Friday, February 18, 2011

SUNKIST ORANGE JELLY ICE

Assalamualaikum...Salam petang Jumaat buat semua! Panas betui la cuaca tengahari ni. Dapat pekena jelly ice ni amboi lega sungguh la kan! Sekejap je dah habis licin semuanya. Tak sempat nak 2nd round pun...Almaklumlah ramai rakyatnya pun..hehe..Rakyat jelata semua nampak kehausan, kesian lah sgt2...Takpe3, nanti boleh buat lagi. Resepinya senang lah sangat. Kalau diajar anak akak yang 4 tahun tu pon reti dia buat nyer...( iyo lah tuuuu...) BAHAN BAHANNYA
  • 6 biji oren sunkist 4013
  • 1 paket gelatin halagel
  • 3 gelas air panas
  • 5 sudu besar bes minuman sunquick orange
  • 1/2 gelas besar air gula
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1/2 jag air sejuk

CARA MEMBUATNYA

  1. Perah kesemua oren sunkist dan asingkan jus orennya
  2. Ambil jus oren dan campurkan air gula dan tambahkan setengah jag air sejuk dan kacau2kan supaya sebati jusnya
  3. Masukkan pula gelatin ke dalam 3 gelas air panas dan kacau2kan supaya larut
  4. Tambahkan 5 sudu besar bes minuman sunquick oren + 3 sudu besar gula pasir ke dalam larutan gelatin tadi dan kacau2kan lagi sehingga gula larut
  5. Tuangkan larutan gelatin sunquick tadi ke dalam bekas yang sesuai, biarkan gelatin mengeras seperti agar2, nak cepat keras masukkan je ke dalam fridge
  6. Apabila sudah keras, gunakan sudu atau garpu dan pecah2kan gelatin tadi supaya jadi hancur
  7. Tuangkan jus oren secukupnya ke dalam gelas, masukkan kiub ais batu secukupnya, diikuti gelatin oren yang telah dihancurkan tadi di bahagian atas jus oren sebanyak mana yang disukai
  8. Sedia untuk diminum..emmmm...lega rasa hilang dahaga.. :)

5 comments:

  1. assalam lina...dpt rasa time panas jelly ni mesti best...nmpk senang tp susah gak nk buat tu

    ReplyDelete
  2. selamat malam azlina
    maaflah semenjak 2 menjak nie kurang berligar2 ke blog azlina..

    Harap2 sihat sklrg yer

    aduhai..tahan air liur jer lah lihat jelly ice kamu...
    alangkah sejuknya tekak ini layan segelas jelly........glupppp

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam Kak Rosa, mmg betul sgt tu..time panas terik dpt minuman mcm ni mmg menyegarkan. kalau rasa susah meh sini sya buatkan segelas beso... :)

    Assalamualaikum Ayu, nak rasa segelas jelly ice ni jom lah ke jln phg...

    ReplyDelete
  4. perghh tak thn nengok jelly ni kak...tapi kat sini lak sejuk beku jarang buat jelly ni..tapi kalau ada dpn mata belasah juga..hehe

    ReplyDelete
  5. Nieza...kat sana sejuk bebeno..kalau akak pon mau beku lidah minum jelly ice ni..hehe..kat sini cuaca belah tengahari sgt2 la panasnya..rasa nak lari ke helsinki pon ada.... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...