Monday, June 21, 2010

KUIH LAPIS PISANG

Assalamualaikum...tengah2 malam baru nak bagi salam, semua orang dah tidur akak baru nak mengupdate nie.. Bagi yang baru nak masuk tidur tu semoga mimpi yang indah2 ye...Ini kuih yang sempat dibuat petang tadi. Actually, dah 2nd time membuatnya, memang sedap la. Resepinya akak ambil dari sape lagi yang terror bab kuih lapis melapis ni, tak lain tak bukan Kak Yatie yang nun di Lousiana, US tu. Resepi asal dari Chef Hanieliza yang femes tu...Ada beberapa resepi kuih lapis Yatie yang akak dah cuba dan hasilnya memang best ! Resepinya di bawah ni akak copy dari dapur Yatie...halalkan ya , thanks ! BAHAN BAHANNYA Bahan A
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam

Bahan B

  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)

Bahan C

  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah

Cara Membuat

  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  3. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  4. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  5. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  6. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B).
  7. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebih kurang 10 - 12 minit.
  8. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

Sunday, June 20, 2010

CUTI2 KE CAMERON HIGHLANDS


Salam buat semua....dah malam2 gini baru dapat nak lepak kat sini. Itu pun bukan boleh lama-lama. Tapi, sempat la jugak akak jenguk rumah kawan2 sambil mengintai dapur orang. Gambar2 ni sebahagian dari yang diambil semasa bercuti di Cameron Highlands dengan famili akak. Dari rumah akak tak la jauh sangat kalau nak ke sana. Memang kerap ke sana sebab suka dengan suasananya yang dingin dan kehijauannya.
Buah anggur... 
 
Hero2 akak boring kalau suruh bergambar dengan bunga...
Mama, bosan la gambar dengan bunga ni...
Lata Iskandar, sempat berendam...

Friday, June 18, 2010

AGAR AGAR GULA MELAKA BERSANTAN

Salam petang yang cerah dan ceria ! Petang ni akak buat agar2, tengok kat dapur ada sikit agar2 tu baiklah akak masak je semuanya. Haa..selalu kan akak cakap resepi akak senang je, senang je, tapi yang ni susah je buatnya. Bukan apa, sebab akak terlebih rajin buat style yang menyusahkan dan melambatkan kerja akak. Tapi tak pe lah sebab rupanya cantik dan rasanya pun sedaaap..( jangan marah ya akak puji masakan sendiri..hahaha) Sape tak percaya boleh la try, rasa sendiri gerenti puas hati. 

Akak buat projek agar2 ni dgn hero2 akak. Depa ni nama je hero tapi semua minat kerja dapur. Sikit2 akak bagi la jugak depa tolong tapi takyah la lebih2 nanti terbalik lintang pukang barang2 kat dapur tu lagi pening kepala akak...kan !  Boleh tengok resepinya seperti di bawah ni..

BAHAN BAHANNYA
  • 20 g serbuk agar2
  • 1.8 liter air
  • 250 g gula pasir
  • 100 g gula melaka
  • 1 sudu teh chocolate emulco
  • Santan pekat dari 1 biji kelapa
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 masak serbuk agar2 dengan air & daun pandan sehingga agar2 hancur.
  2. Asingkan 2 cawan agar2 dan masukkan santan dan sedikit garam. Masak sekejap je.
  3. Agar2 yang selebihnya dimasukkan gula pasir, gula melaka, emulco dan masak hingga semua hancur.
  4. Agar2 bahagian santan dituangkan ke dalam bekas dan biar ia keras.
  5. Dah keras, boleh la diterap gunakan acuan yg berkenan di hati, akak guna small flower cutter
  6. Letakkan bunga2 kecil yang diterap dari agar2 santan tu kedalam apa2 bekas.
  7. Masukkan larutan agar2 bergula pula ke dalam bekas tu separuh je asalkan bunga2 tenggelam.
  8. Tujuan supaya bunga2 tu berada di bahagian atas bila dikeluarkan dari acuannya.
  9. Jika bubuh penuh nanti bunga2 akan timbul ke permukaan, tak cantik la beb...
  10. Dah keras sikit tu masukkan lagi larutan agar2 sampai penuh bekas acuannya.
  11. Dah keras boleh la dikeluarkan dari acuannya.Sedap dimakan selepas disejukkan dalam peti ais.
* Boleh juga buat cara senang, iaitu tuangkan santan kedalam periuk agar2 bergula dan kacau sekejap. Tutup api, dan tuangkan ke dalam bekas untuk dikeraskan. 
 

AYAM MASAK MERAH BERMADU

Salam buat semua di hari Jumaat yang mulia...ini antara menu yang dimasak untuk tengahari tadi. Setiap hari di RTH ayam merah madu ni mesti ada kalau tak macam tak lengkap hidangan kat sini. Alhamdulillah, memang ramai peminatnya, dan ada sorang customer tu hari2 akan makan lauk ni tanpa jemu...Resepi akak mudah je, bagi yang baru berumahtangga, yang baru nak belajar masak2 untuk suami tercinta tu boleh la cuba ya..tentu suami bertambah sayang. Semua suami suka makan masakan dari air tangan isterinya, tak gitu ! Ok , resepinya... BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu makan madu (akak guna jenis Khaula)
  • 2 biji tomato dibelah 4 setiap satu
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit garam & kunyit

CARA MEMBUATNYA

  1. Ayam dibersihkan dan toskan airnya sehingga kering. Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit
  2. Gorengkan ayam hingga betul2 masak.
  3. Dengan lebihan minyak gorengan ayam tadi tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Masukkan juga cili kisar dan masukkan sedikit air dan tunggu hingga cili agak garing.
  5. Akhir sekali baru masukkan sos cili & sos tiram, kacau2kan sehingga sebati
  6. Masukkan pula madu, diikuti buah tomato dan kacau2kan lagi
  7. Terakhir masukkan gula & garam secukup rasa,buarkan kuah menjadi pekat.
  8. Masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sebati dengan kuahnya. Siap untuk dihidang.

Thursday, June 17, 2010

AIR TANGAN ORANG TAK SOLAT

Buat renungan bersama.... 

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. 

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. 

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. 

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan.

Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Sumber : iluvislam

Wednesday, June 16, 2010

MACARONI GORENG MY STYLE

Selamat malam kawan2 semua...macaroni goreng ni baru je siap akak masak untuk makan malam. Macaroni ni memang favourite akak, masak la macamana pun memang akak suka. So kali ini akak masak style yang mudah je...ala macam buat mee goreng tu, cuma tak letak kicap dan yang lain sikit tu sebab akak ada bubuh tomato paste. Ok lah..layan je resepinya kot2 ada sesape yang tersesat masuk rumah akak ni dan tak tau nak masaknye boleh la try.. hehe..kita makan dulu ek !
1/2 bungkus macaroni (direbus dalam air yg dimasukkan sesudu minyak)
8 Bawang merah + 3 bawang putih + 1cm halia - dikisar
5 sudu makan cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan pes tomato
Sayur sawi dan carrot secukupnya
3 biji buah tomato dipotong dadu
Sedikit isi ayam dan udang sebagai perencah
Garam dan gula secukup rasa
Mula2 tumiskan bawang2 dan cili kering hingga garing.
Then masukkan bawang2, cili kering dan tunggu hingga garing sikit.
Masukkan pula sos2 dan pes tomato, diikuti perencah ayam dan udang.
Akhir sekali masukkan tomato dan sayur2 diikuti garam dan gula.
Last sekali baru masukkan macaroni yang sudah direbus tadi dan gaulkan sehingga rata.
Dah rata boleh la diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

KUIH SAGU

Salam untuk semua...Waktu begini mesti semua dah makan malam kot..yang akak baru nak masuk n3 kuih yang buat petang tadi. Kuih sagu ni kegemaran famili akak. Tengok kat rumah Mas ada, kat rumah Izah pun ada, teringin la pulak nak membuatnya..lagipun dah lama pun tak makan kuih ni. Nak buat pun mudah bebeno..semudah 1,2,3. Yang bestnye bila time nak potong kuih sagu ni utk disalut dengan kelapa parut, anak2 dah tunggu berderet sebelah pinggan. Letak je seketul, habis..letak lagi seketul, habis jugak...nasib baik ada lagi sikit ni untuk ditangkap gambonye.. Resepi sama je dengan yang lain cuma sukatannya berbeza la sikit sebab akak buat banyak la baru cukup kan...Akak kalau buat mesti 2 jenis, ros merah dan gula melaka.
BAHAN BAHANNYA
  • 3 cawan sagu halus ( akak bahagikan 2 bahagian sama banyak )
  • 3 cawan air + 1 cawan gula pasir + perisa ros
  • 3 cawan air + 1/2 cawan gula melaka + 1/4 cawan gula pasir
  • 4 Daun pandan
  • Kelapa parut yang putih saja + sedikit garam secukupnya

cara membuatnya

  1. Mula2 rendam sagu sampai kembang, selalu dalam 15 minit je. Toskan ia.
  2. Didihkan air secukupnya dan masukkan pati sirap atau gula melaka, gula pasir dan daun pandan yang disimpulkan.
  3. Masukkan sagu dalam air gula yang dah mendidih dan kacau hingga pekat.
  4. Bila dah pekat tutup dulu api dan keluarkan sagu lalu masukkan ke dalam bekas lain untuk dikukus pula selama 20 - 30 minit.
  5. Selepas itu masukkan dulu dalam peti sejuk dan boleh la dipotong2.
  6. Ambil kuih sagu yang siap dipotong dan golekkan ke dalam parutan kelapa. Siap untuk dimakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...