Thursday, March 3, 2011

SERIMUKA PISANG

Assalamualaikum....Kuih serimuka pisang ni dah lama habisnya. Bila tengok kat rumah Yatie mula la teringin nak merasa, takkan nak mintak Yatie kot...malu lah aiii! So nak rasa kena la buat kan...Emmmm...memang tak mengecewakan la resepi ni, sedapppp, especially bagi penggemar pisang mcm akak.

Terima kasih yea Yatie sebab selalu menggoda akak dengan kuih2 sebegini sehingga timbul keinginan nak mencubanya. Izinkan akak copy resepinya untuk future reference dan untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mencubanya...

RESEPI ASAL : PUAN HASIAH MyR

SUMBER : YATIE MEMORIES

Lapisan Bawah

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.

Lapisan Atas

  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau

Cara-cara

  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain.
  2. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
  3. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit.
  4. Kemudian sejukkan dan potong... * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.

8 comments:

  1. mas dah buat serimuka pisang ni...
    memang sedapp sangat...
    terasa rasa kesedapan serimuka ni bila tengok akak buat...he..he..
    menggoda betul..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Lina,(nak panggil akak takut yatie yg lebih tua...yatie 38 thn)
    Tq cuba resepi ni..mmng sedapkan serimuka pisang ni..Yatie dah buat bnyk kali, satu family mmng suka kuih ni..

    ReplyDelete
  3. salam kak azlina,
    Rajinnya kak azlina..
    Femes sungguh serimuka pisang ni. Terliur.. nak buat, pisang pun dah abes. saya mintak sekeping la kak.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Mas...akak dah penah nampak kat umah Mas aritu, kan akak ni kaki ngendap.. :) tak rugi buat sebab manyak sedap wooo....

    Waalaikumussalam Yatie...confirmmmm sgt akak la yg lebih tua dr Yatie..tp anak Yatie beso lg dr anak akak, nk buat camne dah org lmbt masuk meminang.. :) Akak puashati dh cuba buat kuih ni, ntah bape ketui akak mkn sampai x ingat diri...hehe teruk betui perangai kan!!

    Nur...ni semua gara2 slalu melawat Yatie tu la. Geram bila akak tengok kuih2 kat umah dia..slagi x buat slagi tu la teringat2..gi beli pisang cpt2, kuih akak tu dh lama abisnya cayang... :)

    ReplyDelete
  5. Kuih Seri Muka memang fav kak cek....boleh try ni Seri Muka Pisang....emmmmm....

    ReplyDelete
  6. kak, bestnya..resepi durian hari tu pun belum try lagi, ni akak dah tayang resepi pisang pulak aduhhh..

    ReplyDelete
  7. sdap ni kak...nk buat malas...mintak jerk la seketui :)

    ReplyDelete
  8. Cik Cek...boleh la try buat serimuka pisang pulak..rasa dia sedap buat teringat ingat je lepas dah abis mkn..hehe

    Umi...takpe la, nnt bila2 free tu umi buat la satu per satu..akak punya list yg belum buat pon berderet2 tu..tunggu seru je..haha

    Moklong...Alahai, camne nak bagi sebab dah lama abis kuih tu..lain kali akak buat tu dtg cpt2 tau, jgn kata seketui, 6 ketui pon boleh je.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...