Monday, July 4, 2011

KEK PERKAHWINAN 2 TINGKAT STEAM BUTTERCREAM

Assalamualaikum buat semua....Biasalah kan, blog Terminal Hijrah ni kalau tak berupdate menandakan tuannya dilanda kesibukan. Niat hati nak update blog selalu terpaksalah dilupakan bila banyak sangat kerja2 yang perlu diselesaikan. Menerima tempahan demi tempahan sehingga tak tidur selama hampir 48 jam dah pun akak rasa. Alhamdulillah semuanya dah selesai dan dapatlah akak tidur lena selepas itu.

Saja2 akak nak share di sini kek perkahwinan 2 tingkat yang akak buat 2 hari yg lepas. Alhamdulillah menjadi walaupun agak gementar rasanya sewaktu diletakkan kek di bahagian atasnya tu. Nampak macam tak stabil je pada mulanya. Just imaginelah kalau kek tu runtuh depan pengantin, macamana lah kan!! Itulah akibatnya jika tak berkesempatan berguru terlebih dahulu...
Kaedah steam butter cream ni agak mudah jika compare dengan cara melepa kek dengan bc sebab kdg2 melepa kek ambil masa yg lebih lama (hanya bagi org mcm akak yg sgt2 tak pro ni...haha ). Dengan cara steam bc ni curahkan saja bc yang dah di stim kan tu, sekejap je dah siap...akak suka !!! 
 
Sewaktu menyiapkan kek ni akak juga bersilat menyiapkan tempahan kenduri kawin untuk 1000 org. Banyak sungguh pengajaran yang akak dapat kali ni. Antaranya, jangan sesekali ambil mudah apabila memasak dalam kuantiti yang banyak sebab kadang2 perkara yang tidak disangka2kan mungkin berlaku. Belajar dari kesilapan...belajar dari pengalaman...sesuatu yang amat berharga!

Gambar2 ni akak ambil kat tempat kenduri. Memang kek ni akak buat dalam keadaan yang sgt2 kelam kabut, tak delah sempat nak diambil2 gambarnya mcm kek2 yg sebelum ini. Semua gambar yang diambil ni pun waktu akak letak kek ni di belakang lori. Kelabu semacam je gambar2 semua kan!


Nasib la ada jugak gambar kek 2 tingkat ni walaupun di zoom dari jauh saja. Memang tak terfikir langsung nak ambil gambar dulu sebelum letak kat meja pengantin tu. Ok lah, lepas ni akak nak lepas gian, nak bw kejap....Jumpa lagi!!!

Thursday, June 23, 2011

SPAGHETTI WITH SPICY SAUCE & MINCED BEEF

Malam ni kita makan spaghetti je. Actually takde plan pun nak masak spaghetti ni tapi semasa aktiviti mengemas & memunggah barang2 kat kabinet dapur tu terjumpa pulak sepaket spaghetti ni. Masa bila akak beli pun dah tak ingat, tapi expiry datenya lambat lagi. Tengok pulak dalam fridge banyak lagi baki tomato ceri, emmmm bolehlah nak buat sosnya nie...

Akak masak sikit je spaghetti ni, cuma untuk 2-3 orang je. Buat sos yang agak pedas sampai makan pun tersedak2 dibuatnya. Padan muka aiii...Ok, kita nak masuk tidur awal sikit malam ni.....Bye!!!!!
BAHAN BAHANNYA
  • 1/3 dari sepaket spaghetti
  • 1 mangkuk kecil daging kisar
  • 8 biji tomato ceri dipotong dadu
  • 1 sudu besar tomato puri
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit Mixed Herbs

CARA MEMBUATNYA

  1. Didihkan air dalam periuk yang cukup besarnya untuk merebus spaghetti. Sebelum direbus masukkan sesudu minyak dan sedikit garam. Rebus sehingga lembut, angkat & toskan
  2. Panaskan 3 sudu besar mentega dan tumiskan bawang besar & bawang putih sehingga kekuningan
  3. Kemudian masukkan daging kisar dan gorengkan sehingga agak garing dengan api perlahan
  4. Masukkan tomato puri & serbuk cili dan kacau2kan biar sebati, tambah sedikit air rebusan spaghetti jika terlalu kering
  5. Apabila sudah naik aromanya, masukkan sedikit garam & gula, kacau lagi
  6. Yang terakhir baru masukkan tomato ceri dan kacau sebentar sebelum ditutup api
  7. Letakkan spaghetti yang ditoskan tadi di atas pinggan dan tuangkan kesemua sos tadi ke atasnya
  8. Taburkan sedikit Mixed Herbs (campuran herba thyme, rosemary, marjoram, basil. oregano, sage) di atas sos tadi sebelum dinikmati bagi membangkitkan aromanya

PENGAT UBI KELADI & PISANG CAVENDISH

Assalamualaikum....Ubi keladi ni dah sebulan duduk terperap dalam fridge tu. Nasib baik masih elok lagi so petang ni ada la rezeki dijadikan pengat. Masalahnya kat rumah ni, semua rakyat berpakat tak makan ubi keladi. Tu yang rasa malas nak memasaknya. Waktu pengat dah siap tiba lah waktu untuk dimakan, akak tengok muka semuanya berkerut2 bila disuruh makan.

Ada yang nak ambil hati mama, diambilnya 1 ketulan ubi keladi lalu dikunyah2 & lepas tu dikeluarkan balik sambil kata, uwekkkk..... Aisyyyy...apa daaa!!! Ini sudah bikin mama angry tau! Ada yang hirup kuahnya aje, ni pulak kalau dibiarkan mau kering kontang pengat tu dibuatnya. So akak pun ambil lah pisang Cavendish, kupas kulitnya dan hiris2 dalam pengat tu, at least ada lah yang depa boleh makan....Not bad jugak bila dicampur dengan pisang tu.

Ok, resepi pengat yang biasa2 ni semua orang reti nak buat kan, tapi akak letak jugak lah kat sini yea.... :)
BAHAN BAHANNYA
  • 1 ubi keladi (dikupas kulitnya & dipotong dadu)
  • 2 biji pisang Cavendish
  • 1 ketulan gula kabung
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan sagu putih
  • 2 mangkuk santan pekat dari 3/4 biji kelapa
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu garam
  • 2 helai daun pandan dicarik & disimpulkan

CARA MEMBUATNYA

  1. Masak gula kabung dengan secawan air sehingga betul2 larut kesemuanya dan biarkan ia agak pekat sedikit baru ditutup api, tapiskan
  2. Rebuskan ubi keladi yang sudah dipotong dadu sehingga empuk, toskan jika masih ada baki airnya
  3. Sagu putih direndam sekejap dlm 15 minit & ditapiskan
  4. Satukan santan pekat, gula, garam & daun pandan dalam periuk & masak dengan api sederhana
  5. Masukkan gula kabung yang telah ditapiskan tadi dan kacau2kan selalu
  6. Tunggu ia mendidih sebentar, sambil dikacau2 masukkan pula ubi keladi rebus dan kacau lagi sehingga mendidih perlahan2
  7. Masukkan pula sagu putih dan biarkan sebentar hingga sagu masak
  8. Tunggu ia mendidih sekejap dan bolehlah ditutup api.
  9. Akak hiriskan pisang cavendish dan campurkan ke dalam pengat sewaktu nak makan.

Wednesday, June 22, 2011

ROTI CHAPATI

Assalamualaikum.....Setiap kali kalau menjamah chapati ni mesti teringat zaman kanak2 dulu. Dari sarapan sampai ke makan malam pun boleh je layan roti yang satu ni. Air tangan mak lah katakan, memang akak pun tak reti nak jemu, mungkin jugak sebab keturunan kot...haha.... Emak akak memang handal bab buat chapati ni, semasa baru2 kawin mak akak tinggal sekali dengan famili bapa, so memang rutin kerja mak akak tiap2 pagi sampai ke malam masak chapati ni sebab famili belah bapa akak ni memang sehari pun tak boleh miss makanan ni....
Cuba kalau chapati ni akak hidangkan kat rakyat di rumah ni hari2, mau depa semua surrender punya...Tapi nasib baik la juga depa semua ni reti la juga makan. Syaratnya kena lah ada kari ayam, kambing ataupun sardin. Banyak songeh lah rakyat semua. Tak macam akak dulu2, makan dengan gula je pun ok! Tapi tak kisah la kan, janji takde lah akak kena makan kesemuanya seorang diri.
Ok lah, resepinya akak letak di bawah ni macam biasa. Kalau rajin aka terasa macam nak membaking je tengah2 malam nanti. Tengok lah camne.... :)

BAHAN BAHANNYA
  • 3 cawan tepung atta
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 cawan air panas + 2 cubit garam
  • Minyak sapi
CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan tepung dan minyak dan gaulkan dengan tangan sebentar
  2. Masukkan air yang dicampur garam tadi sedikit demi sedikit sambil digaul & diuli sehingga menjadi doh. Jika adunan tepung dah elok boleh diuli tak perlu dihabiskan kesemua airnya
  3. Letakkan doh ke dalam mangkuk dan tutup permukaan mangkuk dengan tuala lembap. Rehatkan sebentar. Biasanya dalam 1-2 jam
  4. Bahagikan kepada 7 bahagian dan bulat2kan
  5. Letakkan sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan letakkan 1 bahagian doh di atasnya dan canaikan ia sehingga menjadi bentuk bulat
  6. Panaskan kuali leper dan dengan api perlahan masakkan roti sambil ditekan2 dengan sehelai tuala bersih di keliling roti tersebut & dialihkan di kedua2 bahagian sehingga masak (ambil masa 2-3 minit saja)
  7. Angkat dan sapukan sedikit minyak sapi di atasnya & bolehlah dicicah dengan sebarang kari atau dimakan begitu saja
Sewaktu akak kanak2 macam ni lah gaya akak makan chapati. Mula2 sapu sedikit marjerin keseluruh chapati tu, lepas tu taburkan gula (haha.... yg ni wajib la di tabur banyak2, maklumlah masih budak kan.....) Gulungkan kemas2 sampai habis dan makan la sambil main dgn doll.....nostalgia betul lah!!! Tapi for my kids, jangan harap la depa nak makan camni tau... :(

Tuesday, June 21, 2011

KEBAB AYAM LADA HITAM

Assalamualaikum....Actually akak tak tahu nak bagi nama apa bagi menu ni. Hentam aje lah nampaknya. Apa ada pada nama kan!! Yang penting perut kenyang. Menu tambahan akak buat sosej ayam & kentang goreng. Rakyat apalagi...hOoReYYYY......
BAHAN BAHAN
  • Roti oblong
  • Isi ayam bahagian dada
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk pati ayam
  • Maggi seasoning
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Buah tomato - dihiris nipis
  • Timun - dihiris nipis
  • Sayur salad
  • Bawang besar dihiris bulat2
CARA MEMBUATNYA
  1. Isi ayam diperap dengan serbuk lada hitam, pati ayam & Maggi seasoning selama 15 minit
  2. Grill sehingga isi ayam masak & nampak agak kegaringan
  3. Keluarkan dari oven, cincang agak kasar isi ayam tadi
  4. Roti oblong dibelah bahagian tengahnya, disapu dengan sedikit mentega dan bakarkan sekejap supaya agak garing
  5. Susunkan sayur2an ke dalam roti oblong, letakkan pula isi ayam secukupnya
  6. Picitkan sedikit mayonis & sos cili secukupnya & bolehlah dinikmati.

Sunday, June 19, 2011

AYAM VANGGEY

Assalamualaikum buat semua...Apa hidangan untuk makan tengahari tadi? Tentu yang dihidangkan semuanya yang sedap2 & lazat2 belaka kan! Buat famili akak masakan nasi kandar jadi pilihan. Gara2 teringin mencuba resepi dari sisipan percuma Sajian Selera Majalah Mingguan Wanita baru2 ini, iaitu dari Restoran Vanggey-Vanggey, Shah Alam.
Bagi anak2 yang sememangnya meminati ayam goreng, memang tak cukup seketul seorang. Memang menyelerakan, kena pulak dengan nasi putih beraroma pandan, kari sotong & papadom. Kalau nak tahu...aroma masakan ni sampai sekarang masih terbau2 lagi dikeseluruhan bahagian rumah, wangi sangat baunya tuu...Silap2 perut boleh rasa lapar semula. Oklah, baik akak berkongsi resepinya disini & untuk rujukan di kemudian hari...
RESEPI SUMBANGAN :
VANGGEY VANGGEY RESTAURANT SEKSYEN 15 SHAH ALAM
BAHAN BAHANNYA
  • 1 ekor ayam dipotong kecil (akak potong 14)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji bawang besar dihiris (akak tambah lagi sebiji)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari (akak tambah 3 tangkai lagi)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & hirisan bawang besar sehingga naik baunya
  2. Satukan serbuk kari daging, kicap, gula & garam bersama dengan tumisan bawang tadi dan kacau biar sebati
  3. Gaulkan pada keseluruhan ayam dan perapkan selama 15 minit (akak perap 1 jam)
  4. Akhir sekali gorengkan ayam tadi dengan minyak yang mencukupi dan masukkan daun kari, apabila ayam sudah betul2 masak dan garing bolehlah diangkat & ditoskan minyaknya sebelum dihidangkan.

Saturday, June 18, 2011

PUDING SARANG BURUNG

Assalamualaikum.....Akhirnya tercapai juga tangan akak ke komputer ni. Aduhai, keinginan untuk selalu mengupdate blog nampaknya terpaksa diketepikan buat seketika. Hal2 lain berkaitan kehidupan terpaksa diberi keutamaan.
Ada tak sesiapa yang rasa dah malas asyik nak jaga hati orang lain tapi orang lain tu tak kisah pun nak jaga hati kita? Macam tu lah yang akak rasa sekarang ni. Selama ni akak terlalu sangat jaga hati orang sampai hati sendiri terluka berkali2....Dan kali ni lukanya amat dalam & payah untuk disembuhkan lagi. Kadang2 bila kita selalu bersikap tak kisah, selalu memaafkan, menyebabkan orang mengambil kesempatan atas diri kita. Apa2 pun akak serahkan segala2nya kepada Allah, biarlah saja Allah membalas kepadanya setimpal dengan betapa dalamnya luka yang dah berbekas dihati akak ini...

Puding ni akak buat semalam. Baru je lepas menghabiskan saki bakinya tadi. Memang best la sangat bila dimakan sejuk2 apalagi waktu cuaca yang agak panas buat masa ini kan! Resepinya dari emak akak. Sekarang ni akak memang selalu juga berulang alik ke Kampar, selain dari untuk membeli barang2 keperluan dapat juga ziarah emak yang keseorangan tu. Sejuk juga hati akak bila dapat menghabiskan masa dengan emak akak.
Baru kejap tadi dapat call dari emak akak mengkhabarkan cerita kesihatan abang ipar akak yang baru saja balik dari IJN. Minggu hadapan terpaksa ke IJN lagi untuk rawatan selanjutnya. Akak doakan semoga abang ipar akak tabah menghadapi rawatan & semoga cepat sembuhnya. Oklah, untuk resepinya boleh tengok di bahagian bawah ni yea....Salam sayang dari akak buat semua.... :)

BAHAN BAHANNYA
BAHAGIAN DALAM
  • 8 g agar2 bertali
  • 90 g susu cair
  • 1 biji telur diambil bahagian kuningnya sahaja
  • 6 cawan air
  • 120 g gula pasir
  • Sedikit buah2an campuran dipotong kecil2 & 1 cawan airnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
BAHAGIAN LUAR
  • 15 g agar2 bertali
  • 150 g gula pasir
  • 10 cawan air
  • 1 helai daun pandan dicarik2 & disimpulkan
CARA MEMBUATNYA
  1. Untuk bahagian dalam puding :- Agar2 dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk, tambahkan air dan daun pandan, masak sehingga mendidih dan larut kesemua agar2, masukkan gula & kacau2kan dan tunggu hingga gula larut dan perlahankan api
  2. Dalam satu mangkuk, kuning telur dipukul sebentar, masukkan susu cair dan kacau2kan
  3. Keluarkan daun pandan dari larutan agar2, masukkan adunan kuning telur & susu kedalam larutan agar2 tadi dan kacau2kan di atas api yang sederhana buat seketika
  4. Tutup apinya dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan ia mengeras
  5. Apabila dah keras, keluarkan dari loyang dan ambil penyagat & sagatkan agar2 hingga habis
  6. Untuk bahagian luarnya :- Masukkan agar2 & air + 1 cawan air dari buah2an campuran dlm tin dan masak sehingga mendidih & tambahkan gula, kacau2kan tunggu hingga mendidih & larut kesemuanya
  7. Gunakan acuan agar2, masukkan agar2 yang disagat tadi kedalam acuan, cukuplah separuh saja, jangan sampai penuh
  8. Masukkan pula buah2an campuran yang sudah dipotong agak kecil ke dalam acuan tadi
  9. Yang terakhir, tuangkan agar2 bahagian luar tadi sehingga memenuhi acuan agar2
  10. Biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam fridge sebelum dinikmati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...