Monday, March 21, 2011

HONEY LEMON CHICKEN WING

Assalamualaikum...Atas permintaan semua yang dah jemu makan nasi so jom kita meratah kepak ayam je, ok jugak kan! Actually selain kepak ayam ada jugak kentang goreng, coleslaw & kentang putar. Macam ni la kat rumah ni, kalau dah tak de mood nak hadap nasi, akak akan buat menu sebegini, dah tentu takde sesape yang mampu menolaknya. Ada jugak rakyat yang komplen sebab agak pedas, tapi tengok2 licin jugak 3 ketul dia hadap sorang2...
Ok la, macam biasa akak letak resepi kat bawah ni.. :)
BAHAN BAHANNYA
  • Kepak ayam (akak buat 18 ketul)
  • 5 sudu besar madu
  • 2 biji buah lemon (ambil jusnya sahaja)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 suu teh garam
  • 1 sudu besar gula

BAHAN BAHAN UNTUK DIKISAR

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
CARA MEMBUATNYA
  1. Bersihkan kesemua kepak ayam dan toskan
  2. Madu & jus lemon digaulkan bersama2 & ketepikan dulu
  3. Campurkan serbuk cili, sos cili, kicap manis dengan bahan2 kisar dan gaulkan biar sebati
  4. Lumurkan pada kesemua kepak ayam sehingga rata dan perapkan selama sejam atau lebih
  5. Panaskan oven 200C dan grill ayam tadi selama 40 minit atau sehingga masak
  6. Setiap 10 minit buka oven, guna berus & sapukan dengan lebihan bahan perapan tadi & sambung bakar lagi
  7. 15 minit yang terakhir, sapukan pula dengan campuran madu & lemon sehingga rata pada ayam panggang tadi & sambung bakar & ulangi sehingga habis kesemua madu
  8. Tutup api apabila kepak ayam dah nampak garing dan sedia untuk dihidangkan.

5 comments:

  1. Assalamualaikumwbh....kak Azlinaaaaa dear.......mm sedapnye chicken ada lemon plus madu gitu..ratah2 mcm tu pun kira ok kan...? Lagi sejam nak masyok subuh....Ayu tak dpt tido daaaaaa....sob3!!!

    ReplyDelete
  2. sedappnya tengok ayam tu....
    ada lagi ke kak..he..he..

    ReplyDelete
  3. salam kak lina..ya allah sedapnyaa menu akak..yum3x mmg semua citarasa liza..lih cuba ni..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum....pekabo Azlina...sedapnya chicken wing...anak2 mesti suka ni kan....

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Ayu...kepak ayam tu mmg ratah2 gitu baru best! emmm..apa ke halnya x leh titon ni..sape kacau adik akak ni ha? nanti jap lg akak sampai kat doha yea yang!!

    Mas, mmg sedap hingga mnjilat jari tau..hehe..dh abis la Mas, nnt akak buat lg leh anto kat Mas yea... :)

    Waalaikumussalam Lyza...mcm ni leh geng la dgn akak eh....tp kdg2 tu dh jemu rasanya mkn masakan air tgn sendiri nie. jgn lupa cuba bila free nanti yea... :)

    Waalaikumussalam Cik cek...akak kabo baik, hrp cik cek pon gitu yea..chicken wing tu mmg sedap, jgn kata anak2 maknye pon suka3..hik3

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...