Tuesday, March 8, 2011

CHOCOLATE CHOCLAIRS MUFFIN

Assalamualaikum semua!!! Dah makan malam ke? Akak sekeluarga belum lagi..masih belum ada idea apa nak makan. Lepas update n3 ni akak kena masuk dapur & sambung lagi awal2 pagi esok utk siapkan tempahan masakan. 

Muffin ni dibuat awal2 pagi tadi. Kejap je buatnya, dalam 1 jam dah siap semuanya. Bagi yang suka makan coklat ni tentu akan suka kan muffin ni jugak. Macam akak... :) Resepi ni akak dapat semasa mengendap dapur kak Ummi Home Sweet Home malam kelmarin. Tengok gambonye macam sedap je, rupa2nya bila dah makan lagi lah teramat2 la sedapnya... Tapi memang pon kalau masuk je ke rumah kak Ummi ni semua resepinya nampak lazat & meleleh air liur. Kalau makan apa tah lagi... Terima kasih kepada kak Ummi & terima kasih juga kepada penyumbang asal resepi ini iaitu Yani @ Deco Choco kerana berkongsi resepi ini dengan semua. Izinkan saya copy resepinya untuk future reference yea kak!  

CHOCOLATE CHOCLAIRS MUFFIN 

Bahan-bahan:
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 20gm serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 45gm gula perang
  • 45gm gula kastor
  • 100gm mentega
  • 100ml susu segar
  • 50gm chocolate chips
  • 10-15 biji choclairs ( sebiji potong 4) 
Cara-cara:
  1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Panaskan oven sehingga suhu 170 degree.
  2. Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit.
  3. Kemudian masukkan 1/3 tepung yg dah diayak tadi. Kacau.
  4. Masuk pula 1/2 susu segar - kacau lagi. Ulang lagi dgn masukkan tepung diikuti dengan susu. Akhir sekali tepung.
  5. Masukkan pula chocolate chips dan choclairs. Kacau rata.
  6. Sudipkan adunan ke dlm muffin cups. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.

6 comments:

  1. Ya ampun..

    muffin coklat ko...

    terliur no...2 biji buat sarapan esok lagi boleh??

    ReplyDelete
  2. Yumm yumm.. sedapnya, kna try ni, i mmg peminat setia cokelat..ngheeee

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya kak muffin ni...ha ni peminat cekelat dh mai dah tapi tak leh mkn bykla kak dah gemuk ni....tapau seketoi dah la kak yer...hehehe

    ReplyDelete
  4. Creative... thanks 4 sharing ramuan and trics ;)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikumwbh Kak azlina cayang........adeh...pepagi hari kami di sini sudah pun terguda dgn itew choc choclairs muffin.....adeh.....lapor3....

    Soklan cepu cemas nih: Berapakah choc muffin yg tinggal sekarang? Muahahhahaaa.:P

    ReplyDelete
  6. Ayu @ Citarasa Rinduan..jgn kata 2 bj, 20 bj pon tak de halnye..tp kena la dtg cni ambik ok! :)

    Mamma Olynn..peminat coklat yea! Ha.. kena la try cpt2 resepi ni lps tu anto kat akak 5 ketui eh..emmm muffin coklat ni mmg sedap!

    Zuwairi Aiman..u're welcome.tq for visiting yea! :)

    Ayu, Waalaikumussalam my dear...Ayu mengidam nk mkn muffin eh...kalau Ayu nak cakap je bape2 pon boleh je, no hal la...Muahhhhh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...