Friday, March 4, 2011

SUP GEAR BOX

Assalamualaikum semua....Petang Jumaat yang indah! Petang ni cuaca mendung2 gitu....dapat pulak hirup sup gear box ni panas2..huishayyy...berpeluh2 dibuatnya. tuu nampak tak kat tulang yang berlubang tuu...ambil straw dan hirup... srrruuppp2...emmmm....bagi yang tak biasa makan gear box ni mesti rasa pelik kan, tapi kat situ la nikmatnya makan sup gear box nih..Nampak tak kat sebelah tulang tu ada lemak lembut...ni lagi best, akak pernah dengar orang panggil lunjang benda ni. Emmmmm...yang ni akak suka...lembut & kenyal je, mcm mkn chewing gum pulak... Tak yah cerita panjang le, mata pon dah ngantuk sebab banyak sangat makan lemak..resepi dia macam kat bawah ni ok! BAHAN BAHAN
  • 2 ketul tulang gear box
  • 300 g daging tetel dipotong kecil
  • 10 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 1 batang serai diketuk2
  • 5 biji cili padi diketuk2
  • 1 sup bunjut tulang
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1 batang seleri dikerat2 pendek
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • Daun bawang & daun sup dihiris2 secukupnya
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam dikisar kasar
  • Garam secukup rasa
Bahan bertanda * dikisar bersama2

Bahan2 untuk penumis :

  • Rempah 4 sekawan (1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 bunga cengkih)
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • Sedikit halia dihiris
CARA MEMBUATNYA
  1. Bersihkan tulang gear box dan rebus sehingga betul2 lembut sehingga nampak lekang dagingnya di tulang
  2. Daging tetel dipotong sederhana kecil dan sirebus juga sehingga empuk
  3. Masukkan 1 senduk minyak masak ke dalam kuali dan tumiskan bahan2 penumis sehingga kekuningan
  4. Masukkan bahan yang dikisar, serai & rempah sup dan kacau2kan, masukkan pula serbuk lada hitam biarkan seketika supaya rempah mesra dengan bawang tumis tadi
  5. Apabila sudah naik bau & rempah agak garing, tutup api dan masukkan rempah ini & sup bunjut tulang ke dalam periuk yang berisi tulang gear box, daging tetel & air rebusannya dan masak semula dengan api sederhana sehingga mendidih
  6. Masukkan cili padi ketuk, buah tomato & batang seleri dan renihkan sup buat seketika
  7. Sesuaikan rasa dengan garam secukup rasa
  8. Yang terakhir, masukkan daun bawang & daun sup dan tunggu mendidih buat kali terakhir & boleh la ditutup api
  9. Taburkan bawang goreng, daun bawang & sup secukupnya di atas sup sebelum dinikmati. Sedap dimakan dengan kicap cili padi..emmmmm

7 comments:

  1. akak....mula2 nak tutup sebelah mata..
    tak tahan lak tengok sup tulang tu...
    buka mata luas2...wakakaka..

    ReplyDelete
  2. sedapnya..sup gear box..kalau dapat yg lemak2 sket tu uishh best tuu..selalu wat sup tulang rusuk jer..ada lagik tak?mintak la semangkuk hehehe

    ReplyDelete
  3. Mas....buka mata & mulut luas2..meh sini akak suap lemak gear box tu ckit..hehe

    Lina_pg...suka jugak mkn lemak yea!! sesekali apa salahnye kan..semangkuk? owh no problem..sat lg sampai... :)

    ReplyDelete
  4. salam..wah..gear box,,tak tahan tengok,,tiba2 ingat kampung...huhu..

    ReplyDelete
  5. aduh kakkkk dah terasa kesedapannyerrr... bab sedut2 tulang sum sum tuh yg paling bestttt.. tak sabor nak g warung!! hihi

    ReplyDelete
  6. Suri solehah...tengok jgn x tengok...akak pulak kalau mkn gear box tiba2 teringat lemak yg smakin bertmbh2..hehe

    Hana...woohhh, suka jugak sedut tulang som2 yea! kalau mkn kat luar ni rasa segan pulak nak mengokak tulang yg beso2 tu kan! wahaha

    ReplyDelete
  7. perghh tak thn nengok sup ni kak..memang mabeles..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...