Tuesday, March 29, 2011

CUSTARD TEACAKE WITH DURIAN FILLING

Assalamualaikum...dah macam habit pulak asal pukul 1 pagi nak update n3. Nak buat camne dah tuntutan kerja yang bertimbun2 memaksa akak mendahulukan apa yang lebih penting. Ehhh, blog ni pun penting cuma emmmm tak pe lah, takyah citer la kat sini. 
 
Ni lah custard tea cake akak yang fresh from the oven. Start baking lepas Maghrib, siap sejam kemudian. Tunggu punya tunggu kek ni sejuk, rakyat ramai yg dah titon..So, baru jap tadi akak potong, ada yang setia menunggu sejak tadi. Kira 4 potong je abis arini. To be continued tomorrow...whhhhheeee... Dah lama bersabar tengok sana sini sinun semua dah buat kek ni. Malam ni berjaya jugak merasa. Alhamdulillah, sempat jugak membaking & sempat jugak bw kejap tadi sambil selesaikan kerja kat rumah ni.
Resepi asal adalah dari 1001resepi - Terima kasih pada Kak Ida. Klik SINI
 
BAHAN BAHAN
  • 125g mentega
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 sudu teh esen vanila
BAHAN INTI KASTAD
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar gula
  • 2/3 cawan susu segar
  • 15 g mentega
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 10 ulas durian diambil isinya & dikisar (ni akak tambah)

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega & esen vanila, kacau rata dan masak atas api perlahan, kacau sehingga betul2 pekat & padamkan api
  2. Masukkan mentega dan vanila dan kacau biar betul2 sebati, ketepikan dulu. Akak bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian akak warnakan rose pink
  3. Panaskan oven pada 175C dan lenserkan tin pembakar kek saiz 7 inci .
  4. Pukul mentega dan gula halus sehingga memutih
  5. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang
  6. Masukkan esen vanila dan pukul lagi
  7. Diikuti tepung naik sendri & tepung kastad yang dimasukkan sedikit demi sedikit sampai habis
  8. Masukkan 1/2 adunan ke dalam tin pembakar dan ratakan kesemua inti kastad di bahagian atas adunan tadi (jika buat 2 warna, selang selikan je...)
  9. Masukkan baki adunan dengan menutupi keseluruh bahagian inti kastad tadi dan masukkan ke dalam oven
  10. Bakar selama 40 minit bergantung pada oven masing2
  11. Sejukkan sebelum dipotong

10 comments:

  1. wah dh sampai ke dapur akak dah kek ni..ada durian lagi tu...mabeles..cantik la akak bubuh filling colour tu..menarik juga tu..:)

    ReplyDelete
  2. perhh..mesti bertambah sedapp sebab ada isi doyan...
    terliurnya tengok...

    ReplyDelete
  3. assalam na, suka sangat ni nk komen pun laju je

    mesti sedap custard teacake ni kan bila di tambah duyan tu.

    kita pun ada buat , tp gmbr tak n kek tak comel plak

    ReplyDelete
  4. salam kak, wanginya bau kek durian ni..(dok bayangkan sedang mengadap sepotong kek), bestnya ada durian lagi!

    ReplyDelete
  5. kalau guna durian, jgn harap la boleh buat....kulit durian pun tak nampak skrg ni.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumwbh kak Azlina....dinda dataaaaaaaaaaaang!!!

    MM doyan suke...custard pown suke.....kek pun suke....makan pun I loikessss.......err...vongkos itew kek 2 + 2 yer kak...hik3!!!

    menjadi je filling tu....and tgh feeling gak dgn background music nih.....ngeeeeeeee:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikumwbh....kaaaaaaaaaaaaaaak, ayu dtg lagi ni....nak mintak kek custard......ngeeeeeeeeeeee.....miss ya....:)

    ReplyDelete
  8. Nieza...dtg idea ni bila dh bnyk sgt durian kat rumah akak, sampai x termkn. belum abis yg ada dh sampai lg durian lain...mcm t la critenya.. :)

    Nazrah Bakery...Mmg sedap ada durian, sampai x termkn2 dh nie..hehe :)

    Mas... kalau dekat kan dh tentu akak anto kat rumah Mas tau! Durian nya pon akak bg sekali..hik2

    Rosaliza...Waalaikumussalam, laju dh yea! Mmg sedap la ada durian bg yg suka durian, tp muak sikit rasa dia, xleh mkn bnyk..akak punya pon x lawo tp hentam je la..janji kita yg buat & kita yg nk mkn..kan!! :)

    Umi...bayangkan je terus akak suap kat mulut tu sepotong kek ni..hahaha..sedap la ada durian tp sebenonye kan rakyat kat rumah akak ni dah cemuih dgn durian..dh bnyk sgt.. :)

    Zanafahmi...Owh kat sana belum musim lg ke?? Meh la dtg sini berlmbk2 durian sampai x termkn dh ni..asyik dpt durian je..emmm dh x larat tengok durian.. :)

    Ayu Safieza...Mana merajuk nye adinda ni?? Suka makan yea, nnt gemuk susah pulak cik abg nk dukung..hehe..Ayu nk bnyk mana pon akak leh bg..ni durian tgh bnyk sgt kat dapur akak, tgh tunggu Ayu tuu...Sama la akak pon feeling dengo lagu jiwang2 nih..:)

    ReplyDelete
  9. kak azlina--
    ya ampun..nie kek semalam nie..ada lagi dalam simpana tak??
    harum tu kalau ada isi durian..

    meleleq....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...