Tuesday, September 27, 2011

TEMBOSA BERINTI AYAM & TELUR REBUS

 

Assalamualaikum...Dah beberapa kali buat tembosa ni atas permintaan ramai. Anak2 semua suka makan kuih2 macam ni. Kalau buat karipap tu sekejap je licinnya, tu yang selalunya buat dalam kuantiti yang agak banyak dan difrozenkan. Sama la juga macam kuih tembosa ni. Buat banyak2 boleh makan berkali2.

Actually, aritu akak tengok di AFC kuih tembosa ni ada berintikan telur rebus so teringin pulak nak mencubanya. Memang sedap rasanya bila tergigit telur rebus kat dalamnya tu. Ada juga yang akak buat tanpa telur rebus untuk anak2 yang masih kecil & tak suka makan telur rebus..Ok la, untuk resepinya akak letak macam biasa.. :)

 BAHAN BAHAN

Untuk kulit tembosa
  •  500 g tepung gandum
  • 5 sudu besar marjerin 
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Air secukupnya
  • 3/4 sudu teh garam

    CARA MEMBUATNYA
    1. Panaskan marjerin & minyak bersama2 sehingga marjerin cair sepenuhnya
    2. Campurkan kedalam tepung sambil digaulkan dengan senduk
    3. Larutkan garam dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit, kacau2kan dengan tangan dan uli sehingga menjadi doh
    4. Canaikan agak nipis dan terapkan dengan acuan bulat 
    5. Ambil satu keping & letakkan inti karipap dan potongan telur rebus ke atasnya. Tutup dengan sekeping lagi dan kelimkan sekelilingnya dengan kemas
    6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jika minyak terlalu panas, kulit tembosa jadi menggerutu & tak cantik..Apabila sudah agak garing, angkat & toskan.
      

    UNTUK INTINYA
    • 6 biji ubi kentang dikupas kulit & dipotong dadu
    • 3 ketulan ayam bahagian isinya sahaja dicincang kecil
    • 2 sudu besar serbuk rempah kari daging
    • 2 labu bawang besar dihiris nipis & kecil
    • 3 ulas bawang putih dicincang halus
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 tangkai daun sup dipotong halus
    • 1 sudu teh gula
    • Garam secukupnya
    **  Telur rebus dipotong kepada beberapa bahagian

    CARA MEMBUATNYA
    1. Untuk mempercepatkan proses membuat inti, gorengkan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga empuk, angkat & toskan minyaknya
    2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumiskan, bawang besar, bawang putih & daun kari sehingga agak layu, masukkan serbuk rempah kari dan kacau2kan, tambah sedikit air
    3. Apabila rempah sudah agak garing, masukkan isi ayam dan kacau2kan biar sebati
    4. Apabila ayam sudah cukup masak, masukkan ubi kentang tadi dan kacau2kan
    5. Masukkan hirisan daun sup, garam & gula dan kacau sehingga semuanya tergaul dengan rata & sebati.

    9 comments:

    1. sedapnyer...
      biasenya tembosa ni org dolu2 panggil...
      skrg karipap..epok2..

      ReplyDelete
    2. Sharifah Nadzarah..Memang sedap tembosa ni, mkn pulak tu panas2.Tembosa ni biasa orang panggil untuk karipap jenis bulat mcm ni. Tapi, rasanya sama je mcm karipap biasa tuuu.. :)

      ReplyDelete
    3. Saya pun suka buat tembosa gini...

      ReplyDelete
    4. Azian...Yeayyy boleh geng dgn sy sbb sy pun sukaaa tembosa..hehe :)

      ReplyDelete
    5. kak ina..surikan dari muda sampai ketua gini..belajar kelim tu tak pandai2..terliur tengok tembosa tu

      ReplyDelete
    6. emm .... sedapnya ....
      tapi hanim tak pandai nak kelim. tangan keras hi hi hi hi ....

      ReplyDelete
    7. Salam....Cantiknya, sama bentuk jeeee....Beza tembosa ngan karipap, adakah sebab bentuknya atau sebab inti ia ada telur rebus...

      ReplyDelete
    8. Suri Solehah...Owh cam tu yea! Tak pe, guna je acuan tekap tu sonang cerita...Kalau rajin meh dtg Tapah leh akak bg 10 ketui...haha.. :)

      Roses Leo 09..Emmmm..memang sodap, tak pe kalau tak reti kelim guna acuan yg ada jual kat kedai...meh2 akak bagi sikit tembosa ni! :)

      Sue@Nenie...Tak jugak sama je bentuknya, ada jugak yg terlonjong, tp yg tu xde la nak tunjuk kat sini..hehe..actually tembosa ni sebab bentuk dia bulat, karipap yg mcm biasa tu laa, inti telur tu boleh je letak dlm karipap..sedapppp! :)

      ReplyDelete
    9. kak,lama betul tak singgah sini..nmpak sedap tembosa tu tp tentu dah lama abis kan. :)

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...