Wednesday, October 12, 2011

NASI AYAM PENGHULU

 
Assalamualaikum...Apa kabo semua ? Dah agak lama  jugak blog ini tak berjenguk. Bukannya takde entry untuk di update cuma masa yang terlalu padat. Baru sekarang ni agak lega, anak2 pun dah selesai exam masing2. Hati pun agak berbunga ceria semenjak dua menjak ni. Cuma satu je yang tak berapa bestnya, iaitu tapak berniaga yang dipohon tu masih belum lagi dapat kelulusan. Sekarang ni fail permohonan tu sedang bertapa di JKR la pulak...Sabor je la, kalau yang lebih teruk dari ni pun akak mampu bersabar & bertahan apa sangat lah dugaan dalam proses permohonan tapak ni kan!

Yang kat gambo tu adalah menu nasi ayam tempahan dari Penghulu Tapah untuk kendurinya tempohari. Gambonye pun diambil secara cincai2 je. Sememangnya setiap kali ada tempahan katering agak payah nak ambil gambo masakan2nya sebab tukang masak @ photographer sangat sibuk bergelut memasak didapur..

Sewaktu diberitahu Penghulu nak menu nasi ayam, pada pendapat akak macam tak berapa masuk untuk jamuan makan malam. Rasanya nasi ayam ni lebih sesuai untuk makan tengahari kan?? Walau bagaimana pun pilihan customer haruslah dihormati & ini juga merupakan tempahan katering pertama untuk hidangan berupa nasi ayam. Sebaik saja selesai kenduri, nampaknya semua tetamu & tuan rumah sgt berpuashati makan nasi ayam malam tu sehinggakan ada yang minta no telefon untuk menempah nasi ayam...Alhamdulillah..

Disini akak sharekan resepi nasi ayam yang selalu akak gunakan. Mungkin ada sesiapa yang ingin nak mencuba dipersilakan yea... :)


UNTUK AYAM
  • 1 ekor ayam dibersihkan betul2 dibahagian dalamannya & toskan 
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 2 hirisan halia muda ditumbuk lumat
  • 1 sudu teh garam
  • 5 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar maltose ( boleh dibeli di supermarket)/ boleh je tukar ke madu
CARA MEMBUATNYA
  1.  Rebuskan ayam selam 20 - 30 minit sehingga betul2 masak. Angkat & toskan. Ketepikan air rebusan ayam & boleh digunakan untuk penyediaan nasi ayam dll..
  2. Campurkan kesemua bahan2 diatas didalam satu bekas sehingga betul2 sebati
  3. Lumurkan pada keseluruhan ayam sehingga rata dan gantungkan ayam menggunakan besi pencangkuk sehingga kelihatan kering permukaan kulitnya Setelah itu bolehlah digoreng ayam didalam periuk dengan cara terendam dengan minyak yang penuh
  4. Angkat & toskan apabila sudah nampak kekuningan & garing, jangan goreng terlalu lama kerana ayam sudah pun cukup masak sewaktu direbus tadi
  5. Potong2kan kepada bahagian kecil sewaktu dihidangkan.

PENYEDIAAN NASI
  • 3 cawan beras (dibasuh bersih2 & ditapiskan airnya)
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 150 g marjerin
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 6 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 cm halia muda dikisar
  • 2 helai daun pandan (dicarik & disimpulkan)
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh garam 
  • Beberapa titisan pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan marjerin & minyak sapi & tumiskan bawang merah, bawang putih & halia muda sehingga kekuningan dan naik aromanya
  2. Masukkan bahan tumis ini kedalam periuk nasi bersama2 dengan beras dan daun pandan dan kacau2kan sebentar
  3. Kemudian masukkan air rebusan ayam, serbuk pati ayam & garam dan kacau2kan sebentar
  4. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa
  5. Buka penutupnya dan renjis2kan sedikit dengan pewarna kuning yang sudah dicampurkan sedikit air panas, gemburkan nasi sebentar dan tutup semula periuk nasi
     SUP
    • Air rebusan ayam secukupnya
    • 3 ulas bawang merah dikisar
    • 2 ulas bawang putih dikisar
    • 1 inci halia dikisar
    • 30g sayur kobis asin dicincang kecil
    • 1 sudu besar serbuk pati ayam
    • Sedikit garam
    CARA MEMBUATNYA
    1. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar saehingga kekuningan
    2. Masukkan sayur kobis asin & air rebusan ayam, biarkan ia merenih perlahan
    3. Setelah itu masukkan pula serbuk pati ayam dan garam secukup rasa, biarkan ia mendidih semula dan tutup api.

      SOS CILI
      • 10 biji cili merah
      • 3 ulas bawang putih 
      • 1 hirisan halia muda
      • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
      • 2 sudu besar gula
      • 1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
      CARA MEMBUATNYA
      1. Cili merah dibelah tengahnya dan dibuang biji, potong agak kecil. Kisarkan bersama2 dengan bawang putih dan halia muda sedikit air sehingga betul2 lumat
      2. Masukkan kedalam periuk dan tambahkan secawan air & air jus limau kasturi, masak sehingga mendidih
      3. Terakhir masukkan gula dan garam, kacau2kan dan tunggu hingga mendidih sebentar

      KICAP CILI PADI
      • 15 biji cili padi dipotong agak kecil
      • 2 ulas bawang putih 
      • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
      • 1 mangkuk kecil kicap lemak manis
      • 1 sudu teh gula

      CARA MEMBUATNYA
      1. Kisarkan cili padi dan bawang putih dengan sedikit air sehingga betul2 hancur
      2. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan jus limau kasturi, masakkan sehingga mendidih
      3. Masukkan kicap lemak manis & gula, kacau2kan dan biar mendidih sebelum ditutup apinya

      SAYUR SAYURAN HIDANGAN BERSAMA
      • Timun - dibuang kulit & hiris sederhana tebal
      • Daun salad dikerat2 sederhana kecil
      • Buah tomato dihiris nipis
      • Daun bawang & daun sup dihiris nipis2
      • Bawang goreng secukupnya


        5 comments:

        1. salam k.ina..tgk gambar pon mmg sedap nasi ayam ni.Semoga gerai yg k.ina pohon akan dapat ya,sok2 k.ina bukak kedai..jgn lupa colling2 atie:)

          ReplyDelete
        2. Azatiesayang...InsyaAllah, mudah2an dipermudahkanNya. Harap2 tenang lah sikit berniaga di tempat baru ni.. :)

          ReplyDelete
        3. wahh busy betul akak kita sorang ni. hehee

          nama dia menarik.. boleh la copy resepi. mintak izin kak.

          ReplyDelete
        4. salam kenal kak ina..nasi ayam ni Liza masuk list yr..mintak halal..nnt jemput la ziarah blog Liza yer...

          ReplyDelete
        5. Izahdaut..Tak le sebusy mana sebenornyee. nama tu saja nak tumpang glamour penghulu tapah yg mengorder nasi ayam ni..haha..nanti bila2 try laa yea :)

          Liza...Salam kenal jua dari akak. Ok2, nnt akak ziarah, tunggu la kejap lg akak sampai la tu..hehe :)

          ReplyDelete

        LinkWithin

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...