Tuesday, May 10, 2011

RENDANG AYAM CILI PADI



Assalamualaikum...Menu ayam adalah yang perlu dimasak setiap hari tanpa gagal. Tapi entah la kenapa jarang sangat akak memasak rendang ayam. Tengahari tadi akak masak rendang ayam ni dan nampaknya ramai yang berkenan. Nasib baik dah ambil siap2 4 ketul, dapat la juga diambil gambonya. Kali ni akak tambah cili padi lebih banyak dari biasa. Tapi rasanya tak la pedas sangat, mungkin sebab bukan cili padi kampung. Ok lah...resepi macam biasa kat bawah... :)

BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 2 helai daun kunyit dihiris2
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
Bahan yang perlu dikisar bersama :
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • 3 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • Sedikit kunyit hidup

    CARA MEMBUATNYA
    1. Tumiskan semua bahan kisar & cili kisar dengan sedikit minyak sehingga naik aromanya
    2. Tambahkan serbuk kari daging dan kacau2kan biar sebati
    3. Apabila agak garing rempahnya, masukkan ayam dan kacau2kan biar mesra dengan rempah tadi
    4. Masukkan pula santan pekat dan kacau lagi, biarkan ia merenih perlahan2 sambil dikacau2kan selalu
    5. Apabila ayam dah masak & kuah semakin pekat, masukkan kerisik dan asam gelugur sambil dikacau lagi
    6. Biarkan kuahnya memekat dan agak kering, tambah gula & garam secukup rasa
    7. Yang terakhir masukkan hirisan daun kunyit dan kacau2kan sebentar sahaja dan terus ditutup apinya.

    Sunday, May 8, 2011

    SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

    Assalamualaikum....Kek coklat yang super moist & tanpa telur ni dibuat malam semalam. Sememangnya untuk dimakan hari ini. Sempena Hari Ibu akak pun buat la deko yg simple untuk kek ni. Kek tu akak belahkan dan sapu dengan coklat ganache yang dicampurkan dengan sedikit whipping cream yang dipukul sehingga kembang terlebih dahulu. Anak2 pun kalau tengok kek coklat bersalut coklat ganache macam ni memang laju la nak makan. Akak pun suka kek ni sebab tak terlalu manis, lembut & sangat moist. 

    Resepi ni akak dapat dari Dayangjack. Memang dah ramai yang mencuba kek ni kan...Thanks yea DJ sebab berkongsi resepi kek coklat yang sedap ni. Akak copy resepinya disini untuk future reference yea... 
     
    SUMBER : DAPURKU SAYANG - DAYANGJACK Klik SINI  

    bahan-bahan : loyang 6-7 inci
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
    • 2 sudu besar susu tepung
    • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
    • 1 cawan gula perang
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
    • secubit garam
    • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
    • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
    Cara-cara :
    1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
    2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
    3. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
    4. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
    5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
    6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping

    - Selamat Hari Ibu -

    Saturday, May 7, 2011

    MUTTON MASALA

    Assalamualaikum semua....Seronoknya dapat berehat waktu petang2 gini kan! Cuaca pulak tu kejap2 panas kejap2 mendung...emmmmm apa aktiviti yang sesuai yea? Rasa macam nak je bawak anak2 berendam kat Batu 7 Kuala Woh yang tak la berapa jauh dari sini. Tapi bila memikirkan waktu yang dah petang, sikit lagi dah nak masuk Asar rasanya baik lupakan je niat tu.. Lauk kambing ni akak masak untuk tengahari tadi. Dah 2 hari berturut2 akak memasaknya. Semalam tak sempat nak diambil gambonye udah abis licin semua. Biasa la, penangan hari Jumaat...Ingat nak cicah dengan roti putih pulak lepas ni. Jika sesiapa yang teringin nak mencuba boleh tengok resepi dibawah ni yea...Salam Sayang buat semua.... :) BAHAN BAHANNYA
    • 1 1/2 kg daging kambing dipotong kecil, dibersihkan & ditoskan
    • 3 sudu besar rempah kari daging
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu teh garam masala
    • 1 sudu teh jintan manis
    • 1 sudu teh jintan putih
    • 1/2 tin susu cair + perahan jus 2 biji limau kasturi
    • 4 biji tomato dibelah 2 setiap satu
    • 3 biji cili hijau dibelah tengah
    • 3 biji ubi kentang dikupas kulit & dibelah 4 setiap satu
    • 2 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa

    Bahan Untuk Dikisar :

    • 10 ulas bawang merah
    • 1 labu bawang besar
    • 6 ulas bawang putih
    • 2 inci halia

    Bahan Untuk Dihiris nipis

    • 3 ulas bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 2 tangkai daun kari
    • Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)

    CARA MEMBUATNYA

    1. Perapkan daging kambing dengan bahan2 kisar, rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih & garam masala selama 1 jam
    2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan hirisan dan rempah 4 sekawan sehingga naik aromanya
    3. Masukkan daging yang diperap tadi dan kacau2kan buat seketika
    4. Masukkan susu cair yang telah dicampur jus limau tadi dan kacau2kan biar sebati
    5. Biarkan daging merenih agak lama sehingga betul2 empuk sambil dikacau2kan
    6. Masukkan cili hijau, buah tomato & ubi kentang dan tunggu sehingga empuk ubinya
    7. Yang terakhir baru masukkan gula & garam secukup rasa, biarkan kuahnya memekat baru ditutup apinya.

    Thursday, May 5, 2011

    CREAM PUFF

    Assalamualaikum...Kembali di sini dengan cream puff yang comel & sangat sedap rasanya. Terima kasih pada Antan @ Yusaniza kerana mencetuskan keinginan di hati ini untuk membuatnya secepat mungkin. Memang ni lah first time akak buat cream puff, selama ini bila tengok rupanya asyik tertanya2 camne la rasanya. Puas hati bila dah buat & ternyata hasilnya memang memuaskan.
    Resepinya akak salin dari dapur Antan kat SINI. Diintai dari dapur CMG kat SINI . Baru teringat dulu akak pun pernah mengendap dapur CMG & memang terliur tengok cream puff yang dibuatnya. Izinkan akak siarkan resepinya di sini untuk dikongsikan dengan yang lain & sebagai future reference. Thanks to both of you yea !!!
    BAHAN CREAM PUFF
    • 50 gram mentega
    • 125 ml air
    • 1/3 camca teh garam
    • 75 gram tepung gandum, diayak
    • 1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
    • 1/2 camca teh esen vanilla
    BAHAN CUSTARD CREAM
    • 1 kuning telur
    • 150 ml whipping cream
    • 1 1/4 camca besar tepung custard
    • 25 gram gula halus
    • 1 camca besar parutan keju cheddar
    • 1/2 camca teh esen vanilla
    CARA MEMBUATNYA 

    UNTUK CUSTARD CREAM :-
    1. Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati.
    2. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
    UNTUK CREAM PUFF :-
    1. Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair.
    2. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan.
    3. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.
    4. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati.
    5. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
    6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing.
    7. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri... 

    Tuesday, May 3, 2011

    KEK FONDANT HANTARAN PERNIKAHAN

    Assalamualaikum....Malam ni akak nak tunjukkan kek fondant yang akak buat minggu lepas. Kek red velvet pilihan pengantin perempuan. Usaha membentuk bunga ros ni memakan masa berhari2...Mana taknya, akak hanya berkesempatan untuk mengadap kerja2 sebegini selepas segala tugasan di dapur selesai. 

    Cuaca yang selalu hujan di sebelah petangnya menyebabkan bunga2 ros fondant ini payah benar nak kering. Nak membentukkannya pun satu hal jugak. 
      Pengantin nak riben pink diikat disekeliling keknya. Emmmm....jenuh la jugak akak pusing keliling pekan Tapah ni mencari riben yang agak cantik. Memang payah kat Tapah ni dalam membeli barang2 sebegini. Tak banyak pilihan. Nak ke Kampar ambil masa pulak. Belek punya belek jumpa la jugak riben ni. 

    Ni dah siap masuk dalam kotak hantaran. Huishhhhh, lega betul la.... 

    Seronok tau buat deko kek fondant ni....Enjoy sangat...

    Monday, May 2, 2011

    DAGING DENDENG IDAMAN HATI

    Assalamualaikum....Daging dendeng ni dimasak tengahari tadi selepas selesai semua tugasan di dapur. Ekoran dari ketidakpuasan hati akak dari hasil daging dendeng yang dimasak masa kenduri akad nikah kelmarin, akak cuba lagi memasaknya hari ini dengan resepi yang diubahsuai. Actually kan, bukannya tak sedap ke apa yang akak masak untuk kenduri tu...cuma kesedapannya macam tak maksimum aje...Akhirnya setelah mencuba lagi, kali ini baru lah betul2 puas hati rasanya, dapat lah sudah rasa daging dendeng idaman hati akak..So, next time kalau ada tempahan menu ni lagi tak perlu nak risau lagi tentang rasanya.
    Masakan daging dendeng ni tak lah sesusah mana cuma rasa dia kena ngam dengan manis, pedas rempah2 pun kena la betul sukatan dia. Ok lah, sebab dah puas hati tu akak letak lah resepinya di bawah ini ok....
    BAHAN BAHAN
    • 1 kg daging
    • 1 sudu besar jintan manis
    • 1 sudu besar jintan putih
    • 5 sudu besar cili kering kisar
    • 2 sudu besar sos cili
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 5 sudu besar kicap pekat manis
    • 3 sudu besar gula
    • Garam secukup rasa

    Bahan untuk dikisar

    • 12 ulas bawang merah
    • 6 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    CARA MEMBUATNYA
    1. Daging dihiris nipis dan direbus sebentar hingga agak lembut. Cara yang lebih mudah, semasa memasak dalam kuantiti yang banyak, akak bersihkan dulu daging dan terus rebus tanpa menghirisnya. Apabila sudah lembut baru lah akak hiris nipis2 daging tersebut. Cara ini lebih mudah & cepat
    2. Perapkan daging dengan bahan kisar, cili kering kisar, kicap pekat manis, jintan manis & jintan putih selama lebih kurang sejam
    3. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menggoreng daging yang diperap tadi. Sebelum digoreng, asingkan dulu daging dengan lebihan bahan perapan. Gorengkan dagingnya sahaja sehingga nampak sedikit garing. (Waktu masak untuk kenduri tu akak fail kat sini ler..) Angkat keluarkan daging
    4. Tunggu daging agak sejuk dan ketuk2kan daging sedikit dengan lesung batu(boleh juga kalau tak diketuk..)
    5. Dengan lebihan minyak yang sedia ada tu tumiskan pula semua lebihan bahan perapan tadi, kacau2kan sehingga naik bau
    6. Tambahkan sos cili & sos tomato dan kacau lagi biar sebati
    7. Masukkan daging tadi dan kacau selalu sehingga pekat
    8. Tambahkan gula dan garam secukupnya dan kacau lagi sehingga betul2 kering & pekat, baru ditutup apinya

    JOM KITA BERKENALAN !



     Assalamualaikum... Ambil kesempatan malam ini untuk menyelesaikan tag dari Fie, KLIK Bila Periukku Berbunyi untuk melawat blog adik Fie nie..Kiranya akak ni agak terlambat dalam bab2 cam gini, apa2 pun akak appreciate sangat & ingin mengucapkan terima kasih pada Fie yang sudi untuk mengenali akak walaupun di alam blogging saja. Tapi, mana lah tahu mungkin kita boleh bersua satu hari nanti kan! Tiba lah masa untuk menjawap soalan yang berderet2 seperti di bawah...emmmmm (sambil menggaru2 kepala yg tak gatal pun ni...) ok lah jom la jawap satu persatu..hik2
     Apakah status anda ? 

    Seorang isteri, ibu kepada 5 org putera

    Ceritakan tentang diri anda 
     
    Dilahirkan pada tahun 1971 (cerrr kira bape dah umur akak..) sangat meminati bidang dekorasi dan masakan
    Berjiwa romantis, manja & peramah (jika dah kenal)
    Tegas, serious dan garang bila berkaitan hal2 pekerjaan
    Pernah terlibat dalam dunia perbankan & kini telah pun bersara awal dengan rekod yang baik, tujuan asal bersara awal adalah untuk beri perhatian kepada rumahtangga, khususnya anak2
    Baru terlibat dalam bisnes makanan secara kecil2an & turut menerima tempahan katering bagi majilis kenduri kendara

    Cerita tentang blog anda
     
    Blog akak ni baru berusia setahun jagung
    Tujuan untuk mengumpul resepi & bercerita berkaitan apa sahaja yang ingin dikongsikan disini
    Juga untuk dijadikan reference & kenangan manis di masa akan datang, Insya Allah...
    Apa pandangan anda tentang dunia blog Dunia blog adalah dunia tanpa sempadan yang dapat dicapai oleh sesiapa sahaja secara baik atau buruknya. Terpulang lah pada individu itu untuk mendapat manfaat sebanyak mungkin atau merugikan diri sendiri dengan cara yang tidak sepatutnya...

    Nasihat anda pada rakan2 yang baru nak buat blog


    Buat blog cepat2 & bagitau akak link dia, bila2 free boleh akak ziarah.. :)

    Nyatakan keunikan yang ada pada blog anda


    Emmmm....tiada yang unik. Blog yang biasa2 sahaja. Akak berblog bukan untuk mencipta sesuatu yang unik, cuma ingin berkongsi sesuatu dengan sesiapa yang sudi hadir disini

    Sampai bila hendak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

    Akan terus berblog selagi ada kelapangan. Impian akak dalam dunia blog semoga mendapat manfaat yg berterusan & dikurniakan kawan2 blogger yang menceriakan setiap kali akak berada disini...

    Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat

    Tak dapat nak tag sebab ramai sangat yang akak nak kenal, otak pun dah tak boleh nak fikir lagi dah ni...semuanya blogger yang manis2 belaka, semuanya nak kenal & selalunya akak kenal rakan2 melalui blog masing2 menerusi cerita yang dikongsikan disana

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...