Tuesday, July 12, 2011

RED VELVET CUPCAKES & BIRTHDAY CAKE FOR MY DEAREST SISTER



Assalamualaikum...Salam penuh keceriaan. Bukan senang nak berblog awal2 pagi ni, akak pun macam tak percaya pulak rasanya tapi disebabkan dah on internet untuk check email dr seseorang so akak pun terlajak mengupdate blog ni.

 Semalam dah terlanjur nak buatkan untuk sis akak red velvet cake, akak pun lebihkan adunan dan dapatlah 12 cupcakes, cukuplah untuk rakyat dirumah ni menikmatinya. Cupcakes dengan frosting yang sangat yummy, cream cheese orange....


Akak makan 1/2 cupcake je. Beruntung akak ada pembantu yang tak reti jemu makan kek. "Kek ibu semua enak sekali...."katanya. Emmmm, kalau kata tak enak nanti tak dapat pulak makan kek ibu ehhh? Macam2 lah kan..apa2 pun dialah pembantu yang amat akak sayangi, dah lebih 8 tahun dia setia bersama akak, disaat jatuh bangunnya kehidupan akak...Woishhh, dah melalut kemana ceritanya ni kan...

Okay lah, jom tengok resepi di bawah ni..Akak guna resepi red velvet cake yang berbeza dari yang pernah akak buat sebelum ni, tapi rasanya tetap lazat...salin resepi ni dah lama, tak tahu dah dari mana asalnya sebab masa tu main salin je, yang pasti dari blog omputih...resepi kat bawah ni akak translatekan ke BM ikut pemahaman akak. 

BAHAN BAHANNYA
  • 2 cawan tepung kek
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan buttermilk ( 3/4 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan)
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 120 g mentega
  • 1 cawan + 2 sudu besar gula halus
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2, campurkan tepung kek, garam & serbuk koko, ayakkan bersama2
  2. Dalam bekas pengadun, guna mixer pukul gula & mentega sampai kembang
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan adunkan lagi sehingga sebati
  4. Tambahkan esen vanila, adunkan lagi dengan kelajuan sederhana
  5. Buttermilk dicampurkan dengan pewarna merah & kacau2kan terlebih dahulu
  6. Masukkan tepung ke dalam adunan tadi di selang seli dengan buttermilk, diakhiri dengan tepung, kacau sehingga betul2 rata
  7. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai, griskan dengan mentega & lapik dengan kertas baking dulu sebelum tuang adunan
  8. Panaskan oven 180C dan bakar selama 40 minit atau sehingga betul2 masak

UNTUK CREAM CHEESE FROSTING - CUPCAKES

BAHAN BAHAN
  • 80 g cream cheese
  • 60 g mentega
  • 1 cawan gula aising (diayak ) boleh kurangkan
  • 1 sudu teh orange oil
CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan cream cheese, mentega dan gula aising, pukul sehingga betul2 kembang
  2. Masukkan orange oil & pukul lagi sehingga sebati 


    Actually kan, niat nak buat red velvet cake untuk my dearest sister sejak bulan lepas lagi. Dah sebulan birthdaynya baru akak berkesempatan membakingkan untuknya.. So, sebaik je siap terus hantar ke pintu rumah sis akak. Cewahhh, door to door service lagi..only for my sis okay!! Kami pun pergi macam rombongan Cik Kiah & sempat makan2 lagi. Ada, meehoon goreng Singapura, pizza & keropok Terengganu.

    Kek berbentuk love akak bahagikan ke 3 bahagian maka dapatlah 2 bahagian disapu dengan cream cheese ni.. Resepi cream cheese frostingnya macam di bawah ni

    BAHAN BAHAN
    • 120 g cream cheese
    • 1/2 cawan gula aising (boleh dikurangkan)
    • 150 ml whipping cream
    • 1 sudu teh esen vanila
    CARA MEMBUATNYA
    1. Masukkan whipping cream dalam bekas pengadun yang disejukkan dalam fridge terlebih dahulu, pukul dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit sehingga betul2 kembang
    2. Satukan cream cheese, mentega dan gula aising dalam bekas berasingan, pukul sehingga betul2 kembang juga & masukkan whipping cream tadi dan pukul lagi
    3. Yang terakhir masukkan esen vanila & sambung pukul lagi sebentar saja 


      Inilah rupa kek untuk sis akak Cikgu Rohaya...Okay lah, hari ni akak ada tempahan masakan untuk Tuan Magistrate Tapah. Menu pilihannya adalah nasi minyak, ayam kicap bercili, kari daging kentang, masak lemak nangka & ikan kering, sambal belacan & ulam2an serta pencuci mulutnya bubur pulut hitam...

      Nampaknya akak akan memasak dari pagi sampailah ke petang...lalalalaaa.....Memasak akan jadi sangat menyeronokkan sekiranya betul2 ada minat, betul tak ? Sehingga berjumpa lagi.... :)

      6 comments:

      1. Assalam kak, apa khabar? wahh semakin sibuk akak sekrng...sibuk catering ke?byk ke order kak? sedap tgk kek akak buat tu...deco pun cun..:)

        ReplyDelete
      2. My fav.cake....ramai yg suka kek ni....sedappp....

        ReplyDelete
      3. Assalamualaikumwbh kak Azlina....kabare? winduuuu sama kak...mmm terubat jugak windu dindam....dgn udang galah n cuppies yg yumillicious ni....:)

        ReplyDelete
      4. wah..cantiknya kek...tentu rasanya sedap..=))))..

        ReplyDelete
      5. blh bygkan rupa kek heart shaped tu bl dipotong..cantik!! :)

        ReplyDelete
      6. Nieza...Waalaikumussalam, akak sihat2 je, hrp Nieza pun begitu yea..sibuk jugak ni dgn mcm2 kenduri. Alamak, deko tu cincai je lah, malu la sbb x lawa tp letak je gambo sbb dah mcm tu yg termampu..maceh yea.. :)

        Cik Cek...My favourite jugak tp la ni x leh mkn kek bnyk2 sbb muka pun dh naik gebu mcm kek.. :)

        Ayu Safieza @ Humaira'... Waalaikumussalam, sihat smakin sihat ni. Rindu jugak sama adik akak yg sorang ni...hrp Ayu pun sihat ok! Maceh sudi dtg tengok masakan akak tu..emmmm Humaira' sedap nama tu, pernah masuk list utk nama baby girl yg x dpt2 until now.. :)

        Rohadatul aisy'..Ha ah la dik, rasa dia sedap tu yg buat tu, tp deko kek yg simple2 je sbb xde masa & idea sgt time tu..maceh sudi singgah..:)

        Deliah's Deli...akak pun hrp2 cantik la bahagian dlm tu bila dipotong, al maklum lah yg tukang buat tu bukannya expert tp suka nak mencuba..hehe :)

        ReplyDelete

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...