Monday, February 28, 2011

DAH 15 TAHUN USIA SI TERUNA NI...

Assalamualaikum...28hb Februari 1996 adalah tarikh lahirnya anak akak yang sulung ni. Dah 15 tahun pun dia..Tengah malam semalam tetiba akak teringat saat2 kelahirannya. Maklumlah anak sulung & akak ni pon jenis tak tahan sakit, kena suntikan pon dah rasa mcm nak pengsan tengok jarum tu apalagi nak melahirkan anak. Ditakut2kan pula oleh kawan2 tentang saat2 melahirkan tu, eei ngerinya dihati pada masa tu...nak tergelak pula sekarang ni bila teringatkan hal 15 tahun sudah... Tapi, akak bersyukur kerana walau kesakitan melahirkan itu diibaratkan seperti antara hidup dan mati, tetapi Allah memudahkan akak kerana akak tidak perlu dijahit2 (mcm kain pulak daaa... :) 1 jahitan pon idak sedangkan itu adalah kelahiran yang pertama. 2 jam lepas melahirkan akak dah boleh duduk seperti biasa sehinggakan yang melawat akak pulak yang merasa hairan..Aik, dah boleh duduk, kata mereka...Petang dah pon balik ke rumah. Senangnya melahirkan anak ni rupanya...

Sekarang dah pon besar, dah jadi anak teruna pon. Seorang abang yang baikhati kepada adik2nya, sentiasa bersedia menolong mama menjaga adik, buatkan susu adik, pandai melayan adik2, pandai juga memasak walaupun sekadar telur mata kerbau, telur dadar, ayam goreng, mee segera, masak nasi pon dah pandai..oh ya mama lupa pulak, buat air milo pon pandai, sedap pulak tuu...hehe..Walaupun ada pembantu, pandai gosok baju sendiri. Kadang2 mama tengok baju pon basuh sendiri..mmm...Sampaikan mama tak terasa ketiadaan anak perempuan di rumah ni...Terima kasih Ya Allah, walaupun tidak dikurniakan anak perempuan tetapi dianugerahkan anak lelaki yang sentiasa menyejukkan hati...

Yang paling penting tak pernah sekali pon menyusahkan mama dengan meminta yg bukan2, kalau dah buat salah sentiasa datang pada mama sambil cium tgn mama, menangis & minta maaf...ha yang ni mama pon sama2 termenangis jugak....

Terima kasih sebab sentiasa ingin menjadi yang terbaik walaupun mama tidak pernah mengharapkan yang terbaik darimu...Dah lebih dari cukup sekiranya dapat membahagiakan mama & babah dengan peribadi yang baik & soleh...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YG KE 15 BUAT ANAK MAMA,

AMIRUL SYAQIF @ ALONG

Kek harijadi sedang diusahakan..akan menyusul selepas ini... :))

7 comments:

  1. Salam kak azlina,
    Happy birthday to Along, ya. Moga sihat sentiasa, cemerlang di dunia dan akhirat, dan jadi anak yang soleh.
    Nak curik apam pisang kat bawah tu tapi mitak izin, hehehe.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.....tersentuh hati Ayu baca coretan seorang mama yang punyai anak yang soleh....semoga anak teruna kakak ini, istiqomah soleh dunia akhirat dna dilindungiNYA sentiasa....

    MMM......kongsi birthday ngan adik ayu today....:)

    ReplyDelete
  3. happy birthday to along...dah besar rupanya anak akak ni...alhamdulillah seronok dgr akak bercerita pengalaman akak ni....sejuk perut ibu mengandungkan along...semoga membesar menjadi anak yg soleh yer along.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Azlina,
    Happy Birthday buat Along, moga pnjng umur, murah rezeki, sihat selalu, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibu serta berjaya di dunia dan di akhirat...Aminn.
    =Syukur alhamdulillah akak mempunyai anak yg baik spt Along..

    ReplyDelete
  5. Kepada Nurindah, Ayu Safieza, Nieza & Yatie... terima kasih yea atas doa teman2 walaupun hanya di alam maya & tidak pernah bersua tapi akak rasa seperti dekat di hati...Akak juga doakan teman2 semua berbahagia di sisi suami & anak2 yang tercinta...Amin

    ReplyDelete
  6. terharu baca coretan mama buat Along ni huhu..bertuah mama dapat anak macam Along. Moga menjadi anak soleh yang berbakti. Selamat ulang tahun juga buat Along.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih yea Umi atas doa tu, akak doakan Umi juga semoga gembira selalu disisi yg tersayang, meh sini ambik kek sepotong... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...