Assalamualaikum....Pagi2 lagi dah sampai disini.Nampaknya kesibukan akak dengan macam2 hal dah semakin reda. Cuma masih ada beberapa je lagi yang perlu disettlekan dan baru boleh tarik nafas lega. Alhamdulillah, kali ini langkah diatur dengan lebih berkeyakinan berbanding dulu. Iyaaa...belajar melalui pengalaman, sesuatu yang amat berharga!!!
Kalau sesiapa yang tak tahu, kuih dadar durian ni tersangatlah sedap tau. Akak sempat salin resepi ni dari Kak Wan @ Resipicitarasawan sewaktu bw tengok swiss roll zirafah tempohari. Dari adunan tu akak dapat 12 kuih dadar. Dadarnya bila bercampur inti durian tu sangat2 la lazat tak terkata, almaklumlah kan, dah memang peminat durian.
Resepinya akak C & P untuk dijadikan future reference. Terima kasih diucapkan buat kak Wan kerana berkongsi resepi yang sangat lazat ni....Bagi peminat durian apakata try resepi yang sangat sedap ni sebab rugi rasanya kalau tak cuba. Selamat mencuba!!!
SUMBER : KAK WAN @ CITARASAWAN
Bahan Dadar
- 100 gr tepung gandum
- 1/4 sudu teh garam
- 3 biji telur di pukul ringan
- 250ml susu cair
- 1 sudu besar mentega cair
- beberapa titik pewarna kuning / hijau
Inti Kastard Durian
- 250ml susu cair
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
- 1 kuning telur
- 150gm isi durian
Cara-cara :
- Satukan bahan dadar dan whisk hingga rata, kemudian tapis.
- Panaskan kuali non-stick kecil tanpa perlu meleserkannya dengan minyak, ambil satu sendok adunan dan buat dadar yang nipis. Pastikan setiap kali menuang adunan, kuali di angkat dari dapur supaya tidak hangus.
- Biarkan bahagian bawah masak, kemudian terus angkat dan terbalikkan dengan permukaan yang licin berada di bawah. Buat hingga habis.
- Letak 2 sudu kecil inti di tengah dan lipat seperti membuat lepat dengan permukaan yang licin di bahagian luar.
Inti : Larutkan tepung jagung dan susu segar hingga rata. Kemudian satukan dengan bahan-bahan yang lain di dalam periuk dan masak hingga inti menjadi kental. Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam dadar.
Salam Azlina,, betul sedapkan dadar durian ni,, ank K1 ckp lebih sedap dr yg dibeli.. terima kasih krn mencuba.. ;D
ReplyDeleteSalam Kak ina..bau durian dh smpai penang..wanginyaa..nnt nk cuba lah..stok durian frozen ada lg.. :-)
ReplyDeletesalam K.Ina.sedapnya.Semlm HB ada beli durian tp rasanya xsempat nk mencuba resepi nih :D
ReplyDeletesalam lina....
ReplyDeletelama tak tinggalkan jejak.. lama jugak tak jejak tapah tu.. dah rindu dgn org2 kat sana.. hehe..
byk ke durian kat tapah skrg ni? kat rumah adalah sikit lagi isi durian yg dibawa blk dr kg... tak taulah rajin ke tak nak buat dadar ni... tunggu hari cuti baru sempat mendadar..nampak sedaplah..
Wah!...menggoda tul kuih dadar ni...intinya ..fuhhhh...mesti sedap ni kan...dapat sekeping ni kan best...:)
ReplyDeletep/s tq ya ucapan tuk anak kak cek Mimi...:)
Assalam kak Azlina, apa khabar? bz yer...wahh byk la durian kat sana yer..nampak sedap..hari tu dah simpan resepi kak wan ni tapi belum kesempatan lagi nk cuba lagi..kat sini ada durian import yg frozen jer:)
ReplyDeleteKakWan-Citarasawan, memang sedap & berbaloi2 membuatnya..tak puas rasa makan. thanks pd kak wan sudi kongsi resepinya & sudi dtg tengok kuih dadar durian saya tu.. :))
ReplyDeleteYanaShaiful, kalau dh ada stok durian tu cepat2 lah buat sbb rugi kalau tak cuba. kuih ni mmg sedap tersgt2..kat penang pun dh musim durian yea!! :)
Azatiesayang..Tak sempat buat sebab duriannya dh abis dimakan ke Atie? Xpe, lenkali beli buat cepat2 tau!! :)
Madihaa aka Ratna..Kat Tapah mmg tengah lebat berbuahnya, merata2 ada jual durian, harga pun murah sgt. meh la dtg tapah, boleh borong durian..hehe.. :)
ReplyDeleteCik Cek..Kak cek punya pasal jgn kata sekeping, 5-6 keping pun boleh, tp kena tunggu saya buat lg next time... :)
Nieza..Waalaikumussalam, Alhamdulillah akak sihat, hrp Nieza pun begitu yea! Kat sini mmg tgh musin durian, berlambak2 kat sana sini. Takpe la Nieza, yg frozen pun sama jugak rasanya. Apa lg tunggu tu, buat la cepat2.. :))