Friday, October 14, 2011

SUP KEPALA IKAN MERAH


Assalamualaikum....Rajin pulak akak update entry, pada hal waktu ni agak kesibukan  menyiapkan 1001 macam keperluan katering untuk 2 hari berturut2 iaitu untuk esok dan lusa. Hujung minggu ni agak padat, memang takde masa nak berehat nampaknya. Walau bagaimanapun rezeki yang Allah beri disyukuri dengan penuh rasa rendah diri terhadap Nya..Alhamdulillah!!

Sup ni dah habis makan untuk lunch tadi. Tapi ada satu periuk kecil lagi tu dah akak sebelahkan untuk MIL, dah bape kali ntah suruh hubby hantarkan. Tak habis2 lupanye, sampai ke malam pun tak dihantar2 lagi...Tu baru sibuk sikit, kalau dah sibuk sangat nanti entah camne la agaknya..

Memang best hirup sup ni , tengahari tadi akak tak makan nasi pun cuma hirup sup & meratah isi ikan merah yang manis rasanya. Malam ni pun tak makan apa2 lagi, mungkin boleh kurus kot kalau terus hari2 camni tapi sekali tengok petang tadi hubby bawak balik capati 9 keping, kiriman dari FIL, uihhhhh ke laut la diet nampaknye. Akak ni memang kalah la kalau dengan capati...(faktor keturunan hehehe...)

Sebelum akak melalut lebih2 lagi, akak letakkan je resepi sup ikan di bawah ni. Selamat malam & sampai jumpa lagi... :)


BAHAN2 
  • 1 ketul bahagian kepala ikan merah (dibelah tengah)
  • 5 ketul isi ikan merah
  • 3 ulas bawang merah hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih hiris nipis
  • 1 inci halia dihiris nipis
  • 6 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 1 paket rempah sup bunjut kepala ikan ADABI
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Segenggam suhun (direndam & dikerat pendek )
  • 2 cendawan hitam kering (direndam sebentar)
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 2 biji buah tomato dibelah 2 setiap satu
  • Sedikit daun bawang & daun sup dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng (lupa pulak nak letak ni..)
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 yang dihiris halus dan rempah2 di dalam paket sup bunjut kecuali bunjutnya, tumis hingga naik aromanya
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau2kan sebentar hingga kekuningan, tambahkan air secukupnya, akak masukkan 1 liter air, diikuti dengan bunjut supnya pulak, biarkan mendidih
  3. Masukkan serbuk lada hitam dan kiub ikan bilis, biarkan sup merenih seketika, diikuti dengan cendawan hitam, biarkan ia mendidih perlahan2 
  4. Apabila cendawan dah lembut, masukkan garam, jus limau kasturi & buah tomato
  5. Masukkan kepala ikan merah dan isi ikan. Biarkan ia mendidih sekejap sahaja
  6. Terakhir masukkan pula suhun dan kacau perlahan2, hati2 supaya isi ikan tak hancur
  7. Bolehlah ditutup api apabila isi ikan sudah masak.
  8. Taburkan dengan hirisan daun bawang & daun sup serta bawang goreng diatas sup sebelum dihidangkan panas2.
Gambar hiasan saja, bukan untuk masakan sup ni. Ni gambo ikan merah waktu masak kari untuk tempahan katering tak berapa lama dulu...agak besar ikan merah ni.

2 comments:

  1. Sedapny dapat hirup sup...slurp..slurp...:D

    ReplyDelete
  2. Cik Cek...emmm mmg sedap je hirup sup panas2 time hujan2 gini..hehe :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...