Wednesday, December 29, 2010

BAWAL MANDI CILI PEDAS

Assalamualaikum....(baca cara manja2 atau lebih senang cakap baca cara ngada2 ok!) Emmmm....dinginnyaaa malam niee, tiap2 hariiii dari petanggg ke malammm hujannnn jeee, bestnyaaaaa! Especially time tidoooo, syoknyeeee tidooo time2 hujan giniiiii ! Hah....udah le tu, nanti karang ada pulak yang ter uwekkss kat sini ahhhh....

Ikan bawal yang bermandikan sambal ni bukan yang akak masak hari ini, tapi dah beberapa hari punya gambo. Esok kan...akak kan...kena masak ikan bawal macam ni 130 ekor, mungkin kena lebihkan sikit nanti. So besok akak tak mungkin sempat nak tonggek2 ambik gambonya sebab mesti akak lintang pukang nak siapkan beraneka menu yang lain, jadik ni la akak tunjuk siap2 rupa ikan bawal tu... Resepinya...

  • 8 ekor ikan bawal disiang & dibersihkan
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 biji bawang putih *
  • Sedikit halia *
  • Sebatang serai *
  • 1 sudu kecil belacan *
  • 2 biji buah tomato dibelah 4
  • 3 sudu makan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit daun bawang & daun sup dihiris halus2
bahan bertanda * dikisar bersama2 CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan bawal dilumur dengan sedikit kunyit & garam dan digoreng sehingga garing dan ketepikan dulu
  2. Tumiskan semua bahan kisar dengan 3 sudu makan minyak sehingga naik bau dan agak garing, ambil masa lama sikit supaya sambalnya sedap
  3. Masukkan buah tomato, kacu2kan sebentar baru diikuti santan pekat dan kacau2kan lagi
  4. Masukkan pula air asam jawa diikuti gula dan garam secukup rasa dan kacau2kan hingga sebati
  5. Tunggu hingga sambal jadi betul2 pekat dan tutup api
  6. Tuangkan sambal ke atas ikan bawal yang siap digoreng tadi
  7. Taburkan sedikit daun bawang & sup yang dihiris2 ke atas sambal dan boleh la dihidangkan

Tuesday, December 28, 2010

FRENCH FRIES WITH CHEESY CREAMY SAUCE

Salam semua.....Emmm sedapnya french fries cicah dengan sos keju nih!!! Tambah pulak makan waktu hujan yang macam tak nak berhenti2 sampai ke besok, Alhamdulillah, hujan kan rahmat dari Allah. Dekat 1 bungkus kentang akak goreng, dah 2 nd round pun...takpe2 sesekali makan biar puas ya anak2ku...tapi takleh selalu makan benda macam ni, very fattening tau...ececehhh!!! Dari pemerhatian akak semasa cuti sekolah ni, badan anak2 akak dah bertambah2 berisi, kalau timbang mesti naik ber kg2 ni, which is not good for depa kan! So, yang bersalah dalam hal ni sudah semestinya akak lah kot :(( So, sesiapa yang rasa nak menambah lemak berkg2 kat badan boleh la try makan mcm ni hari2...(jgn harus diikut kata2ku ini...) RESEPI SOS KEJU BAHAN BAHANNYA
  • 10 kepingan cheese
  • 1/2 sudu makan serbuk cili
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan mentega

CARA MEMBUATNYA

  1. Kepingan keju dipotong kecil2
  2. Campurkan susu cair, serbuk cili, tepung gandum & 1 cawan air dan kacau2kan sehingga sebati, boleh jugak masuk semua dlm blender & blend hingga sebati
  3. Panaskan mentega sehingga mencair dengan api sederhana
  4. Masukkan kepingan keju tadi dan kacau2kan sehingga cair keju tersebut
  5. Masukkan campuran susu cair yang dikisar tadi dan kacau2kan selau hingga betul2 sebati
  6. Bila dah agak pekat boleh la ditutup apinya dan sedia untuk dihidangkan bersama apa saja makanan yang disukai

Monday, December 27, 2010

GULAI NANGKA MUDA BERDAGING

Assalamualaikum.....nangka muda ni masakan untuk tengahari tadi. Ramai peminat nangka muda ni tau! Selalu jugak akak masak nangka + ikan kering tapi bila akak tukar + daging nampaknya lebih ramai yang berkenan. Kot2 lepas ni nak try masak dengan ayam pulak, rasa2 ok tak? Masakan macam ni kuah dia mesti la pekat2 sikit baru la kaw, betul tak? Ada sorang pakcik tu masa letak kuah ni kat nasi dia macam dah kebanjiran..kalau akak memang tak reti la makan nasi kalau dah kuah melimpah ruah mcm gitu eh !! Tapi itulah kan, lain orang lain citarasanya kan (eh3...ni kira dah membebel ek???) :))

Resepinya akak letakkan di bawah seperti biasa...

BAHAN BAHAN
  • Nangka muda ) dipotong kecil2 & direbus
  • 400 gm daging ) sehingga lembut
  • *8 biji bawang merah
  • *1 biji bawang besar
  • *5 biji bawang putih
  • *2 cm halia
bahan2 bertanda * dikisarkan bersama2
  • 2 biji bawang merah )
  • 1 biji bawang putih ) dihiris2
  • Sedikit halia )
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 tangkai daun kari
  • Penumis 4 sekawan 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 cengkih
  • 2 biji cili hijau dibelah tengah
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
  • Garam secukup rada dan sedikit gula
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumiskan hirisan bawang merah, bwg putih, halia, daun kari dan 4 sekawan ke dalam sedikit minyak sehingga kekuningan dan naik bau
  2. Masukkan pula bahan kisar diikuti rempah kari daging dan kacau2kan sehingga rata dan agak garing
  3. Masukkan daging & air rebusannya dan kacau2kan biar sebati
  4. Diikuti nangka muda dan santan pekat, kacau2kan lagi
  5. Tunggu hingga kuah mendidih baru masukkan buah tomato & cili hijau
  6. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa & boleh la ditutup apinya

Saturday, December 25, 2010

PUDING SUSU

Assalamualaikum...betul2 geram dengan line internet yang tersangat la slow, terpaksa la lupakan niat untuk blogwalking di tengah2 malam ni. Harap2 esok line kembali normal. Kat gambar tu saja nak tunjuk agar2 pudding yang dibuat masa harijadi anak akak kelmarin. Pudding bersusu macam ni memang sedap dimakan sejuk2, nak buat pun mudah. Rasanya kat n3 sebelum ni pun akak dah pernah buat pudding lebih kurang je macam yang ni tapi bentuk je yang berbeza.. Resepi pudding macam ni biasa la kan...mesti ada telur & susu cair baru sedap betul tak? Kot2 ada sesiapa yang baru nak belajar buat pudding yang simple2 tu boleh la cuba ya! 

BAHAN BAHANNYA
  • 1 bungkus serbuk agar2
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 4 cawan air
CARA MEMBUATNYA
  • Masak agar2 bersama air dan gula sehingga mendidih dan tutup api
  • Bancuhkan tepung kastad, telur dan susu cair, sebatikan betul2 & tapiskan
  • Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam agar2 dan kacau2kan di atas api perlahan sehingga sebati
  • Tutup api dan bahagikan kepada beberapa warna yang disukai
  • Masukkan berselang seli ke dalam bekas acuan agar2 yang bersesuaian
  • Simpan ke dalam fridge selama beberapa jam dan boleh la dimakan bila dah sejuk

Wednesday, December 22, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO MY SWEETHEART AZFARUL AMSYAR

Hari ini genap usia buah hati akak si bongsu Amsyar 4 tahun. Dia ni memang pengubat hati dan sentiasa menceriakan suasana di rumah dengan mcm2 keletahnya. Kuat menjerit pun dia ni la jugak, ikut perangai sape ntah la ni... :) Seperti harijadi anak2 yang lain dah tentu la ada birthday cake. 

Amsyar awal2 lagi dah bagitau nak ada Ultraman atas kek. Hai, jenuh la jugak si abang2 nya gi cari kat pekan Tapah nasib baik dapat jugak Ultraman kemetot...Jadi la tu ya Amsyar... 

Kek Sicilian Orange Cake ni memang sedap. Dah pernah buat pun sebelum ni cuma tak sempat nak masuk n3 kat blog, terus masuk mulut je.. :)) 

Kena sangat la pulak rasa orange kek dengan blueberry filling tu....WALLA!!! Sape nak meh la ambik sorang sepotong, masih banyak lagi nie!!! 


Mama sentiasa berdoa yang terbaik untukmu Amsyar.....Sayangggg Amsyar!!!!

Monday, December 20, 2010

JALAN2 YANG TAK DIRANCANG LAGI

Sabtu lepas, seperti biasa hubby tiba2 je ajak akak & anak2 ke Pulau Pinang untuk beli stok kurma di Yusuf Taiyoob. Selalunya hubby pergi tak pernah ajak pun, tapi memandangkan cuti sekolah so kami pun pergi beramai2 macam rombongan Cik Kiah ke gudang Yusuf Taiyoob... 

Selesai urusan pembelian kurma tu, kami terus ke terminal feri. Dah terlanjur sampai sini bagi la anak2 seronok sikit. Anak2 bukan main excited dapat naik feri ni...ya lah kan dah beberapa tahun lamanya tak merasa naik feri...
Terus menuju ke Batu Feringhi & singgah kat masjid yang cantik ni. Akak terlupa pulak nak tengok nama masjid ni. Bestnye suasana kat masjid ni, betul2 kat tepi laut...
Dah selesai urusan kat masjid terus menuju ke pantai Batu Feringhi, nasib baik sebelum bertolak tadi akak sempat sambar baju persalinan untuk aktiviti anak2 main air kat situ. Anak2 dapat main air sampai lupa makan tengahari..sejam jugak depa berendam sampai kecut2 semua :) 

Dah puas berendam sakan baru terasa lapar dan kami ke Padang Kota Lama untuk menjamu selera, biasa la mesti pekena pasemboq. Yang lain2 kat situ adalah makanan yang biasa2 je, nothing special...Dah kenyang lepak2 dulu sambil anak2 main kat playground at situ...Bila dah jemu depa kat situ kami ronda2 kat Georgetown pulak..frust sikit rasanya sebab hajat akak nak beli something for my business tapi tak kesampaian sebab tak jumpa2 benda tu... :( 

Sebelah malam ada acara pantai apa ntah kat Batu Feringhi akak pun tak ambik tahu sebab tak de keinginan nak tengok pun. Tapi we all ronda2 kejap kat macam pasar malam di situ, banyak jualan pakaian & hiasan. Ramainya orang, jalan pun bersesak2, so kejap je kami kat situ & lepas tu pekena nasi kandar dulu sebelum balik ke Tapah. Masa balik akak drive sebab nak kasi can hubby tidur & kami sampai rumah pukul 4 pagi...Memang banyak sangat tempat yang kami tak sempat pergi tapi dah bukan tujuan untuk bercuti sakan so anak2 dapat mandi manda sakan kat laut pun cukup la....

Friday, December 17, 2010

PUDING LAICI

Assalamualaikum buat semua yang sudi menghadirkan diri di sini...Yes3, akak memang tersangat la sibuk..ada jugak kawan yg sorang tu kata akak buat2 je sibuk, tak baik tau :)) Takpe3, akak tak marah. Dan buat teman2 blogger yang sudi menjenguk tu, really appreciate you all semua, akak pun dah lama tak blogwalking ni...Nanti akan akak terjah teman2 semua satu persatu ya! 

Puding laici ni akak buat malam semalam, dah disimpan semalaman di fridge baru je kejap tadi upacara memotongnya dan kejap je dah nak licin pun. Makan sambil tengok TV ni faham2 je la, tambah ada buah2 laici tergolek2 kat sekeliling puding tu apa lagi la budak2 kat rumah ni, especially budak kecik yg 3 years old tu...emmm budak2 macam tu la kan, mamanya dulu masa kecik2 pun 2 x 5 jugak kalau bab meratah buah laici nih..hik3

Ok la, ni resepi puding laici yang akak dapat dari Edisi Khas LBM 2003 tapi dah akak ubahsuai sikit ikut citarasa akak. Yang akak buat ni 1/2 adunan je. Best puding ni, tak manis sangat, just nice je...sape teringin nak makan tu cuba la buat ya, jgn lazy2 tau!!!

BAHAN BAHANNYA
  • 2 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 5 ketul gula batu
  • 1 bungkus agar2
  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh agar2 dan masak dengan air sebanyak 5 cawan dan gula batu sehingga mendidih dan cair agar2 & gula tersebut
  2. Laici dikisar bersama2 dengan airnya dan ketepikan dulu
  3. Kuning telur dipukul hingga kembang bersama tepung kastad
  4. Kemudian campurkan susu cair dan esen vanila ke dalam adunan telur tadi
  5. Akhir sekali, masukkan kesemua bahan2 termasuk laici ke dalam agar2 dan masak sebentar, tak perlu tunggu mendidih, kacau2kan sehingga sebati
  6. Kemudian masukkan ke dalam bekas, sejukkan di dalam fridge dan boleh la dimakan bila dah sejuk.
Tambah buah laici dan sirapnya semasa makan puding ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...