Tuesday, October 18, 2011

RENDANG TOK


Assalamualaikum...Rendang tok ni akak masak sebab utamanya untuk makan dengan ketupat daun palas yang dibeli di pasar tani Medan Gopeng Ipoh.  Actually akak ke sana untuk mengikuti kuliah subuh FIL di masjid Sungai Rokam. Sebelum balik tu sempat la menyinggah ke beberapa tempat, salah satunya pasar tani. Tak banyak yang menarik hati, yang betul2 akak berkenan cuma ketupat daun palas & buku ribbon embroidery (hobi baru tuuu..)

The next daynya baru lah sempat buat rendang tok ni, itu pun dah hampir tengah malam. Nasib baik hubby volunteer untuk tolong kacau, 2 jam la jugak mengerjakannya, itupun masih tak berpuashati dengan hasilnya, sebab belum betul2 kering rupanya. And the next daynya pulak terpaksa la sambung kacau lagi sampai betul2 kering..Memang best la pekena dengan ketupat palas ni (walaupun ketupat dah 2 hari dlm fridge). Bila dikukus semula lembut je macam baru...anak2 pun memang semua gemar memakannya.

Resepi ni adalah yang akak pernah guna waktu first time memasak rendang tok beberapa tahun dulu, sebelum akak berhenti kerja lagi. So, yang ni adalah kali kedua memasaknya. Kali ke tiga tak tahu la tahun bila pulak...Udah tak ingat dari mana akak menyalin resepinya, yang pasti bukan la dari internet sebab waktu tu akak belum kenal dunia blog masakan. Apa2 pun, akak letak je resepinya disini untuk future reference & untuk sesiapa yang ingin mencubanya, dipersilakan... :)



BAHAN BAHAN
  • 2kg daging lembu topside (potong ketulan sederhana kecil)
  • 1 cawan kerisik
  • 10 sudu makan cili kering kisar
  • 3 batang serai diketuk2
  • 2 helai daun kunyit 
  • Santan dari 2 biji kelapa
  • 5 sudu makan gula melaka
  • 4 asam keping
  • 3 sudu makan gula
  • Garam ikut secukup rasanya

BAHAN2 UNTUK DIKISAR BERSAMA
  • 20 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 6 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 5 batang serai
  • 1 sudu kecil belacan

REMPAH2 LAIN
  • 5 bunga lawang
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 8 bunga cengkih
  • 3 sudu besar biji ketumbar
- Semua bahan2 rempah ini dikisarkan bersama2. Akak guna lesong besar dan tumbuk sehingga hancur


CARA MEMBUATNYA

  1. Guna kuali yang agak besar, masukkan daging & kesemua bahan2 kisar, serai yang diketuk, daun kunyit, gula melaka & santan
  2. Masak dengan api yang perlahan sambil dikacau2kan selalu sehingga kuahnya menjadi pekat
  3. Masukkan asam keping & kerisik, kacau biar rata, diikuti dengan gula & garam 
  4. Sambung kacau sehingga menjadi rendang yang betul2 kering.

9 comments:

  1. assalam kak, apa khabar? lama x singgah sini...hmm sedapnya rendang tok ni..nieza tak pernah msk lagi ni...harus dicuba nanti:)

    ReplyDelete
  2. Nieza..Waalaikumussalam, alhamdulillah akak sihat2 je ni, hrp nieza pun sama yea! akak pun dh lama x msk rendang tok ni, tp dh teringin tu buat la jugak.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalam Ina, mesti sedap rendang tok ni, akk kalo ada kenduri kat perak suka sangat kalo ada rendang tok ni, tapi la ni org buat msk lemak cili api je huhuh, kempunan nak mkn rendang tok, sedapnya ina, insyallah akk nak cuba juga ni, resipi ina mmg best

    ReplyDelete
  4. Salam..Emmm sedapnya tgk ada ketupat palas sekali...Bestnya kalau kat Shah Alam ni ada jual daun palas ni..boleh buat ketupat cicah rendang memang besttttttt...

    ReplyDelete
  5. EmbunRosaliza..Waalaikumussalam, mmg payah nak jumpa org kenduri buat menu rendang tok ni, salah satu sbb hrg dia mahal sikit dr lauk lain.
    Buat sendiri je la kak Rosa, puas dpt mkn bnyk kali.. :)

    ReplyDelete
  6. Sue@Nenie..Haa tu lah kan! Kat tempat akak pun x jumpa daun palas, kalau tidak boleh je buat sendiri. Kalau teringin kena cari kat pasar tani dah tentu dpt.. :)

    ReplyDelete
  7. salam azlina... akak minta izin ambil resepi randang tok ni ya... dah lama cari resepi ni... akhirnya jumpa kat blog azlina.... kita dah verangan nak buat rendang ni masa raya haji nanti.. tp makan ngan nasi impit je... sbb susah rasanya nak cari daun palas kat tempat akak....

    ReplyDelete
  8. WanaYusuf..Resepi rendang tok ni dah terperap lamaaaa sgt, baru2 ni je teringat nak buat. Kat sini pun sama, tak penah jumpa pun daun palas..Ok la tu, verangan2 dulu, nnt jgn lupa buat ehhh!! :)

    ReplyDelete
  9. assalam..sy ada menjual dan mengambil tempahan rendang tok asli dr perakkk..warisan turun temurun moyang sy..jika berminat bole hubungi sy, ein di 012 2420 343..tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...