Thursday, July 21, 2011

HEART SHAPE PIDE


 Assalamualaikum...Dah lama sangat tak meroti, nampaknya petang tadi baru ada kerajinan. Itu pun kalau tidak kerana hati yang bagai meronta2 bila melihat roti berbentuk love ataupun heart ni di dapur Kak Nor Secubit Garam tempohari. Alhamdulillah, sedap, lembut & gebu sangat. Yang paling seronok bila tengok anak2 menikmatinya, makan berulang kali sampai ke malam. Mana tidaknya, saja akak buat 1 1/2 adunan bior banyak kot2 ada yg boleh bawak ke sekolah keesokan harinya. 

Sesiapa yang teringin nak makan roti berbentuk love ni bolehlah mencubanya. Bukannya susah cuma perlukan kerajinan. Cara2 membentuk love boleh dirujuk di SINI & boleh tengok jugak gambar yang akak buat tadi di bawah. Resepi roti & intinya boleh semak dibawah ni...Terima kasih daun keladi yea Kak Nor.... :)


BASIC DOUGH 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

WATER ROUX : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.



INTI PIDE(Dari Turkish Pide)

Bahan Inti pide:

250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

Cara:

Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan. 



CARA MEMBENTUK ROTI BERBENTUK HEART 




Gunakan penimbang, ambil doh sebanyak 80g ulikan ia memanjang seperti bentuk di sebelah








Ambil pisau dan belahkan dibahagian tengahnya dan tinggalkan sedikit tanpa belahan. Pastikan seimbang, sama besar dikedua2 bahagian







Ambil penghujung doh yang dipotong dan bentukkan ia ke bahagian tengah seperti yang ditunjukkan







Lakukan perkara yang sama di bahagian doh yang sebelah lagi sehingga membentuk heart shape







Sudukan inti ke bahagian tengahnya sebanyak yang dikehendaki





9 comments:

  1. wah kak,semacam terbau harum roti itu...

    ReplyDelete
  2. Assalam kak, gebus dan montok-montok roti lap u kak ni...suka tgk. nieza pun dah buat dah kak...bila dah try tak la susah pun nk buat bentuk love tu kan.

    ReplyDelete
  3. Suri Solehah...Dah terbau sampai sana yea..kalau dekat boleh akak bg rasa roti yg gebuss mcm org yg membuatnya jugak.. :)

    Nieza...Waalaikumussalam,tu la roti dh terlebih gebuss & montoks. Yg Nieza buat tu nmpk yummy sgt..garing je, mesti lg sedap tu! :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikumwbh kanda.....dinda pown dtg te tengah mlm ni nak meng tapau itu heart shapepide yg cekci, gebu gebas...mmm sunggoh menerujakan nak memamam nih.....ekekeke.....paham2 je la ye kan, bahasa org bloghop mlm2 ni....LOL:)))))

    ReplyDelete
  5. wahh cantiknyer dan montoks nyer roti tu.. gebus gebas! love shape pun lawo.. sedap kan azlina.. banyak tu, 1 1/2 adunan! hehe

    k.nor@secubitgaram :)

    ReplyDelete
  6. Ayu Safieza@Humaira'..Waalaikumussalam, mmg teruja mkn yg montok2 & cekci2 wktu mlm2 pulak tu kan dindaaa...ambik la 2 ketul sorang satu tau! :)

    Kak Nor Secubit Garam...dah org yg buat nya pun montoks mcm roti tu jugak..hehe..ha ahhh la mmg sedap sgt2 nasib baik buat bnyk xde la terkilan nanti..maceh pd kak nor kerana mencetuskan ilham pd sy...:)

    ReplyDelete
  7. adoiai, susahnya nak membuat tu....kena betul2 rajin baru boleh meroti, campak seketul kat rmh akak ni.

    ReplyDelete
  8. Tutorial heart shape yg menarik...tq Azlina...:)

    ReplyDelete
  9. Zanafahmi...Kalau ada lagi boleh la sy bg, tp dh lama abisnya..Senang je kak, cuba lah buat dh tentu jd & anak2 mst sukaaa.. :)

    Cik Cek..Tu yg buat tutorial sbb tgh rajin, kdg2 bila time x rajin buka blog pun malasss..thanks yea!! :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...