Sunday, January 16, 2011

AYAM ALA KASSIM

Malam ni akak masak ayam ala Kassim yang akak jumpa semasa geledah menu ayam kat rumah kak Ummi. Resepi yang ringkas tapi sangat sedap. Anak2 makan sampai 2 ketui sorang. Walaupun banyak cili kisar yang akak masukkan tapi takde yang komplen pedas pulak. Lain kali boleh masak lagi ni sebab masakannya tak remeh dengan bermacam2 bahan tapi amat menyelerakan. Kat sini akak letakkan resepinya yang akak copy from kak Ummi. Maceh banyak2 ya kak...  

RESEPI ASAL DARI AZURA SUHAIMI @ MyR  

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (*ummi letak gula kabung, akak pun...)
Bahan2 kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara:
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari dan kacaukan rata.
  4. Biarkan seketika sambil dikacau selalu.
  5. Kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit.
  6. Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  7. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dll.

Makan dengan nasi goreng sayur campur sempoi....

3 comments:

  1. salam kak, menarik ayam ala kassim ni...terliur dh saya nengoknya ni...hehe

    ReplyDelete
  2. akakkk..ayam ni mmg best...kalau nama mamak2 ni dah tau dah rasanya..saya pun dah try ni

    ReplyDelete
  3. Wsalam Nieza, masakan yg simple & mudah nk prepare tp yg penting sedap sgt..nnt nieza try la pulak..:))

    Izah, akak pun suka masakan yg mcm mamak2 ni, maybe sbb ada keturunan sikit2 tu kot..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...