Friday, December 17, 2010

PUDING LAICI

Assalamualaikum buat semua yang sudi menghadirkan diri di sini...Yes3, akak memang tersangat la sibuk..ada jugak kawan yg sorang tu kata akak buat2 je sibuk, tak baik tau :)) Takpe3, akak tak marah. Dan buat teman2 blogger yang sudi menjenguk tu, really appreciate you all semua, akak pun dah lama tak blogwalking ni...Nanti akan akak terjah teman2 semua satu persatu ya! 

Puding laici ni akak buat malam semalam, dah disimpan semalaman di fridge baru je kejap tadi upacara memotongnya dan kejap je dah nak licin pun. Makan sambil tengok TV ni faham2 je la, tambah ada buah2 laici tergolek2 kat sekeliling puding tu apa lagi la budak2 kat rumah ni, especially budak kecik yg 3 years old tu...emmm budak2 macam tu la kan, mamanya dulu masa kecik2 pun 2 x 5 jugak kalau bab meratah buah laici nih..hik3

Ok la, ni resepi puding laici yang akak dapat dari Edisi Khas LBM 2003 tapi dah akak ubahsuai sikit ikut citarasa akak. Yang akak buat ni 1/2 adunan je. Best puding ni, tak manis sangat, just nice je...sape teringin nak makan tu cuba la buat ya, jgn lazy2 tau!!!

BAHAN BAHANNYA
  • 2 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 5 ketul gula batu
  • 1 bungkus agar2
  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh agar2 dan masak dengan air sebanyak 5 cawan dan gula batu sehingga mendidih dan cair agar2 & gula tersebut
  2. Laici dikisar bersama2 dengan airnya dan ketepikan dulu
  3. Kuning telur dipukul hingga kembang bersama tepung kastad
  4. Kemudian campurkan susu cair dan esen vanila ke dalam adunan telur tadi
  5. Akhir sekali, masukkan kesemua bahan2 termasuk laici ke dalam agar2 dan masak sebentar, tak perlu tunggu mendidih, kacau2kan sehingga sebati
  6. Kemudian masukkan ke dalam bekas, sejukkan di dalam fridge dan boleh la dimakan bila dah sejuk.
Tambah buah laici dan sirapnya semasa makan puding ni...

4 comments:

  1. bestnye puding laici akak..nanti bolehlah cuba ya...suami sy gemar sgt ni kalau bab laici...

    ReplyDelete
  2. salam..
    layan puding time petang2 macam kak azlina kata sambuil tengok tv..peeh..memang tak sedar dah abis puding tu

    elok dan bagus eik kalau kita buattime celebrate birthday anak-anak..mesti anak kita suka

    ReplyDelete
  3. Adiweyah, kalau dah gemar tu cepat2 la buatkan..memang sedap mkn puding ni, rugi kalau x buat tau.. :)

    Wsalam Ayu, time birthday pun mmg sesuai utk budak2 ni..tau la budak2 kalau dpt laici mesti suka kan!!

    ReplyDelete
  4. salam..

    kak azline..ayu ada award utk mu..silalah ambil
    http://ruhayurazali.blogspot.com/2010/12/award-masakkan-dari-blogger-mas-duniaku.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...