Sunday, August 29, 2010

BISKUT DAHLIA

Assalamualaikum semua...seronoknya akak harini sebab sempat buat 1 jenis biskut. Walaupun biskut yang biasa2 saja tapi anak2 memang suka. Setiap kali raya mesti ada biskut ni tau! Anak2 akak ni banyak songeh (memilih..) tentang biskut ni. Sesekali tu akak buat la jugak biskut moden yang beriya2 designnya tapi depa buat tak heran. Makan pun macam kena paksa je... Yang pasti, biskut dahlia ni lah jugak yang tetap menjadi pujaan hati depa! Bahan2nya

225 g mentega

110 g gula ising
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
70 g tepung jagung
120 g tepung kastad
170 g tepung ros/gandum
Ceri merah (hiasan)

Gaulkan mentega dan gula ising sehingga sebati.

Masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau lagi hingga rata.
Ayakkan semua tepung dan satukan semuanya.
Masukkan sedikit demi sedikit sampai habis kedalam adunan mentega tadi.
Apabila dah sebati, gunakan acuan dahlia dan tekan ia di atas loyang.
Letak ceri merah ditengahnya.
Bakar dengan suhu 170C selama 15 min atau sehingga kekuningan.
Akak buat 2 bancuhan, dapatlah lebih kurang 140 biji.

Saturday, August 28, 2010

DONUT BERSALUT GARAM??? OOOPPSSS...

Salam semua....inilah donut2 yang akak buat tadi dan baru je kejap tadi digoreng dan sedang dalam proses dimakan oleh warga rumah akak ni. Ada macam2 jenis...bersalut coklat ada, bersalut gula ada, berintikan kentang + ayam ada, berintikan blueberi ada, bersalutkan garam pun ada...wahahahaaa...Riuh rendah rumah akak kejap tadi sebab one of my sons termakan yang bersalut garam. Ni gara2 bersembang sakan dengan babah sampai tersilap tangan boleh terambil garam yang kebetulan terletak betul2 bersebelahan je dengan bekas gula donut. Patutlah muka Muzany berkerut2 semacam jer...ala cayang anak mama, kecian dia!!! Nasib baik si abang, Wajdi menjerit "Mama, kenapa masin sangat donut ni " Lalu mama pun macam percaya tak percaya "Eh, takkan masin kot...issshhh" Bila akak ngap je sikit "Allah! masinnya...sorry Muzany, nanti mama buat yang lain, k!!! Tak pernah la pulak jadi macam nie tau....
Ni yang bersalut gula...bukan garam yaa !
Yang tak bersalut gula tu berintikan ayam + kentang dan yang bersalut gula berintikan blueberi.
N3 yang sebelum ni akak pernah letak resepi donut tapi yang ni akak guna resepi yang lain pulak. Resultnya, sangat lembut dan gebu. Dah lama ambil resepi ni kat MyR.
3 1/2 sudu kecil yis segera
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar (suam)
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening
5 cawan tepung gandum
Mula2 masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk dan tunggu hingga berbuih.
Masukkan pula susu segar yang dipanaskan sekejap, gula, telur, shortening dan 2 cawan tepung.
Gaulkan dan masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit sampai habis dan sampai jadi doh yang agak lembut.
Ulikan doh ini sehingga doh tak melekat di tangan.
Tutup mangkuk berisikan doh dengan tuala lembab dan tunggu hingga naik 2 kali ganda.
Taburkan tepung dulu di permukaan papan pencanai dan canaikan ia menggunakan acuan donut yang sesuai.
Rehatkan lagi 30 minit dan bolehlah digoreng dengan api yang sederhana perlahan supaya rata masaknya.
Salutkan ia dengan gula halus dan sedia dimakan.

PUDING MARBLE

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang dirahmati Allah, didoakan semoga semua ceria disamping famili tersayang. Terima kasih kepada yang sudi singgah ke tempat yang tak seberapa ni, lama tak berupdate pulak tu! Akak agak busy menyiapkan tempahan masakan sejak kebelakangan ni. Memasak dalam kuantiti yang banyak agak mencabar di bulan puasa. Nasib baik semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah! 


Tu yang kat gambar saja2 akak tunjuk puding marble yang selalu akak buat. Kot2 ada sesape yang masih tak reti membuatnya boleh la cuba buat ya!
 

BAHAN BAHANNYA
  • 18 g agar2 bertali
  • 1 liter air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 80 g mentega
  • 5 biji telur ayam
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • sudu teh esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 masak agar2 dengan air dan gula sehingga mendidih dan tutup api dulu.
  2. Di bekas berasingan, pukul telur sampai sebati masukkan susu cair dan tepung kastad.
  3. Kacau adunan tu dan tapiskan.
  4. Masukkan kedalam larutan agar2 dan masak semula di atas api sederhana.
  5. Kacau2kan sehingga rata dan masukkan mentega dan esen vanila.
  6. Bila dah larut mentega tu tutup api.
  7. Bahagikan kepada 2 sama banyak.
  8. 1 bahagian warna asal dan satu bahagian lagi campurkan serbuk koko.
  9. Tuang 1 senduk setiap warna berselang seli sampai habis.
  10. Sejukkan sebelum dimakan.
Kalau nak buat warna warni macam ni pun boleh. Gambar blur sebab waktu shooting selepas tengah malam tu..Adunan dibahagikan kepada beberapa warna yang disukai, dan buat selang seli dalam loyang yang dialas dengan apa2 supaya tinggi sikit dihujungnya. Apabila dah selesai letak loyang dikedudukan asal, maka jadilah puding pelangi..

Sunday, August 22, 2010

NASI MAQLUBAH

Assalamualaikum...dah betul2 tengah malam baru sampai ke sini. Ni lah nasi maqlubah yang akak masak untuk anak2 makan selepas balik terawih tadi. Mula memasaknya pun dah lambat so tak sempat dimakan waktu berbuka. Memang dah adat kat rumah akak, makan berbuka disusuli lepas terawih 2nd round makan yg heavy2 jugak ...sebab anak2 dan babah dan mama juga tak reti makan nasi time sahur. Normally masa sahur semua minum susu, makan kurma dan telur separuh masak je. Nasi ni makan begitu saja pun dah cukup bagi akak. Buatnya pun senang, janji semua bahan mesti kena ada lah kan.... 
BAHAN2NYA
1kg beras basmathi
1 kg daging lembu
8 biji bawang merah )
4 biji bawang putih ) dikisar
2 cm halia )
4 sudu makan pes tomato
6 biji buah tomato dipotong dadu
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
Sedikit daun ketumbar, bawang goreng dan kismis
Bahan tumis :
6 biji bawang merah )
3 biji bawang putih ) dihiris
2 cm halia ) nipis
1 labu bawang besar )
2 cm kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 bunga cengkih & 3 buah pelaga
2 helai daun pandan dicarik2 dan disimpulkan 

CARA MEMBUATNYA
Beras basmathi direndam selama 30 minit dan dibasuh seperti biasa lalu ditoskan airnya. Gaulkan daging dengan semua bahan2 kisar.
Serbuk jintan manis, jintan putih dan lada hitam dibancuh dengan sedikit air lalu digaulkan juga dengan daging.
Perapkan selama 1 jam
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan penumis dan daun pandan kemudian masukkan perapan daging tadi dan kacau2kan.
Masukkan tomato dan pes tomato diikuti air secukupnya untuk proses melembutkan daging. Apabila daging lembut masukkan beras tadi dan air secukupnya.
Masukkan daun ketumbar dan kismis, garam dan gula secukup rasa.
Bila airnya kering, tutup api dan balik2kan nasi menggunakan chopstick.

Saturday, August 21, 2010

KUIH LOPES TRIANGLE

Assalamualaikum....didoakan semoga kita semua sihat sejahtera disamping keluarga tercinta menjalani ibadah puasa tahun ni. Hehe..akhirnya terbuat jugak kuih lopes yang tak pernah akak buat selama 30 tahun lebih hidup di bumi Allah ini. Itupun sebab bengang dengan kuih lopes yang hubby beli di pasar Ramadhan. Udah le nipis, kuahnya pun cair jer. Hello...ini bukan mengata tau, tapi kenyataan. Kepada penjualnya akak nak pesan kalau nak untung banyak jangan jual kuih, tapi jual emas ok! (macam la dia ada baca blog nie...) Yang akak pun 1 hal, kenapa tak pernah nak cuba membuatnya ek? Finally, terbuka jugak hati bila akak jenguk kuih lopes kat rumah Bdaria. Resepi dari blog Bdaria. Terima kasih akak ucapkan pada Bdaria atas idea dan tunjukajar yang diberikan. Kalau tengok resepi Bdaria ni semuanya best dan sedap2 belaka. Resepi asal kuih lopes, kat SINI BAHAN BAHAN
  • 500 g pulut
  • 1 sudu makan air kapur
  • 5 daun pandan dikisar dengan sedikit air lalu ditapis dan dicampur sedikit pandan paste
  • Secubit garam dimasukkan ke dalam air pandan
  • Air secukupnya untuk mengukus dan merebus
  • Daun pisang yang cukup lebar
  • Tali rafia untuk mengikat di kedua2 hujung
  • Kelapa parut putih dari setengah biji kelapa gaul dengan secubit garam, kukuskan 5 minit
Untuk Kuahnya :
  • 300 g gula melaka
  • 2 helai daun pandan di carik2 dan disimpulkan
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 300 ml air (boleh tambah jika perlu)
  • 1 sudu makan tepung gandum / jagung (utk pekatkan kuah)
  • Campurkan semua bahan dan masak sehingga larut dan pekat
  • Bila dah mendidih tutup api.
Cara menyediakan pulut :
  1. Mula2 rendam pulut + air kapur selama 3 -4 jam.
  2. Basuh pulut seperti membasuh beras dan tos kering.
  3. Masukkan pulut kedalam bekas dan masukkan air pati pandan dan tambah sedikit air supaya sama paras pulut dengan airnya lalu ditanak seperti masak nasi.
  4. Kacau selalu sehingga kering air dan betul2 masak pulutnya.
  5. Layurkan daun pisang. Daun yang digunakan mesti lebar supaya boleh gulung 2 atau 3 kali.
  6. Sendukkan pulut yang dah siap ditanak tu keatas daun pisang. Banyaknya pulut yang disendukkan haruslah bersesuaian dengan daun pisang. Gulungkan ia memanjang.
  7. Ikat di satu hujung dengan tali rafia.
  8. Padatkan pulut dengan menekan2nya dengan sudu atau apa saja yang boleh membantu yang penting ia mampat.
  9. Ikat di satu hujung lagi.
  10. Masukkan ia kedalam periuk dan masukkan air ikut paras pulut dan rebus selama 1 jam atau hingga kering airnya.
  11. Untuk potongan yang cantik, sila gunakan benang untuk memotongnya.
  12. Bila dah siap dipotong, gaulkan dengan kelapa parut.
  13. Hidangkan dengan kuah gula melaka semasa hendak dimakan.

Friday, August 20, 2010

KETAM MASAK LEMAK CILI API


Assalamualaikum buat semua di pagi Jumaat yang mulia ini. Apa khabar semua? Didoakan semoga kita semua sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan seharian.Ketam ni adalah lauk yang dimasak semalam. Ketam ni adalah antara lauk yang selalu akak masak untuk keluarga sebab disukai anak2 dan tak reti jemu dimakan. Resepi yang selalu dimasak adalah masak lemak cili api ataupun bercili. Kalau masak kari + nenas pun ok jugak, tapi kali ni dbuat masakan lemak cili padi.

Resepinya seperti dibawah ini...simple & mudah..:))

BAHAN BAHANNYA

  • 7 ekor ketam disiang & dibersihkan seperti biasa
  • 20 biji cili api
  • 6 bii bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas ) diketuk
  • 1 batang serai )
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 2 cili merah dibelah tengah
  • Santan sederhana pekat dari 1 biji kelapa
  • Garam dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA

  1. Cili api, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup dikisarkan bersama.
  2. Masukkan kedalam periuk dan masak seketika. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Masukkan pula lengkuas dan serai yang diketuk2 terlebih dahulu diikuti dengan santan. Kacau2kan biar sebati
  4. Apabila sudah hampir mendidih masukkanlah ketam2, buah tomato dan cili merah.
  5. Tunggu mendidih sambil dikacau2 selalu dan masukkan garam dan gula yang secukupnya.
  6. Biarkan sebentar sehingga ketam masak lalu ditutup apinya dan sedia untuk dihidang.

Wednesday, August 18, 2010

ACAR IKAN NAMPLA

Assalamualaikum semua...berlalu sudah hari ke 8 kita berpuasa. Di bulan mulia ini, kesibukan akak di dapur amatlah berkurangan. Mula memasak pun selepas zohor, so takde lah kelam kabut macam selalu. Ni adalah salah satu menu kegemaran akak di bulan puasa. Masak hari2 pun takpe. BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan tenggiri / nyok2 dipotong2
  • 4 biji bawang merah ) dikisar
  • 2 biji bawang putih ) bersama
  • 1 labu bawang besar di potong bulat
  • 1 batang lobak merah )
  • 1/2 batang timun )dipotong mancis (memanjang)
  • 2 biji cili merah )
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Ikan digoreng seperti biasa dan ketepikan dulu.
  2. Lepas tu, tumiskan dengan sedikit minyak bahan2 yang dikisar.
  3. Masukkan pula sos tiram, sos ikan dan cuka makan. Tambah 1/2 cawan air.
  4. Masukkan pula lobak merah diikuti timun dan tunggu hingga ia agak lembut.
  5. Barulah dimasukkan bawang besar, tomato dan cili merah.
  6. Masukkan pula ikan yang dah siap digoreng tadi. Ratakan ikan dengan sos tadi.
  7. Akhirnya, sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Siap untuk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...