Wednesday, October 15, 2014

KEK KEJU MELELEH LA SANGAT


Assalamualaikum...Rindu kemain nak membaking ni. Teringat saat2 mengandungkan Nailah dulu..semua  kerja2 dapur akak tak berkenan. Memasak pun jadi malas semacam je..Berbeza betul waktu mengandungkan kelima2 anak lelaki rasa sangat2 seronok memasak. Balik ofis ada je nak masak itu dan ini..terbalik pulak situasinya.

Anyway, pengalaman mengandung Nailah adalah sesuatu yang sangat berharga, maklumlah di usia 40an diberi kesempatan  dan rezeki oleh Allah mendapat anak yang dinanti2kan iaitu perempuan. Ehh..dah melalut la pulak...

So, finally kek keju ni atau nama omputihnya snow cheesecake berjaya jugak akak siapkan dengan sedikit bantuan dari anak2. Nak sangat makan kek ni kena la bantu mama kan!! Resepi dari Hanamemories menjadi pilihan kerana triple cheesenya tu..Snowcheese cake asalnya kek span pun sedap jugak kan..tapi dah alang2 nak makan cheese tu baik buat je ciskek, lagipun lama dah tak merasa ciskek...on top of that ciskek ni pun jenis ringan2 je..tak rasa muak pun bila memakannya.

Kalau ikut cara anak2 bujang akak (termasuk babahnya), depa akan masukkan slice cake ke dalam microwave buat beberapa saat bior cheese cair then baru dimakan...Memang sangat2 leleh, I tell u..

Ok, resepinya dibawah ni di copy dari HANAMEMORIES (terima kasih ya)


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut
Cara-cara

Untuk Kek -
  •  Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan. 
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath.
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti ais kemudian potong dan hidangkan.

                                                        Kan dah kata....meleleh la sangat...

Tuesday, October 14, 2014

RENDANG DAGING MAMA


Assalamualaikum....Salam petang Selasa buat semua.

Masakan rendang memang dah sebati dengan jiwa I..tapi tak le maksudnya I ni expert memasaknya. Maksud I yang bab sebati tu gini ya...tiap2 minggu menu rendang ni memang kena masak sebab dah dalam list keje I..Menu untuk asrama ni dah ditetapkan,.so jangan memandai2 nak tukar menunya kang kene sekeh ngan pengetua pulak..

Rendang ni dimasak special untuk anak2 yang tak jemu2 makan rendang daging mamanya, Resepinya agak pedas so buat yang tak tahan pedas sila kurangkan cili padi. Selamat memasak buat keluarga tercinta...

BAHAN BAHANNYA
  • 1.5 kg daging lembu  (dipotong sederhana besar & agak nipis)
  • 2 biji kelapa diambil santannya (sederhana pekat)
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus2)
  • 3-4 helai daun limau purut (dihiris halus2)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 6 sudu besar kerisik
  • 2 asam keping
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
BAHAN2 UNTUK DIKISAR
  • 8 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 batang serai
  • Sedikit kunyit hidup
  • 20 tangkai cili padi
CARA MEMASAK
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan kesemua bahan2 kisar, diikuti dengan cili kering kisar, jintan manis & jintan putih, kacau2kan sehingga naik aromanya
  2. Kemudian masukkan daging dan gaulkan perlahan2 dengan bahan2 tumis tadi
  3. Masukkan pula santan, jangan lupa kacau2kan selalu biar merenih dengan api sederhana perlahan
  4. Biarkan sehingga daging lembut dan pekat kuahnya baru dimasukkan kerisik, kacau lagi
  5. Terakhir baru dimasukkan garam dan gula termasuk gula merah, jika suka rasa agak manis boleh tambah gula begitu juga sebaliknya. Masukkan pula asam gelugur dan kacau lagi
  6. Pada peringkat akhir rendang haruslah selalu dikacau jika tidak ia akan hangus. Masaklah sehingga betul2 kering dan sebelum ditutup api jangan lupa masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau buat seketika saja dan bolehlah ditutup api.

Wednesday, October 8, 2014

PUDING BUAH-BUAHAN KOKTEL


Assalamualaikum...Setelah beberapa hari tak mengupdate nampaknya petang ni baru berpeluang. Bukannya malas tapi lately ni baby Nailah pantang sangat tengok akak ngadap komputer mula la dia buat macam2 nak perhatian. Kalau dah angkat dia letak sebelah pun mau terbalik komputer dibuatnya..lasak anak perempuan yang sorang ni..So tengah baby tidur ni sempat la mamanya lepak kejap kat sini.

Petang2 yang panas macam sekarang ni kalau dapat makan puding memang nyaman rasa tekak. Kat rumah akak ni selalu jugak buat puding. Puding koktel ni setelah beberapa kali dibuat akak pun dah adjust serba sedikit untuk dapat rasa yang sesuai di tekak. Selera akak kalau puding suka yang manis dan lembut sikit...kalau tak suka manis boleh dikurangkan sukatan gula. Kuahnya tu kalau taknak buat pun takpe, puding tu pun dah cukup sedap..Kuah tu saja I ngada2 nak buat. Ok lah, resepinya di bawah ni....

BAHAN BAHANNYA

20 gm agar2 bertali
150 gm gula pasir
1 tin buah2an koktel (mixed fruit cocktail)
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
1 liter air

BAHAN2 UNTUK KUAH PUDING
  1. 1 tin susu cair
  2. 1 sudu besar esen vanila
  3. 1 cawan air dari tin buah2an koktel

CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh agar2 terlebih dahulu kemudian masak dengan air sehingga agar2 larut kesemuanya
  2. Tambahkan gula pasir dan kacau2 sehingga gula sebati dengan agar2
  3. Campurkan tepung kastad dengan susu cair didalam bekas yang lain, kacau sehingga sebati
  4. Tuangkan ia ke dalam periuk larutan agar2 tadi dan perlahankan api serta kacau2kan.
  5. Sementara itu,asingkan secawan air dari buah2an dalam tin dan tuangkan kesemua buah2an serta air yang selebihnya kedalam larutan agar2,
  6. Biarkan ia mendidih dan pekat kemudian tutupkan api
  7. Tuangkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan masukkan ke dalam fridge selama beberapa jam.
  8. Untuk kuahnya pula, campurkan kesemua bahan2 lalu dimasak diatas api sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan didalam fridge 
  9. Tuangkan kuah secukupnya (jika suka) untuk dimakan bersama2 dengan puding. 

Thursday, October 2, 2014

LABU ORGANIK MASAK KARI



Assalamualaikum..labu ni dibeli di Lavender Garden Cameron Highlands semasa cuti sekolah baru2 ni. Tempat tu antara tarikan terbaru di CH nampaknya. Baru sangat tu tidak lah tapi bagi kami sekeluarga yang kerap kali ke Cameron Highlands kira baru first time ke sana.

Actually yang jual labu tu sorang bangla yang bekerja di bahagian bunga2 daisy. Katanya, labu organik, tanam sebelah rumah dia je ni. Pandai dia cari rezeki kan! Selain dari suami akak yang berminat sangat dengan buah labu ni ada jugak beberapa orang lain yang membelinya. Kalau akak memang tidak lah, sebab  tujuan ke situ untuk tengok bunga2an sambil posing2..

Kali ni akak masak kari le pulak ya sebab dah cemuih dengan masak lemak. Bagi akak lagi sedap masak kari. Haishhh... baby dah nangis la pulak..nak nenen le tuuuu...ok lah cepat2 dengan resepinya kat bawah ni..:)

BAHAN BAHANNYA

1/4 buah labu
20 ekor udang sederhana besar
3 ulas bawang merah dihiris nipis2
3 ulas bawang putih dihiris nipis2
2 tangkai daun kari
Buah tomato (saya guna 6 biji tomato ceri dibelah 2 setiap satu)
5 biji cili padi dibelah 2 setiap satu
2 sudu besar rempah kari ikan & udang
3 cawan santan sederhana pekat
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


CARA MEMASAKNYA

  1. Mula2, kupas labu dan potong labu sederhana sama besarnya. Rebuskan sehingga 3/4  masak je dan toskan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan2 hiris iaitu bawang merah, bawah putih dan daun kari sehingga kekuningan
  3. Masukkan serbuk kari dan kacau2kan sebentar, masukkan air asam jawa dan masak sampai rempah garing.  ( style akak masuk terus serbuk kari, takyah bancuh jadi pes pun sebab nak cepat garing, tapi ikut le mana cara yang sesuai dengan diri kita)
  4. Masukkan pula santan, kacau2kan dan bila mendidih masukkan pula udang.
  5. Kemudian diikuti dengan labu yang telah direbus tadi dan masak sehingga labu betul2 empuk.
  6. Jangan lupa sedikit garam dan gula ikut selera masing2.
  7. Terakhir baru dimasukkan buah tomato dan cili padi, biarkan ia mendidih sekejap barulah ditutup apinya. Sedia untuk dihidangkan. 

Wednesday, October 1, 2014

ANTARA PENYERI BARU DI LAMAN

Hati puas bila melihat pokok tanaman menjadi, hidup subur dan panjang hayatnya. Minat menanam pokok hiasan dah lama...actually semenjak di awal perkahwinan iaitu 19 tahun yang lalu. Seronok bila tengok pokok2 ni membesar tapi kebanyakannya tak tahan lama disebabkan tiada ilmu tentang pokok yang ditanam. Tapi ada jugak yang dah hampir 10 tahun tapi masih bertahan bila setiap kali nampak dah merimbun semacam akak akan tanam semula anak2 pokoknya tu.

Sekarang ni rasa macam dah ada sedikit masa lapang waktu petang, Nailah pun dah besar sikit & setiap petang akak akan bawa dia tinjau2 pokok yang ditanam. Nampaknya dia pun suka sangat tengok pokok2 bunga, kalau nampak je bunga macam nak terkam je rupanye..

Yang berikut ni adalah antara penyeri baru di laman akak ..jom kita tengok sikit, pokok apa ke tu...


Dah lama tak menanam pokok bunga mawar. Dulu2 pernah menanamnya tapi tak bertahan lama. So, ni pokok yang dibeli di Cameron Highlands baru2 ni. Sewaktu dibeli hanya ada beberapa kuntuman yang belum kembang. Sekarang dah nak masuk 2 minggu bunga2nya masih bertahan. Daun2nya masih segar menghijau. Semoga kali ini menjadi hendaknya.

Pokok jenis asam batu  ni pun pernah akak tanam dulu. Seingat akak ada macam2 jenis yang akak pernah tanam tapi semua hayatnya tak panjang, paling lama pun setahun. Yang ni pun dibeli di CH,  Mintak2 sangat bior menjadi.


Yang ni ibarat love at first sight..sekali tengok memang dah tak berpaling lagi. Daun nya cantik, bentuk bunganya menarik, warna bunga macam  purple sikit..Pokok apakah namanya ini ? Dah beli sebulan lebih tapi masih maintain macam sewaktu beli, tak nampak besar2 pun. Hmmm...kita wait and see je la.


Pokok ni beli di CH jugak. Dah pernah tanam 10 tahun dulu tapi pendek sungguh umurnya. Kot2 la akak ni terlebih air atau baja. Or maybe tanah tak sesuai dengan dia ke..Yang akak tengok di nursery tu pokok ni subur dan membesar dengan jayanya. Mudah2an semua pokok2 yang baru ni panjang usianya dan serasi dengan tuannya. Insya Allah!

Sunday, September 28, 2014

DOUBLE CHOCOLATE MOIST CAKE AIR TANGAN ANAKKU


Assalamualaikum..Chocolate moist cake ni dibaking oleh my second son, Resepi serta sedikit instruction diberikan & resultnya sangat memuaskan tekak. Sape kata anak lelaki tak pandai memasak..ceewah!! Actually anak lelaki or perempuan as a mother akak rasa mereka perlu lah diasuh & diberi tunjukajar hal masak memasak ni. In future depa jugak yang senang. Tambah macam akak ni ada 5 orang anak lelaki kesemuanya,..

Berbalik pada cerita kek ni walaupun appearancenya macam so so je kan, tapi don't judge a book by its cover tau sebab rasanya adalah menjilat jari. Thumbs up untuk Ameenul Husainy. Mama bangga dengan anak2 yang begitu rajin membantu di dapur. Semoga menjadi contoh yang baik untuk adik Nailah ya!

Resepi asalnya akak salin dari suratkhabar, dah bertahun simpan resepi ni sampai dah lupa dari suratkhabar mana ntah la...Setelah 2-3 kali membuatnya ada sedikit perubahan pada resepi asalnya tu. Anyway, resepinya seperti biasa ada di bawah ya...

BAHAN BAHANNYA

Bahan A.

3 biji telur bersaiz B  
 1 cawan gula perang

Bahan B

1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
1 cawan air mendidih

Bahan C

1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder


GANACHE

300 gm coklat masakan (dipotong kecil2)
100 ml susu coklat UHT  ( boleh je guna susu cair )
1 sudu kecil mentega


CARA MEMBUATNYA
  1. Sediakan pengukus dan isikan air secukupnya dan panaskan
  2. Campurkan kedua2 bahan A iaitu telur dan gula perang ke dalam mangkuk pengadun  Putar sehingga kembang.
  3. Satukan  kesemua bahan C ke dalam bekas berasingan dan ayakkan terlebih dahulu
  4. Masukkan bahan B iaitu susu pekat manis, minyak jagung dan air mendidih ke dalam adunan telur tadi, putar lagi dengan kelajuan sederhana
  5. Apabila sebati, masukkan bahagian C sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga habis kesemuanya.
  6. Sapukan mentega pada keseluruhan loyang bersaiz 7 inci dan tuangkan adunan kedalamnya. Tutup dengan aluminium foil di permukaan kek.
  7. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus dengan api sederhana selama 35-45 minit.
  8. Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu dan kemudian bolehlah dituang ganache coklat. Taburkan diatas ganache dengan chocolate rice sekiranya suka.

CARA PENYEDIAAN GANACHE

  1. Satukan coklat masakan dan susu coklat UHT  dalam satu bekas yang sesuai. 
  2. Dengan kaedah double boil iaitu bekas berisi coklat tadi diletakkan ke dalam bekas mengandungi air panas  ( jangan dimasak di atas api) , kacau2kan sehingga coklat betul2 cair.
  3. Masukkan mentega, kacaukan sehingga sebati dengan coklat
  4. Curahkan ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.



n

Saturday, September 27, 2014

BAN DAGING EKSTRAVAGANZA


Assalamualaikum salam pembuka kata buat semua yang sudi hadir di sini. Dah lebih setahun akak memendam keinginan untuk berblog semula akhirnya tercapai jugak. Dari anak 5 sekarang dah bertambah sorang lagi...Alhamdulillah.

Apakata petang2 gini kita makan ban daging yang sempoi ni. Resepi dari majalah Rasa tapi  resepi asalnya menggunakan ayam. Dah bosan dengan ayam so akak tukar ke daging. Anak2 pun berselera memakannya, tu yang paling penting kan! Lagi bertambah2 kick bila dihidangkan sekali dengan kentang goreng. Jom kita tengok apa bahan2nya...yang pasti bahan2nya mudah dan dapat disediakan dengan cepat.

BAHAN BAHANNYA

1 kepng roti ban panjang dibelah tengah
1 keping burger daging RAMLY
1 kepng keju cheddar potong kecil
3 biji tomato ceri dibelah 2
Cili benggala hijau dipotong kecil
Bawang besar dipotong dadu
Sos tomato secukupnya
Sos cili secukupnya
Lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA


  1. Panggang burger daging sehingga masak kemudian potong kecil2 mengikut citarasa.
  2. Sapukan sos tomato dan sos cili pada keseluruhan permukaan ban.
  3. Setelah itu, letakkan daging burger, cili benggala, bawang besar dan tomato secukupnya di atas ban.
  4. Taburkan keju cheddar dan lada hitam di bahagian atasnya.
  5. Akhir sekali bakar pada suhu 110C selama 10 minit atau sehingga keju cair. Sedia dihidangkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...