Wednesday, January 12, 2011

PUFF PASTRY SOSEJ

Assalamualaikum & salam petang.....Petang tadi waktu susun barang2 dlm freezer terjumpa pulak kulit puff pastri yang dah berbulan2 akak beli. Lambat lagi expire tapi buat je la sebab senang punya kerja. Budak tahun 1 pun boleh buat rasanya kalau diajar, betul tak? Anak2 memang suka makan puff sebegini. Yang ni akak letak sosej ayam kat dalamnya. Lagi setengah jam dah nak masuk waktu Maghrib, so permisi dulu ya.... 

BAHAN BAHANNYA
  • Beberapa kepingan puff pastry
  • Sosej ayam secukupnya
  • Sedikit Mayonis
  • Kuning telur
CARA MEMBUATNYA
  1. Ambil sekeping puff pastry dan sapukan sedikit mayonis di atasnya
  2. Letakkan sosej di atasnya dan cantumkan pastri itu dengan menggulungkannya dengan kemas
  3. Kelar2kan sedikit di atas puff tu dengan pisau
  4. Sapukan kuning telur diatasnya
  5. Masukkan ke dalam oven 180C selama 20 minit
  6. Tunggu sejuk sebentar dan boleh la diangkat untuk dinikmati.

Tuesday, January 11, 2011

IKAN TILAPIA MERAH GORENG ANEKA RASA

 
Assalamualaikum semua....Hehe sempat jugak update blog sambil ber sms dengan member lama semasa kat bank dulu. Lamanya tak jumpa....Mudah2an hasrat hati nak cuba dapat anak kembar tu tercapai ya! Ni nak tunjuk sikit ikan tilapia yang selalu dimasak, boleh kata selang sehari mesti ada sebab tak pernah tak habis pun. Suka cara masakan yang simple2 gini. Ikan tilapia pulak tu dapat yang fresh tengah hidup2 lagi masa dibeli. 

Saiz ikan kat gambar tu memang agak besar, kalau makan sorang jenuh jugak nak habis kecuali bagi sesape yang kerjanya suka meratah ikan.... Rasa isinya yang segar tu tersangat la manis tak dpt nak digambarkan. Kena pulak dengan sosnya yang ada rasa manis, masam & pedas tu. Ditambah pulak lagi dengan rasa serai & daun limau purut tu memang sangat2 menyelerakan bagi yang suka. Tu yang akak bagi nama dia masak goreng aneka rasa, suka hati je la kan!! Apa kata jom tengok resepinya kat bawah ni... 


BAHAN BAHANNYA
  • 5 ekor ikan tilapia merah
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 2 batang serai dihiris
  • 15 biji cili padi dihiris
  • 2 biji tomato dibelah2
  • 4 - 5 helai daun limau purut dicarik2
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK
  1. Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan dulu
  2. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumiskan semua bahan yang dihiris halus sehingga kekuning2an dan naik bau
  3. Masukkan sos tiram dan sos ikan dan kacau2kan
  4. Diikuti buah tomato dan daun limau purut dan tunggu sebentar
  5. Akhir sekali baru masukkan gula & sedikit garam (jika perlu)
  6. Apabila sudah sebati rasanya boleh la ditutup api dan tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng tadi

Monday, January 10, 2011

NASI MINYAK PLANTA BERKISMIS

Assalamualaikum...salah satu rutin harian akak kat dapur azlina tu selain dari membebel adalah memasak nasi minyak. Hari2 masak nasi minyak idak ke bosan akak? Bosan la jugak bila dah hari2 kan tapi kesian la pulak kat makcik sorang tu which is my regular customer la...walaupun dia tak de la paksa akak memasak nasi tersebut tapi hajat hati dia ni kalau boleh hari2 nak nasi minyak. Akak ni memang faham hati naluri customer ni..ececeh :)) Ada cikgu sorang tu pulak kalau boleh hari2 nak makan nasi hujan panas, so kena ikut giliran lah ya. 

Hari ni akak masak nasi minyak guna marjerin planta pulak. Bukan la sebab akak dah kehabisan minyak sapi tetapi saja2 ikut suka hati naluri kita la kan...Actuallykan bila guna planta ni pon best apa, nasinya jadi lembut dan wangi sangat. So tadi makcik dah dapat nasi minyak dia & senyumnya panjang sampai ke telinga, sukanya makcik makan nasi minyak kita, terharu rasanya... 

Disebabkan situasi akak yang memasak beraneka jenis menu lauk pauk non stop , selalunya akak akan guna cara yang memudahkan segala kerja iaitu dengan campak2 je apa yang patut, ikut hati je, memang tak de sukat2 punya bahan2 tu, hentam saja labu.... Tapi kalau nak ikut resepinya adalah seperti berikut... 

BAHAN BAHANNYA
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus
  • 5 ulas bawang merah, 2 bawang putih & 2 cm halia (dikisar bersama2)
  • Rempah penumis 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 cengkih)
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
  • 3 sudu makan marjerin planta
  • 1 cawan susu segar uht
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan pati ayam
  • 1 ketul gula batu
  • Garam secukup rasa
  • Kismis emas dan bawang goreng secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh beras dan rendam kan sekejap , 10 minit pon jadi le & toskan
  2. Panaskan marjerin dalam periuk dan tumiskan bawang besar & bawang putih, rempah 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik bau
  3. Masukkan pula bahan kisar dan kacau2kan, tunggu hingga garing sedikit
  4. Kemudian baru masukkan pati ayam, gula batu, garam, susu uht dan air dan kacau2kan
  5. Tunggu sehingga mendidih sekejap je baru dimasukkan beras basmathi
  6. Api jangan la terlalu besar, sederhana saja & tunggu hingga nasi masak seperti biasa
  7. Taburkan kismis & bawang goreng secukupnya dipermukaan nasi untuk menambah rasa.

Sunday, January 9, 2011

IKAN PATIN MASAK ASAM PEDAS MELAKA


Salam Ahad.....puashati betul sebab semua urusan kerja rumah dah pun selesai, so malam2 cam ni dapat rehat2kan diri, manja2kan diri. Sambil2 tu jeling2 jugak kat TV tu tengah siaran langsung AJL, tambah Shahir AF pulak yang tengah dok nyanyi..hehe..tetiba teringat pulak Shahir ni masa kecik2 dulu, al maklumlah 1 kampung... 

Kat gambo tu lauk asam pedas yang memang sangat2 akak gemari. Kalau tengah takde selera bila nampak lauk asam pedas terus datang selera. Ikan patin ni selain dari masak lemak tempoyak sesuai jugak dimasak asam pedas. Kalau masak asam pedas ni kena la betul2 pedas baru lah terangkat kan, kalau setakat bubuh cili sikit2 tu lebih baik tak payah. Bukannya apa cuma akak rasa pelik bila tengok ada orang nak makan asam pedas tapi tak nak pedas...Akak letak resepinya kat bawah ni ya..... 

 
BAHAN BAHANNYA
  • Seekor ikan patin
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar belacan
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sedikit kunyit hidup
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Sedikit halba (5 biji je dah cukup)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit daun keson
  • 1 bunga kantan dibelah 4
  • Kacang bendi secukupnya
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 kisarkan bersama2 bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan sehingga lumat semuanya
  2. Panaskan minyak dan tumiskan halba sehingga wangi baunya
  3. Masukkan bawang2 kisar tadi diikuti cili kering kisar dan kacau2kan selalu
  4. Bila dah agak garing cilinya tu masukkan kerisik dan masak atas api perlahan je
  5. Masukkan daun kesom dan bunga kantan dan kacau2kan lagi
  6. Tunggu sebentar baru masukkan air asam jawa dan tambahkan air masak secukupnya ikut kesesuaian, jangan terlalu cair kuahnya nanti tak sedap rasanya
  7. Bila air tu dah mendidih masukkan ikan patin dan garam secukup rasa
  8. Masukkan juga kacang bendi pula dan tunggu hingga ikan betul2 masak, baru ditutup apinya dan sedia untuk dimakan

Saturday, January 8, 2011

ROJAK PASEMBUR

Salam malam Ahad, tak sabar dah ni nak tunggu besok...Tau tak kenapa? Satu-satu sebabnya (takde dua or tiga sebab ok....) besok akak dapat nak clearkan semua kerja2 rumah yang tertunggak selama beberapa hari ni. Wushayyyy....yabedabeduuuuu!!! Akak dah rimas ooi tengok kain baju berapa hari jemur pon tak kering2, dah lemas tengok kain baju 1 raga besooo tu tak berlipat lagiiiii...dah nyampah tengok ada sawang2 kat siling rumah yang macam melambai2 je kat akak ni sambil merayu2 non stop "SAPULAH SAYA...." So besok akan ku kerjakan kamu semua hahahahaha....(ketawa cara gila2) Ulang lagi sekali, besok bukan hari ni...No no no...tak mungkin malam ni sebab malam ni akak nak lazy2, baring2 atas sofa sambil tengok tv, jangan ada sape2 nak kacau tv tu akak yg punya malam ni...ngalahkan budak2 kecik tak? :) Lepas tu nak suruh tukang urut Jepun akak yang dah 5 tahun berkhidmat dengan akak tu picit2 dan urut2 seluruh belakang badan akak ni...best3 dah lama tak kena urut...(alaaa kerusi urut Jepun tu jeee...) Tiap2 hari tak makan nasi nih...melantak pasembur ni je laaa. Adakah akak akan kurus dengan makan benda sebegini??? Jawapannya...Tersangat lah impossible....Tak mungkin3!!! Sebab pasembur ni ada cucur udang yang sangat2 sedap, ada tauhu (tauhu Melayu bikin, tak main yg bukan Melayu punya woooo...), ada telur rebus, ada timun & sengkuang dan kuahnya yang dibuat dari ubi keledek tu tak mungkin menyebabkan akak kekurusan walaupun dah berapa hari tak makan nasi. So, kalau ada sesape yang mula nak risau2 takut akak terkurus ke nanti, please forget it babe! Senang je buat kuah pasembur ni...
SUMBER RESEPI DARI MIL YANG TERSAYANG
BAHAN2NYA
  • 2 kg ubi keledek merah (dikupas & direbus sehingga lembut)
  • 300 gm kismis emas
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 10 biji buah tomato
  • 1/2 botol sos tomato
  • 1/2 kg gula pasir
  • 1 sudu makan garam
  • Sedikit kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar
  • Sedikit udang kering digoreng tanpa minyak dan dikisar
  • Sedikit bawang goreng
Cara Membuatnya
  1. Ubi keledek yang sudah direbus itu dikisar dengan 5 gelas air sehingga betul2 lumat
  2. Kismis direndam sebentar dan dikisar dengan air sebanyak 3 gelas dan ditapis. Kisar sekali lagi dan tapis lagi untuk dapatkan jus kismis tu
  3. Buah tomato dipotong kecil2 dan dikisar dengan 3 gelas air dan ditapis untuk dapatkan jus tomato
  4. Masukkan ubi keledek yang sudah dikisar kedalam periuk diikuti jus kismis, jus tomato, serbuk cili & sos tomato dan masak diatas api yang sederhana dan kacau2kan supaya sebati
  5. Bila sudah mendidih masukkan pula gula dan garam secukup rasa dan masak lagi
  6. Tunggu hingga kuah betul2 pekat dalam masa 40 minit baru ditutup api
  7. Hidangkan dengan sayur2an seperti timun dan sengkuang yang dihiris2, cucur udang dll
  8. Taburkan diatas kuahnya bahan2 seperti bawang goreng, kacang tanah tumbuk dan udang kering tumbuk.

Tuesday, January 4, 2011

ROJAK BUAH

Assalamualaikum...setelah beberapa hari kesibukan dalam menguruskan pelbagai hal, akhirnya dapat jugak menjenguk kat sini. Suka sangat nak menempuh tahun 2011 ni, akak pun tak tau la kenapa. Mungkin sebab segala urusan akak baru2 ini telah dipermudahkan Allah, syukur Alhamdulillah Tapi dalam suka2 tu, tetiba rasa sedih & sebak bila teringatkan seorang kawan baik yang telah pun kehilangan suaminya setelah bertarung dengan penyakit yang dihidapinya selama beberapa tahun. Sayu bila teringatkan kata2nya, menceritakan perasaan rindu yang begitu mendalam pada suaminya itu sehingga tak boleh diterjemahkan dengan kata2. Bila rindu datang, kawan akak ni akan memeluk anaknya sekuat2 hati, begitu jugalah dengan anaknya akan memeluk emaknya jika rindu pada ayahnya. Akak hanya mampu memberikan kata2 semangat padanya, hanya yang mengalaminya saja yang tahu betapa peritnya apa yang sedang dilaluinya. Ujian yang diberikan Allah kepada setiap manusia pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hambaNya seharusnya redha dan bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih itu. Hargailah insan2 yang kita sayangi disekeliling kita sewaktu mereka masih ada disisi kita. Kuah rojak dah berapa hari buat ntah le, sibuk punya pasal sampai lupa nak makannya. Actuallykan, akak buat kuah rojak ni gara2 tak puas makan rojak buah Penang masa jalan2 hari tu. Heheh, rojak buah akak ni lebih sedap tau rasanya, jangan marah!!! Hari tu pergi Tesco Kampar sempat beli buah2 kesukaan jadi dari petang sampai ke malam ni kami anak beranak menghadap rojak buah sampai kekenyangan, tapi nasi tetap makan jugak tu, dah tekak Melayu nak kata apa kan!!! :) Senang je buat kuah rojak ni, dulu2 ada belajar buat dengan MIL, so akak pun ingat2kan balik & main hentam2 sikit, macam ni la bahan2nya.....

BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 botol kicap
  • 1/2 botol sos tomato
  • 10 biji cili padi dikisar halus (ni kena kurangkan jika takut pedas)
  • 1 senduk besar gula merah dimasak & ditapiskan
  • 1/2 kg gula pasir
  • 2 sudu makan belacan jenis yang betul2 kaw ok!
  • 1 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Cara membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan2 diatas dan masak atas api sehingga betul2 pekat.
  2. Biarkan ia sejuk terlebih dahulu
  3. Tuangkan kuah rojak ke atas apa saja buah2an yang berkenan dihati
  4. Taburkan kacang tanah tumbuk dan sedia untuk dimakan
Buah2an yang jadi pilihan akak: mangga, nenas, kiwi, jambu batu, epal hijau, timun & sengkuang

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT HARI LAHIR BUAT YANG TERSAYANG

Buat Sayang....
Selamat Hari Lahir (01-01-2011)
Semoga Dipanjangkan Umur, Dimurahkan Rezeki
Dan Diberkati Allah Sentiasa
Semoga Tabah Dengan Dugaan & Ujian dari Allah
Dan Jangan Sekali2 Menyerah Kalah
Teruskan Perjuanganmu Dan Istiqamah
Hijrahkan Diri Dengan Seikhlas Hati
Insya Allah Kejayaan Pasti Hadir
Dari Isteri & Anak2 Yang Sangat Menyayangimu
Dan Akan Sentiasa Disisimu
Waktu Susah dan Senang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...