Saturday, March 26, 2011

TALAM GULA MERAH

Assalamualaikum semua...Petang2 Sabtu begini tentu semua sedang berehat di rumah, ataupun bersiar2 dengan yang tersayang. Dapat balik rumah awal2 lagi cukup meyenangkan hati, rasa nak nyanyi la pulak dah...Dapat pulak makan kuih talam yang sangat diminati ni, emmm memang best. Sebenonye akak dah beberapa kali jugak buat kuih talam gula merah ni, dengan resepi yang berbeza, ada yang bersumberkan majalah, buku & internet. Sebelum ni, ada je yang tak kena di mata & di tekak akak. For example, ada yg lapisan atas terlalu lembik, ada jugak yg lapisan bawah keras sangat, pon tak best lah kan! Kali ni akak cuba pulak resepi dari dapur Yatie. Gembira betul sebab rasanya 100% menepati citarasa akak. Tak terlalu lembik atau keras, rasa pon tak manis sangat, sederhana je..lemak berkrim disukai ramai... Thanks to Yatie sebab sudi berkongsi resepi talam gula melaka ni. Akak copy kat sini yea Yatie untuk future reference akak & untuk teman2 lain yang mungkin tercari2 resepi kuih talam ni. RESEPI ASAL : SINAR KEHIDUPANKU- YATIEMEMORIES Klik SINI Bahan utk lapisan bawah
  • 200gm gula merah
  • 2 sudu gula pasir
  • 2 1/2 cwn air biasa
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar air kapur
Cara-cara
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan
  2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya
  3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau
  4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak
  5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas

Lapisan Atas
  • 3 cwn santan pekat
  • 1 cwn tepung beras
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan
  2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat
  3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong

6 comments:

  1. elok jer terhidang dua pinggan tu,satu pinggan kite nyerlah kot ngee..ngee..sedap tu.Xpernh wat kuih ni selalu beli jerr.

    ReplyDelete
  2. Assalam na, akk pun suka ngan kuih talam gini, lagi sedapkan kalo lapisan atas cukup lemak manis nya.

    Na...akk nak cadangkan agar na buat pop up comment, nnt senang org nk komen, maaf ya

    ReplyDelete
  3. Looks very yummy, you have a nice yummy looking blog

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..bestnye kuih talam tu..nak sepinggan boleh...

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..bestnye kuih talam akak tu..nak sepinggan boleh..

    ReplyDelete
  6. Lina_pg...1 piring tu memang akak sorang pon boleh abiskan tau..sedap mkn kuih ni, tak muak..kalau lina nk 2 piring tu pon boleh je.. :)

    Rosa...Waalaikumussalam, heee segan nk panggil kak Rosa tau, rasanya aiii lagi tua dr yuuuu, hik3.. Lapisan atas tu mmg dh sgt2 cukup lemak manisnya..kalau dkt boleh gak pas sepiring..maceh yea bg idea pop up comment tu, ok nnt akak buat lps nie..blog akak ni tau je la, main redah jer..maceh2 :)

    Umm Mymoonah..thanks a lot for your comment & appreciation. Do come again yea :)

    Adiweyah...Meh sini cepat, kalau setakat sepinggan tu no hal la, memang sedap mkn kuih ni. menepati citarasa.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...