil kuningnya saja )
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • Buah ceri merah secukupnya untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA
  1. Kacaukan gula dan mentega sehingga kembang, masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga betul2 rata
  2. Masukkan mentega kacang dan kacau biar sebati, diikuti dengan tepung gandum (ayak terlebih dahulu) dan baking powder, gaulkan biar rata kesemuanya
  3. Adunan tepungnya hendaklah berderai, bukan seperti doh
  4. Ambil acuan dan sapukan dengan sedikit mentega dulu, kemudian penuhkan dengan adunan tepung tadi sehingga penuh, tekan2kan sedikit saja
  5. Panaskan oven pada 170C dan bakar selama 15 minit atau sehingga agak gelap warnanya
  6. Keluarkan dari oven dan telangkupkan serta ketuk biskut perlahan2 supaya keluar dari acuannya
  7. Letakkan ceri yang dipotong agak kecil sebagai hiasana dibahagian tengahnya


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...