Thursday, March 24, 2011

KUPANG GORENG KUNYIT CILI PADI

Assalamualaikum semua...Arini balik rumah awal sikit dari biasa. Tujuan asal adalah untuk sidai kain tapi tengok langit macam dah mendung je, baik akak lepak dulu kat sini..hahaha..Alasan je kan! Ok2...ada tak sesape yang tak pernah makan kupang? Bagi diri akak memang jarang memasaknya. Dah tak ingat pun bila kali terakhir akak makan benda ni. Akak masak goreng kering je, simple sangat masakan ni. Simple tapi sesdap tau..Resepi dia macam dibawah ni .. :) 

BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 kg isi kupang
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji cili merah dihiris nipis
  • 1 biji cili hijau dihiris nipis
  • 1 biji tomato dipotong 6
  • 1 papan isi petai
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos cili
BAHAN YANG PERLU DIKISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 biji cili padi
  • 1 batang serai

CARA MEMASAKNYA
  1. Gaulkan kunyit & sedikit garam pada isi kupang, goreng dengan sedikit minyak sehingga kekuningan, angkat dan ketepikan dulu
  2. Gunakan baki minyak gorengan tadi, tumiskan semua bahan yang dihiris sehingga naik aromanya
  3. Masukkan pula bahan kisar dan kacau2kan sehingga sebati
  4. Masukkan pula sos tiram, sos ikan & sos cili, kaxcau lagi biar rata
  5. Diikuti isi kupang, tomato & isi petai, kacau sekejap aje biar mesra isi kupang dgn sambalnya
  6. Terakhir, masukkan gula dan sedikit garam jika perlu, kacau lagi sehingga rata dan bolehlah ditutup api, sedia untuk dihidangkan.

7 comments:

  1. sedap...sedap...lama tak makan kupang.payah nak dapat kat sini..meh bagi kita rasa sikit...

    ReplyDelete
  2. Asma...sama jugak kat sini pon susah dpt kupang nie, beli kat Ipoh..kalau dekat boleh la nak bagi rasa, suap ke mulut pon boleh.. :)

    ReplyDelete
  3. salam azlina, tak pernah mkn kupang masak cenggini, nmpk sungguh menyelerakan..jenuh dok teropong apa menda la yg kaler ijo tu..petai rupanya hehehe (maklumlah rabun).Kalau ganti ngan terung pipit ok tak?atau akan menjejaskan rasa?

    ReplyDelete
  4. sedapnye..tapi nak dpt kupang susah..huhu

    ReplyDelete
  5. Lina_pg, oh..hoho...ngendap akak guna teropong eh!!akak pon rabun jugak tau..petai tu boleh je tuko dgn benda lain, xkisahnya...janji berkenan dihati... :)

    Eiza..ha ah la tau...kat sini pon susah dpt kupang nie, kebetulan jumpa di Ipoh aritu.. :)

    ReplyDelete
  6. hehe...kang eiza tukar kupang tu jd kerang..hehe

    ReplyDelete
  7. Eiza...boleh je nak tukar kerang, akak lebih suka kerang, tp malaz nk kopek dia..hik2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...