Thursday, March 12, 2015

KEK CHOCOLATE INDULGENCE..SEDAP TAK TERKIRA


Assalamualaikum...Kek chocolate indulgence ni dibuat untuk birthday anak perempuan akak pada 14 Februari yang lalu. Actually akak memang dah lamaaa tau teringin nak buat kek yang disebut2 sangat sedap nih, Tak dinafikan memang teragak2 jugak nak buat pada mulanya, especially bila memikirkan kek sebegini bukannya mudah pembuatannya, kena betul2 teliti dan fokus. Memikirkan sikecil yang seminit pun tak reti duduk diam tu lagi...alaa caayang baby mama tuuu...

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas 3 hari 2 malam finally berjaya jugak I siapkan kek ni without neglecting my daughter. Cuma I tak puashati dengan deko nya tu, sepatutnya boleh dicantikkan lagi cuma dah tak sempat coz tetamu dah sampai depan rumah..;) Anyway, akak puashati sangat2 dengan rasanya yang extremely delicious.

 I ada le anto gambar kek ni through WA to a friend and according to her dah sebijik macam kek Secret Recipe (konon2nye lah..saja ayat nak ambil hati I je tu..) ...actually akak ni tak pernah masuk pun mana2 kedai Secret Recipes ni apatah lagi membeli kek disitu. 

 Resepinya akak dapat dari blog Puteri Manja. Thanks ya & izinkan akak share resepinya disini, for my future reference jugak nih.Kalau nak lebih detail, boleh tengok step by step diblognya. Akak memang suka style resepinya yang ringkas dan mudah difahami. 


CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

SUMBER : PUTERI MANJA

Chocolate Chiffon

Bahan A

  • 30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
  • 4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
  • 100gm gula kastor
  • 130gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
  • 1 tsp esen vanila
Bahan B
  • 4 biji putih telur
  • 60gm gula kastor
  • 1/4 tsp cream of tartar
Cara-cara
  1.  Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
  2.  Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
  3.  Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

 Mousse Coklat Hitam 
  • 200gm chocolate masakan hitam
  • 2 kuning telur (di pukul dahulu)
  • 2 putih telur (di putar hingga kembang)
  • 60gm gula kastor
  • 1/2 tbsp mentega
  • 250ml whipping cream (non-diary) dipukul hingga pekat
  • 1 1/2 tbsp gelatin
  • 50ml air
(simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Cara cara
  1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
  2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
  3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih 
  • 200gm coklat masakan putih
  • 100ml susu segar UHT
  • 2 kuning telur (di pukul dahulu)
  • 2 putih telur (di putar hingga kembang)
  • 60gm gula kastor
  • 250m whipping cream (non-diary) - di pukul hingga pekat
  • 2 tbsp gelatin
  • 50ml air
Cara cara
  • Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
  • Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
  • Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
  • Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal  dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Topping Coklat Ganache
  • 150ml whipping cream (non-diary)
  • 350gm coklat masakan hitam
  • 1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

Hiasan : 
  • Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. 
  • Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. 
  • Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.
(Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border)



Cara-cara penyediaan kek :
  1. Potong kek kepada 4 lapisan. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
  2. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
  3. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
  4.  Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
  5. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.


Sunday, March 8, 2015

KEK MINYAK OREN PANDAN TERLAJAK GEBUSS..

.

Assalamualaikum....Orang lain dah lama meletop letop dengan kek minyak tapi saya jugak lah yang ketinggalan keretapi...Waktu nengok resepinya tertanya2 lah jugak sedap ke kek ni..guna minyak masak biasa je pun..kek coklat biasa la guna minyak kann..and setiap kali kek ni terkeluar di my bloglist asyik tertanya2 sedap ke kek ni?? 
Tu yang langsung tak terbuat2 sudahnya..dok asyik tertanya2 je kejenye..hehe

So bila dah merasa hasil kejadiannya baru le rasa nyesal nape la dari dulu I tak cuba. Start baking lepas Asar dan lepas Isyak kami pun makan beramai2...yeayy...anak2 semua suka, hubby pun makan berpotong2 nampaknya..siap tapaw bawak ke SMATT the next morningnya tu...

Kek ni kegebuannya melampaui batas gitu..Cer try cucuk kek ni dengan jari, sure kek ni kembali ke asalnya macam span! Tahan lasak kemain kek nih. Yang I buat ni berperisa pandan dan oren. So apalagi kawan2 yang belum mencuba..meh le kita membaking kek minyak ni untuk dihidangkan buat keluarga tercinta. Resepinya boleh la tengok kat bawah ni...macam biasa la ya...

KEK MINYAK

SUMBER : KEMMA81
                    LINAPG - TERATAK MUTIARA KASIH

Bahan-bahan ( saiz loyang 8 x 8 x 2 inci )

  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus 
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh serbuk penaik / baking powder.
  • 1 cawan susu pekat  
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka (saya guna perisa oren, pewarna oren &
  •  perisa pandan, pewarna hijau)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 warna.
  5. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit. Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus.
  7. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong.

Saturday, March 7, 2015

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE...MAKAN TAK JEMU2


Assalamualaikum...Akhirnya tercapai jugak nak mengupdate setelah berbulan2 tidak berkesempatan. Masa pulak tu bergerak kemain pantas zaman ni...kejap aje dah masuk ke bulan Mac 2015. Semoga tahun ini bersinar dan membahagiakan buat kita semua ya..

Kek ni dibuat untuk birthday suami pada 1 Januari yang lalu tapi akak buat lambat seminggu sebab keadaan yang agak sibuk pada masa tu. Emmm, suami memang suka kek2 sebegini, jika yang beraising dan bercoklat2 tu memang tak berkenan la ditekaknya tu. Tahun ni dah 44 tahun usia suamiku ini (begitu juga dengan diriku..hehe..) Semoga terus tabah dan berjaya dalam apa yang diusahakan ye Yang...Semoga menjadi anak yang sedia berbakti pada ibubapa dan keluarga. Paling penting menjaga hati emak kerana syurga bagi seorang anak lelaki terletak dibawah keredhaan emaknya bukan isterinya..

Bersyukurlah kita diatas segala perubahan positif yang kita lakukan pada diri kita berdua. Ternyata dengan sedikit perubahan pun telah memberikan kebahagiaan yang besar buat kita. Terasa sungguh kasih sayang Allah, tak disangka2 kita dihadiahkan pula olehNya seorang puteri bagi  melengkapkan keluarga kita, Terima kasih Ya Allah...

Kembali pada cerita kek yang gebusss tersangat2 ni. CSJCC ni dah lamaaa femes dan I pun dah beberapa kali buat sebenornye tapi baru perasan tak pernah ada entri pun lagi tentang ciskek ni. Buat sesape yang masih belum mencubanya jomla try buat. Bila dah siap tu, hidangkan pada suami tercinta, tentu semakin sayanggg suami tu nanti bila selalu dapat makan masakan air tangan isterinya. Okay la dah puas membebel kat sini, jom nengok resepinya kat bawah nun....

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

SUMBER : HANAMEMORIES &
                  ALMA

BAHAN A

  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) 

BAHAN B
  • 40g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih2 (foamy). Kemudian masukkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A ke dalam adunan Bahan B & kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan & dilapik dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek selama sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
  5. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari loyang. Sedia untuk dipotong dan dihidangkan.

Thursday, December 25, 2014

BLUEBERRY CUPCAKE MUDAH & SEDAP


Assalamualaikum & apa kabo semua? Sambil menonton Mimbar Akhir Pencetus Ummah dapat jugak update blog finally...yeayyy! Oh ya, terima kasih diucapkan buat semua pengunjung blog yang masih sudi bertandang kesini walaupun tuan empunya blog tak mengupdate memanjang..(ayattakblehblah..)

Hmmm..dengan batuknya, selsemanya, but anyway kenduri meraikan anak2 akak Muzany, Amsyar & Nailah berkhitan dan aqiqah telah selamat diadakan pada 5 Dec tempohari. Kenduri kecil je pun, tapi yang penting hajat tercapai, syukur Alhamdulillah.

Berbalik pada cupcake yang dibuat minggu lepas ni. Dah lama anak2 tunggu mama ni buat kek, so sebaik siap je terus kena serbu. Memang sedap makan waktu suam2. Si kecil Nailah pun suka makan kek ni..tu yang buat mamanya seronok nak baking tu...walaupun masih tak sihat sepenuhnya kugagahkan jua.

Meh kita tengok resepi yang simple ni. Kalau rasa rajin boleh la try buat, tapi kalau dah kena penyakit malas tu mudah camne pun takkan terbuat kannn!!! Selamat membaking untuk keluarga tercinta...

BAHAN BAHANNYA

  • 1 cawan mentega
  • 3 biji telur 
  • 1 1/4 cawan gula kastor
  • 2 cawan 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan blueberry filling
CARA MENYEDIAKAN
  1. Mula2, satukan tepung gandum dan baking powder. Ayak dan ketepikan.
  2. Kemudian didalam mangkuk pengadun satukan mentega dan gula kastor lalu putar dengan mixer sehingga kembang
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil putarkan setiap kali telur dimasukkan. Putar sehingga adunan sebati lebih kurang 3 minit. Diikuti dengan esen vanilla, putarkan sebentar.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan susu segar berselang seli sehingga habis kesemuanya dan putar dengan kelajuan yang minima sehingga sebati. Jangan diputar lama sangat.
  5. Sementara itu panaskan oven dengan suhu 180C biarkan panas sebentar dalam 10 minit.
  6. Susunkan paper cup ke dalam loyang dan isikan adunan sebanyak 3/4 penuh paper cup. 
  7. Masukkan blueberry filling kedalam piping bag dan lorek2kan ikut kreativiti masing2 diatas adunan tersebut.
  8. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20 minit atau bergantung kepada oven tersebut. Sebaik dikeluarkan dari oven, biarkan sejuk dulu didalam loyang tersebut untuk mengelakkan kek terlekang dari cawan kertas.

Wednesday, November 19, 2014

PUDING TRIFLE STRAWBERI


Assalamualaikum semua! Tadi pergi mengendap masakan teman2 blogger membuatkan perut dah bertambah2 lapor apalagi ternampak makanan yang lazat2 kesemuanya. Takpe2 banyakkan bersabor ye peyut..kalau nak kurus kena sabar, nak apa2 pun didunia yang bersifat sementara ni kena banyakkan bersabar kann!

Lamaa tak makan puding trifle. Sepanjang dah 40 tahun lebih akak hidup ini adalah kali ke 3 membuatnya. Jarang2 sangat lah sebab tak semua anak2 yang suka makan, hubby apatah lagi..Buat ni pun sebab nak menghabiskan swissroll anak2. Senang giler pulak tu membuatnye, sambil dukung baby Nailah pun boleh siap, cuma bab potong memotong tu takde la aii berani dukung si kecik tu.

Tu yang kat gambo tu satu mangkuk untuk bagi MIL, yang bekas 4 segi tu baru untuk rumah ni. Sudahnye tunggu punya tunggu hubby tak hantar2 jugak trifle ni ke rumah mak mertua aii, sampai dah beku dalam fridge tu. Fridge akak ni pun satu hal, asal simpan puding lebih 3 hari mesti beku walaupun letak tempat yang biasa..nape le agaknye!

Resepi trifle ni adalah main agak2 je sukatannya tapi Alhamdulillah menjadi seperti diharapkan. Jeli & kastad ni akak buat agak lembut. Kalau tak suka lembut kena kurangkan sukatan air & susunya. So, apalagi jom masak puding trifle yang memang best sangat2 ni,,,

BAHAN BAHAN

  • Kek swissroll strawberi
  • 1 kotak kristal jeli strawberi
  • 4 cawan susu segar
  • 3 cawan air
  • 6 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 7 sudu besar strawberi concentrate
  • Buah strawberi & kiwi secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Mula2 potong swissroll kepada beberapa bahagian dan susun dalam bekas puding menutupi dasarnya. Ambil 2 sudu pekatan strawberi dan tuangkan sikit2 keatas kek swissroll cukup untuk melembapkan kek.
  2. Potong kecil buah2 strawberi dan kiwi dan ketepikan.
  3. Kemudian masukkan susu segar, gula dan tepung kastad dalam periuk dan dengan api perlahan kacau2kan tanpa henti sehingga sebati dan agak pekat. Tutup api.
  4. Didalam periuk berasingan, panaskan 3 cawan air hingga mendidih lalu masukkan kristal jeli. Kacau sehingga betul2 larut diikuti dengan 2 sudu besar gula.
  5. Apabila dah larut kesemuanya tutup api dan masukkan pula 3 sudu besar pekatan strawberi. Kacau2kan sebentar.
  6. Tuangkan kastad secukupnya diatas swissroll yang dah disusun, ratakan dengan sempurna diikuti dengan lapisan jeli. Kemudian taburkan potongan buah2an diatas jeli secukupnya.
  7. Dah siap, masukkan kedalam fridge sehingga betul2 sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, November 16, 2014

TERUBUK PANGGANG BERSUMBAT KELAPA PEDAS


Assalamualaikum buat semua yang hadir di sini. Alhamdulillah dapat jugak akak mengupdate walaupun dihimpit kesibukan yang luarbiasa sepanjang minggu ini. Udah le sibuk dengan macam2 kerja tetiba pintu belakang rumah kena kopak pulak. Mudah2an menjadi pengajaran buat ketua rumahtangga supaya tidak lagi memandang remeh aspek keselamatan. Area taman perumahan ni memang dah biasa kes pecah rumah, so bagi yang sambil lewa je memang tunggu masa saja lah.

Yang jadi mangsa si penjenayah ni adalah handset suami yang baru je dibeli petang hari kejadian...Nasib le murah je harganya, kalau ai bagitau harganya kat sini mesti uolls pakat gelak ramai2..hehe...Dan yang paling gempak sempat jugak dirembatnya sebungkus Cocopie di bilik stok makanan. Itu je 2 item yang dipilihnya dari yang bermacam2 dirumah tu. Pelik jugak dah kopak rumah orang beg duit anak atas meja tak pulak dia teringin..dalam tu ada jugak duit lebih kurang RM 80.00. Udah le citer pasal tu, bikin hati panas jer. Moral of the stori mori is check le kesemua pintu2 before u go to sleep ya...

Berbalik pada cerita makanan di gambor tu ye..Ikan kalau dipanggang2 begini sememangnya menjadi favourite kami sekeluarga. Sambal kelapa memang kena betul2 pedas tau baru mengancam. Ehh, kalau takutkan tulang ikan terubuk yang banyak tu boleh cuba tarik dengan sebelah tangan memegang bahagian kepala ikan dan sebelah tangan lagi pegang ekornya. Perlahan2 tarik sekali saja ke arah bertentangan dan boleh dengar bunyi tulang ikan tu. Insya Allah tulang2 akan terasing dan mudah le sikit memakannya especially buat anak2 kecil kan..

Banyak kemain pulak cerita kali ini. Oklah jom semak resepinya..

BAHAN BAHAN

  • Seekor ikan terubuk bersaiz agak besar (disiang tanpa dibuang sisiknya)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu besar udang kering (digoreng tanpa minyak sekejap dan tumbuk halus)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya saja)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya (lumur pada ikan)
CARA PENYEDIAANNYA
  1. Pertama sekali, guna pisau tajam dan belahkan bahagian belakang ikan sehingga mencapai bahagian perut ikan tersebut. Lumurkan serbuk kunyit dan garam secukupnya keseluruhan bahagian ikan sehingga rata.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat, keluarkan dari lesung batu dan ketepikan dulu.
  3. Kemudian tumbuk pula cili padi dan cili merah sehingga lumat. Campurkan dengan bawang2 tumbuk tadi dan tumbuk bersama2 sekejap biar sebati.
  4. Masukkan pula udang kering yang ditumbuk & kelapa parut, tumbuk sekejap biar rata. Tambahkan garam dan gula dan tumbuk lagi supaya sebati kemudian baru dikeluarkan dari lesung.
  5. Masukkan jus limau kasturi dan kacau2kan sekejap.. Sumbatkan kesemua sambal kelapa melalui belah belakang ikan meliputi keseluruh bahagian tengah ikan.
  6. Panaskan kuali leper, tuangkan sedikit minyak (lebih kurang 1 senduk kecil) supaya ikan tidak melekat. Apabila minyak dah panas letakkan perlahan2 ikan terubuk, guna api yang sederhana perlahan sepanjang memasaknya.
  7. Apabila dah garing, terbalikkan ke bahagian yang sebelah lagi dan biarkan ikan dimasak dengan sempurna terutama dibahagian tengahnya. Sisik ikan haruslah garing baru lah sedap.
  8. Angkat dari kuali dan lapikkan dengan daun pisang. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, November 11, 2014

KEK MARBLE..UNTUK HUBBY YANG TERINGIN


Assalamualaikum buat semua...Semoga anda semua sihat dan ceria selalu disamping keluarga tersayang. Masih lagi sibuk mengemas bagai nak rak, hopefully by end of this month segala2 siap seperti yang dirancangkan.

Sibuk2 pun masih sempat membaking,.special untuk suami. Hubby I tu sangat2 memilih...kalau buat kek2 om.putih yg pelik2 tu memang kurang sangat le dia nak memakannye..Cerr kalau kek macam kat gambo ni atau butter cake yang simple2 tu memang kenan bebenor le dia..

Sekarang ni kan I tengah bizi mengemas tak abis2 .. Aritu masa I tengah nyembang dengan anak2 pasal birthday cake tetiba hubby I bersuara gini..cerr buat kek yang biasa2 je macam dulu2...Ohhh nak kek dulu2 rupanye, ok no problem..petang tu jugak akak siapkan.. .so malam tu puas la hubby memakannye berkali2. Kek marble ni memang sekali hadap je sebab anak2 pun sukaaa..(teringat pulak anak sulung yang jauh dimata..takpe2 nanti mama buat special untuk Along bila balik cuti ye)

Oklah, resepi turun temurun akak macam biasa ada dibawah ni. Jom buatkan kek untuk suami tercinta..muahhh

BAHAN BAHAN

  • 1 ketul mentega (guna la apa brand pun tak kisah)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung superfine
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji telur saiz A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko
CARA CARANYA
  1. Mula2 tepung diayakkan bersama2 baking powder dan ketepikan dulu.
  2. Didalam bekas berasingan putarkan mentega dan gula halus sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan mentega. Putar sederhana kelajuannya setiap kali telur dimasukkan sehingga sebati
  4. Masukkan susu cair dan diikuti dengan esen vanila sambil diputar lagi 
  5. Yang terakhir masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil dikacau perlahan2 menggunakan spatula sehingga sebati, jangan kacau lama2
  6. Ambil 1/3 dari adunan dan sebatikan dengan serbuk koko.
  7. Griskan loyang bersaiz 7 inci dengan mentega dan lapik dengan baking paper terlebih dahulu.
  8. Sendukkan adunan biasa ke dalam loyang berselang seli dengan adunan koko sehingga habis. Ambil pisau kecil dan lorekkan zig zag secara melintang dan sekali lagi lorekkan secara menegak di sekeliling loyang
  9. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 minit dengan suhu 180C selama 45 minit atau bergantung kepada oven masing2. 
  10. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum dipotong dan sedia dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...