Salam malam Ahad, tak sabar dah ni nak tunggu besok...Tau tak kenapa? Satu-satu sebabnya (takde dua or tiga sebab ok....) besok akak dapat nak clearkan semua kerja2 rumah yang tertunggak selama beberapa hari ni. Wushayyyy....yabedabeduuuuu!!! Akak dah rimas ooi tengok kain baju berapa hari jemur pon tak kering2, dah lemas tengok kain baju 1 raga besooo tu tak berlipat lagiiiii...dah nyampah tengok ada sawang2 kat siling rumah yang macam melambai2 je kat akak ni sambil merayu2 non stop "SAPULAH SAYA...." So besok akan ku kerjakan kamu semua hahahahaha....(ketawa cara gila2)
Ulang lagi sekali, besok bukan hari ni...No no no...tak mungkin malam ni sebab malam ni akak nak lazy2, baring2 atas sofa sambil tengok tv, jangan ada sape2 nak kacau tv tu akak yg punya malam ni...ngalahkan budak2 kecik tak? :) Lepas tu nak suruh tukang urut Jepun akak yang dah 5 tahun berkhidmat dengan akak tu picit2 dan urut2 seluruh belakang badan akak ni...best3 dah lama tak kena urut...(alaaa kerusi urut Jepun tu jeee...)
Tiap2 hari tak makan nasi nih...melantak pasembur ni je laaa. Adakah akak akan kurus dengan makan benda sebegini??? Jawapannya...Tersangat lah impossible....Tak mungkin3!!! Sebab pasembur ni ada cucur udang yang sangat2 sedap, ada tauhu (tauhu Melayu bikin, tak main yg bukan Melayu punya woooo...), ada telur rebus, ada timun & sengkuang dan kuahnya yang dibuat dari ubi keledek tu tak mungkin menyebabkan akak kekurusan walaupun dah berapa hari tak makan nasi. So, kalau ada sesape yang mula nak risau2 takut akak terkurus ke nanti, please forget it babe!
Senang je buat kuah pasembur ni...
SUMBER RESEPI DARI MIL YANG TERSAYANG
BAHAN2NYA
2 kg ubi keledek merah (dikupas & direbus sehingga lembut)
300 gm kismis emas
2 sudu makan serbuk cili
10 biji buah tomato
1/2 botol sos tomato
1/2 kg gula pasir
1 sudu makan garam
Sedikit kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar
Sedikit udang kering digoreng tanpa minyak dan dikisar
Sedikit bawang goreng
Cara Membuatnya
Ubi keledek yang sudah direbus itu dikisar dengan 5 gelas air sehingga betul2 lumat
Kismis direndam sebentar dan dikisar dengan air sebanyak 3 gelas dan ditapis. Kisar sekali lagi dan tapis lagi untuk dapatkan jus kismis tu
Buah tomato dipotong kecil2 dan dikisar dengan 3 gelas air dan ditapis untuk dapatkan jus tomato
Masukkan ubi keledek yang sudah dikisar kedalam periuk diikuti jus kismis, jus tomato, serbuk cili & sos tomato dan masak diatas api yang sederhana dan kacau2kan supaya sebati
Bila sudah mendidih masukkan pula gula dan garam secukup rasa dan masak lagi
Tunggu hingga kuah betul2 pekat dalam masa 40 minit baru ditutup api
Hidangkan dengan sayur2an seperti timun dan sengkuang yang dihiris2, cucur udang dll
Taburkan diatas kuahnya bahan2 seperti bawang goreng, kacang tanah tumbuk dan udang kering tumbuk.
salam kak...mmg suke sgt2 pasembor ni...adusss mana nk cari memalm nih :)
ReplyDeleteWsalam, kalau suka pasembur boleh la geng dgn akak...apa kata nanti buat je kuahnya tu & boleh simpan dalam fridge, kalau tringin nk mkn mlm2 panaskan je kuah tu, sonang kan!!! :)
ReplyDelete