Sunday, March 6, 2011

TILAPIA STIM ASAM BOI

 
Assalamualaikum...kawan2 dah minum petang ke? Ya lah..jam pun dah pukul 5 lebih ni mesti la sibuk nak prepare utk makan2 petang pulak kan! Haaa.betul3...hari ni akak malas nak masak tapi bila fikirkan perut2 yang lain perlu diisi, akak pon masak la jugak apa yang patut. Banyak faktor yang mempengaruhi kemalasan akak untuk memasak arini, tapi malas bukan sebarang malas ok! Malas memasak, tapi benda2 lain tak malas tau...

Ikan tilapia ni sangat fresh, masih tergedik2 semasa sampai ke tangan akak. Teringin pulak nak stim ikan tilapia merah ni macam yang Nieza Helsinki buat tu. Tapi apa ke halnya after distimkan ikan tilapia merah ni bertukar jadi ikan tilapia putih & pucat je rupanya? Palsu betui la ikan ni, tapi nasib baik sedap & manis rasa isinya..emmmm tak kuasa dah nak membebel... Resepi akak letak kat bawah ni yea... :)  


Bahan Bahannya
  • 4 ekor ikan tilapia merah
  • Sedikit cendawan hitam kering (direndam)
  • Secekak kecil suhun (direndam)
  • 8 biji asam boi
  • 15 biji cili padi dihiris halus2
  • 2 biji cili merah dihiris memanjang
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • Sedikit daun bawang & daun sup dihiris halus
  • 2 biji tomato dipotong bulat2
  • 5 biji limau kasturi diambil jusnya
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu teh gula
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 bersihkan ikan tilapia dan lumurkan dengan sos ikan, sos tiram, gula & jus limau dan biarkan ia seketika selama 15 minit aje
  2. Sementara itu panaskan pengukus, tunggu hingga air mendidih
  3. Cendawan hitam kering di celur supaya lembut sedikit & dihiris2kan
  4. Letakkan semua bahan2 hirisan, tomato & asam boi ke atas ikan tadi dan boleh la distimkan lebih kurang 12 minit bergantung kepada besar mana ikan tersebut
  5. Apabila sudah masak, renjis2kan sedikit kicap cair ke atas ikan dan sedia untuk dihidangkan.

4 comments:

  1. Assalamulaikumwbh kanda......

    Dinda dataaaaaaaaaaaaaaang!!! yey...ikan dgn asam boi......pergh....sedap sedap....erk...:( nak kene cari ikan tilapia dulu ah kat sini.......:)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Adinda Ayu...rasa2nya ada tak tilapia merah kat Doha? Emmm..nanti buat mengidam je, kang meleleh pulak air liuq..hehe
    kekanda nak bagi pun dah abis, tinggal tulang temulang je tu...huhu

    ReplyDelete
  3. kak, nampak ikan kukus akak lagi sedapla...lambat lak sampai dh abis pun..hehe tapi ikan tilapia sini w/pun x fresh gemuk2 kak byk tul isi kalau kat msia susah nk jumpa kan.

    ReplyDelete
  4. Nieza..akak pulak tengok ikan Nieza lg la mengancam. Cantik je warnanya..best la dpt yg gemuks, baru puas mkn..yg akak stim tu kurus cekeding je tau..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...