Sunday, July 24, 2011

PUDING JELLY OREN


Assalamualaikum....Nampaknya dah ramai yang mencuba puding jelly oren ni, akak pun tak nak ketinggalan, tambahan pula seisi rumah sememangnya menyukai puding. So, sewaktu menyiapkan bahan2 untuk nasi baryani  yang ditempah akak pun curi2 masa untuk membuat puding ni. Tu lah hasilnya...hehe..ada lapisan tu kejadiannya senget la pulak..Takpe lah kan nak makan sendiri. Yang penting tu rasanya yang sedap & sangat menyegarkan dengan jus orennya yang manissss sekali...

Resepi ni nampak di dapur Kak Nor & asalnya pula dari dapur Juwita Fariz. Izinkan akak berkongsi  resepinya disini yea...Thank you  :)




RESEPI ASAL : JUWITAFARIZ
SUMBER : KAK NOR SECUBIT GARAM

Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning (akak tukar kpd 1 sudu mkn oren sunquick)

cara-cara

  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
  • Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
  • ketepikan

lapisan puding

4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning


Cara-cara
  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
  • Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
  • Masak sebentar dan ketepikan
cara-cara untuk melapis.


  •  sediakan bekas yang sesuai.
  • masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
  • Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
  • Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

    11 comments:

    1. asslamualaikum kak azlina..

      aduh..
      malam2 tayang jelly orenmu yang mmg menggodaku..

      ayu kepanasan makan durian banyak nie..
      sat gi ayu singgah rumah ya............
      heheh

      ReplyDelete
    2. Citarasa Rinduan...Waalaikumussalam Ayu, meh la cepat2 kalau nak puding ni..lega sikit panas bdn dek deroyan tuu kalau pekena jeli yg sejuk n lembut nih.. :)

      ReplyDelete
    3. as salam kak... kite pun dah buat ni.... mmg syiok :D
      cunlah puding oren akak!

      ReplyDelete
    4. assalamualaikum...cantiknyer..mesti sedap...belum mencuba lagi ni..hhuhu

      ReplyDelete
    5. Fiza Nordin...Waalaikumussalam, mmg syiok kan dpt mkn puding wktu cuaca yg tgh panas terik ni..cun ke? senget benget tu! haha..anyway, thanks yea.. :)

      Rabiatun Adawyah..Waalaikumussalam, cuba la buat, mmg sedap rasanya, berbaloi walaupun ambil masa sikit sbb nk kena buat lapisan2 tuu.. :)

      ReplyDelete
    6. sedapkan puding ni kak...nieza pun suka:)

      ReplyDelete
    7. Assalamualaikumwbh Kak Azlina cayang....mmm alahaaaaaaaaai cejoooook tekak adik yg kepanasan di sini....mmmm nyaman nampak dan cantik lapis nye kak.....mmmmmm tumpang lalu n bawa balik 3 ketol yer.....:))))

      ReplyDelete
    8. semua bahan ada di rumah..boleh terai ni...sedap2!

      ReplyDelete
    9. Nieza..Mmg sedap mkn puding yg lembik2 camni, lepas ni try buat guna stroberi pulak..:)

      Ayu Safieza@Humaira'..Waalaikumussalam Adindaa, kat sini pun panas apalg lah adinda yg kat pdg pasir tuu, tp x pe janji cik abg ada disisi kan! Mkn ni mesti legaa rasa tekak tu..meh2 ambik la 3 gelas yg beso punya.. :)

      Nuwairani Ismail..Semua bhn dh ada apalg try la cepat2, mmg sedappp! eh eh...gas dh ada ke tu? :)

      ReplyDelete
    10. huewaaaaaa nangis ku tengok...lawa nye puding ni... nyum nyumm mampu telan air lior jek!

      ReplyDelete
    11. serbuk agar2 jernih ke yg wrna oren?

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...