Thursday, March 1, 2012

KARI IKAN TONGKOL


Assalamualaikum...Alhamdulillah, panas terik sungguh cuaca tengahari ni, belum sampai 1 tengahari semua kain baju dah siap angkat dari jemuran. Lepas zohor nanti dah boleh lipat sambil nonton tv. Biasa la tu..takkan sambil hadap dinding je kan. Macam akak ni bekerja dari rumah merangkap suri rumah jugak memang kerja rumah tak pernah selesai. Bukannya selalu dapat hadap tv tau, jadi bila ada kesempatan macam tengah lipat kain akak layan la jugak cerita2 di tv tu....Biar pun ada pembantu tapi memang semenjak dari dulu waktu masih bekerja tak pernah akak lepaskan semua bebanan kerja rumah padanya. Lagi pun hasil tangan orang mana nak sama macam yang kita buat sendiri. 

Sekarang ni bila berada dirumah dengan kehadiran pembantu memang tak berapa menggembirakan akak sebenarnya, terasa sangat nak hantar je dia balik terus selepas 9 tahun dia bekerja dengan kami. Actually akak pernah tanya dia, apa kata balik saja kampung, duduk rumah tunggu orang meminang. Tapi jawapnya, dah bape kali balik dulu pun masih xde orang nak pinang, lg pun kat sana bukan ada kerja pun, baik duduk sini saja dengan ibuuuu, katanya.....Kesian pulak kan. Tak pe la, ibu mu ini memang tak menjanjikan gaji yang tinggi buatmu tapi kamu antara yang banyak membantu ibumu ini sewaktu susah ataupun senang...kamu sentiasa disisi ibu.

Ok la, sebelum lebih jauh melencong, kita berbalik pada gambar kari ikan tongkol akak ni. Kalau masak kari, biarlah terasa kepedasannya, baru la sedap kan!! Akak memang tak reti jemu makan lauk ikan, cuma anak2 lebih suka lauk ayam (semua budak2 macam tu kan!) Kari ni sengaja buat kuahnya lebih, malam nanti boleh cicah dengan roti.Kuah nya ada campur cili padi sikit bior lg terangkat..Walau pun masakan yang biasa2 tapi resepi tetap ada di bawah ni ya..Jumpa lagi... :))



BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan tongkol (dipotong kepada beberapa bahagian)
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 biji tomato dibelah 2 setiap satunya
  • 2 cili hijau dibelah tengah tanpa putus
  • Kacang bendi
  • Garam ikut citarasa

BAHAN2 PENUMIS (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang merah
  •  2 ulas bawang putih
  • 1 hirisan halia
  • 1 sudu teh halba campur
  • 1 tangkai daun kari

BAHAN2 KISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas cili padi

CARA MEMASAKNYA
  1. Panaskan sedikit minyak dalam 2 sudu besar, tumiskan semua bahan2 penumis sehingga naik bau
  2. Masukkan bahan2 yang dikisar, diikuti dengan rempah kari ikan, kacau2kan & tunggu rempah agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan air asam, kacau lagi dan masukkan pula santan. Biarkan ia sehingga mendidih sebentar
  4. Kemudian masukkan ikan tongkol, diikuti dengan tomato & cili hijau, biarkan ia mendidih perlahan2 sambil sesekali dikacau2kan
  5. Terakhir, masukkan kacang bendi dan garam secukup rasa. Ikut selera masing2 sama ada suka bendi agak lembik atau masih rangup. Akak suka rangup jadi tak perlu tunggu lama memasaknya.

4 comments:

  1. salam kak...lauk ni peberet family Liza ni..mkn sampai 2 hari pun tak pe...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh..sampai dua hari tuu, mmg kari ni dah simpan semalaman lagi la bertambah2 sedapnya. akak suka simpan kuah tu cicah dgn roti atau capati... :))

      Delete
  2. mmmmm....wanginya bau kari kak Ina masak....
    Kak Ina ni msti baik sgt...bibik pon x blk kmpung..mesiaku syurgaku la tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja kari tu wangi, jari2 pun ikut sama wangi melekat bau rempah kari..hihi..

      Sebenornye kan akak ni garang weyyyy...Hepppp!!! Dia dh penah beberapa kali balik kg tp lebih suka kat M'sia ni sbb boleh selalu kena marah dgn akak..haha :))

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...