Friday, June 18, 2010

AYAM MASAK MERAH BERMADU

Salam buat semua di hari Jumaat yang mulia...ini antara menu yang dimasak untuk tengahari tadi. Setiap hari di RTH ayam merah madu ni mesti ada kalau tak macam tak lengkap hidangan kat sini. Alhamdulillah, memang ramai peminatnya, dan ada sorang customer tu hari2 akan makan lauk ni tanpa jemu...Resepi akak mudah je, bagi yang baru berumahtangga, yang baru nak belajar masak2 untuk suami tercinta tu boleh la cuba ya..tentu suami bertambah sayang. Semua suami suka makan masakan dari air tangan isterinya, tak gitu ! Ok , resepinya... BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu makan madu (akak guna jenis Khaula)
  • 2 biji tomato dibelah 4 setiap satu
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit garam & kunyit

CARA MEMBUATNYA

  1. Ayam dibersihkan dan toskan airnya sehingga kering. Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit
  2. Gorengkan ayam hingga betul2 masak.
  3. Dengan lebihan minyak gorengan ayam tadi tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  4. Masukkan juga cili kisar dan masukkan sedikit air dan tunggu hingga cili agak garing.
  5. Akhir sekali baru masukkan sos cili & sos tiram, kacau2kan sehingga sebati
  6. Masukkan pula madu, diikuti buah tomato dan kacau2kan lagi
  7. Terakhir masukkan gula & garam secukup rasa,buarkan kuah menjadi pekat.
  8. Masukkan ayam goreng tadi dan gaulkan sebati dengan kuahnya. Siap untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...