Wednesday, June 30, 2010

AYAM MASAK MASALA

Assalamualaikum buat semua..moga2 semuanya sihat2 je ya! Malam ni akak buat ayam masak masala. Akak masak lauk ni bukan untuk dimakan dengan nasi tau...tapi untuk dicicah dengan roti canai yang dibuat sendiri tadi. Wah, anak bila tau je mama nak buat roti canai mula la riuh rendah order roti canai kesukaan masing2. Ada yang nak roti canai telur, ada yang nak roti canai planta, ada yang nak roti canai pisang , akak pun layan je la apa depa nak. Actuallykan, akak pun memang semenjak dua menjak ni dh macam seronok menebar roti canai. Especially bila semakin lama semakin cantik tebarannya. Rasa macam dah lulus je, dah boleh jadi menu kat RTH ni..hehe..
Ni resepi ayam masala...
Seekor ayam
1 bawang besar dihiris2
10 biji bawang merah )
5 ulas bawang putih ) dikisar
Halia 1cm )
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kas-kas ) takde pun
1 sudu teh garam masala ) takpe
4 biji limau nipis diambil jusnya
2 tangkai daun kari
2 sudu makan gula
Garam dan kunyit secukupnya
Ayam diperap bersama garam, kunyit, serbuk cili, 2 sudu makan bawang2 yang dikisar dan air limau selama setengah jam.
Gorengkan ayam hingga masak. Ketepikan dulu ayam.
Didalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris, lebihan bawang kisar, rempar kari, jintan manis dan jintan putih.
Bila tumisan tu dah wangi je baunya bolehla dimasukkan ayam tadi, daun kari dan secawan air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masak lebih kurang 10 minit dan sedia dihidang.

Monday, June 28, 2010

KUIH BAKAR KENTANG

Salam buat semua...akhirnya akak pun terbuat jugak kuih bakar kentang seperti yang dilihat di rumah Asma, Mas dan Izah. Memang dah agak pun hasilnya amat memuaskan hati orang yang memakannya. Tersangatlah gebunya cuma agak manis sikit la..tapi tak pe yang tu boleh adjust ikut citarasa masing2. Ni lah resepinya... BAHAN BAHANNYA
  • 2 biji kentang - rebus dan lenyek
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/3 cawan minyak sapi/butter
  • Pewarna (jika perlu)
  • Sedikit bijan (tak letak pun tak pe)

CARA MEMBUATNYA

  1. Kacau telur dan gula hingga hancur gulanya.
  2. Masukkan tepung gandum dan santan, kacau lagi hingga sebati lalu ditapiskan.
  3. Tuang dalam ubi kentang yang dilenyek.
  4. Masukkan butter yang dah dicairkan dan sebatikan dengan adunan.
  5. Sapukan loyang dengan minyak, panaskan sebentar dalam oven.
  6. Tuangkan adunan dalam bekas loyang.
  7. Bakar 20 min 180C.

HARGAILAH IA SEBELUM TERLAMBAT...

Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi... 

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...
Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu,kau merusak kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kaurasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?
Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal"...
Apa itu Yaa TUHAN ??Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Sunday, June 27, 2010

ROTI PURI KEMBONG

Assalamualaikum semua..dah malam2 ni mesti semua tengah dok bersantai dengan famili tersayang kan ! Roti puri ni akak buat untuk makan malam tadi...ni baru je siap ni, panas2 lagi. Malam2 makan roti puri, best la sebab tak heavy sangat. Famili pun suka, akak kena buat 2 bancuhan baru cukup. Dicicah dengan kuah dalca ayam dan sambal sardin..sambal sardin tu untuk akak je sebab anak2 tak gemar. Resepi akak ambil dari DAPUR IZAH
  Akak makan dengan sambal sardin, 2 roti puri baru cukup beb... Makan dengan dalca ayam pun sedap jugak...tengok roti puri tu kembong sgt..i like!

Saturday, June 26, 2010

HAWAAIAN PIZZA & DONUT BALLS

Assalamualaikum semua...emmm lama sungguh rasanya tak mengupdate blog ni. Salah satu sebab line internet yang tersangat2 slow membuatkan akak jadi fed up sebab terpaksa menunggu lama..so terpaksalah akak lupakan niat untuk jalan2 cari makan kat rumah kawan2 semua. Haa..ini pizza yang akak buat petang tadi. Disebabkan cuaca yang mendung tu perut masing2 asyik kelaparan. Teringat la pulak resepi yang sempoi ni. Dari resepi ni boleh buat donut jugak..so dapat la 2 jenis yang berbeza! Kami pun layan la makan pizza n donut sampai ke malam sebab terbuat banyak..Ni pun ada lagi ni..ada tak sesiapa yang teringin ? 

Akak siap buat frozen pizza n donut. Esok pagi2 senang kerja, masuk dalam oven dan panaskan sekejap.Resepi ni dah tak ingat dari mana akak dapat sebab dah agak lama akak salin, walau macamana pun akak ucapkan terima kasih banyak2 kepada penyumbangnya sebab resepi yang amat memuaskan.

Bahan2nya
  • 500 g tpg gandum high protin
  • 1 paket yis segera ( 11 g )
  • 50 g majerin
  • 1 sudu makan shortening
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200 ml air suam
Cara2nya
  1. Tuang air suam dan masukkan yis, gula, susu dan shortening. Kacau2 sikit
  2. Biar sebentar hingga yis berbuih2.
  3. Masukkan separuh tepung gandum ke dalam adunan. Gaulkan.
  4. Masukkan telur yang dipukul dan garam. Sebatikan dengan adunan tadi.
  5. Masukkan baki tepung dan uli sehingga dohnya tak melekat di bekas.
  6. Rehatkan 5 - 10 minit. Semasa proses ini sekiranya masih lembik boleh masuk tepung sikit.
  7. Buat la apa saja menu berkaitan yang anda inginkan dengan adunan tepung tu, ban bilis, pizza, donut pun boleh, ikut la kreativiti masing...
 

Tuesday, June 22, 2010

STRAWBERRY CHEESE CAKE

Salam buat semua...strawberry cheese cake ni akak buat awal pagi tadi. Mula tu malas nak layan cheese2 ni sebab kononnya akak ni nak kontrol makan sikit. Tapi bila tengokkan buah2 strawberry yang beli kat Cameron Highlands tu macam dah nak lembik je so teringat pulak nak buat kek ni. Kena la tu kan..cheese cake n strawberry..

Start seawal 7 pagi dan siap sejam kemudian. Seronok buat kek ni..dah la mudah caranya, rasanya pun sedap. Tak la terlalu berkeju sangat rasanya. Rasanya lemak2 berkrim gituuu..habis dietku untuk hari ni. Seminggu exercise pun takkan hilang..hehehe...Best lagi tau buat cheese cake sendiri dari beli kat luar. Walau se"gah" mana pun brand cheese cake tu bagi akak kalau nak makan baik buat sendiri. Semestinya halal dan buatan tangan sendiri lebih terjamin kesuciannya..tak gitu ? Resepinya akak ambil dari sini
  Ni style yang akak tiru dari CMG yang femes sesangat tu..Kalau rajin buat la lorekan begini...nampak lebih cantik kek kita tu. Ambil plastik untuk deko kek tu, potong hujungnya sikit je, masukkan strawberry filling dan picitkan atas kek. 

Mula2 buat lingkaran demi lingkaran di sekeliling kek tu dan lorekkan dengan hujung pisau. Selang seli, dari tengah ke tepi, then tepi ke tengah.

Monday, June 21, 2010

KUIH LAPIS PISANG

Assalamualaikum...tengah2 malam baru nak bagi salam, semua orang dah tidur akak baru nak mengupdate nie.. Bagi yang baru nak masuk tidur tu semoga mimpi yang indah2 ye...Ini kuih yang sempat dibuat petang tadi. Actually, dah 2nd time membuatnya, memang sedap la. Resepinya akak ambil dari sape lagi yang terror bab kuih lapis melapis ni, tak lain tak bukan Kak Yatie yang nun di Lousiana, US tu. Resepi asal dari Chef Hanieliza yang femes tu...Ada beberapa resepi kuih lapis Yatie yang akak dah cuba dan hasilnya memang best ! Resepinya di bawah ni akak copy dari dapur Yatie...halalkan ya , thanks ! BAHAN BAHANNYA Bahan A
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam

Bahan B

  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)

Bahan C

  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah

Cara Membuat

  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  3. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  4. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  5. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  6. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B).
  7. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10 - 12 minit.
  8. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...