Sunday, September 16, 2012

GIGIH MEMASAK SAMPAI TAK TIDUR


 Assalamualaikum...Salah satu cabaran memasak untuk tempahan katering esp dlm kuantiti yang besar adalah untuk menyiapkan semua juadah on time & memastikan semuanya menyelerakan. Bagi akak adalah perkara biasa jika tak tidur semalaman apabila dapat tempahan sebegini. Bila diceritakan pada orang (yg bertanya), rata2 semua berkata yang depa takkan sanggup jika bekerja sampai tak dapat tidur. Tapi bila bercerita dengan orang yang biasa buat bisnes makanan, samada katering, tempahan kek & yg seumpamanya, bagi mereka itu perkara biasa & sememangnya begitulah yang sepatutnya. So bagi akak tak tidur bila memasak ni small matter jer...So bagi sesape yang rasa terfikir alahai kesiannya dia, teruknya dia kerja, penatnya dia kerja, lupakanlah ya...

Semalam memasak sakan untuk open house di Petronas Kampar. Kali ni ada photographer so adalah gambar2nya untuk dijadikan kenangan manis dikemudian hari..

Sejak pagi2 lagi ada pelbagai acara untuk para jemputan. Antaranya pertandingan mewarna untuk kanak2, cabutan bertuah, persembahan tarian (ala gangnam style..huhu..), tu yang kat atas persembahan seni silat. & macam2 lagi la acaranya...
 
 Selesai saja kesemua acara, barulah semua tetamu dijemput makan. Disebabkan dah terlalu lama sangat menunggu semua tetamu terus menyerbu ke tempat buffet, sesetengah makanan clear dalam masa tak sampai sejam. Menunya : lemang, nasi impit, rendang ayam, rendang daging, laksa, mee goreng & bubur pulut hitam.

Bagi tetamu VIP pula selain dari menu diatas, disediakan juga nasi minyak, ayam gareng berempah, daging masak hitam, dalca ayam & jelatah. Penat hilang bila tetamu berpuashati. Segala pujian yg diterima menjadi pemangkin semangat dimasa hadapan, Insya Allah..


Comel & ayu....My SIL Nor Fadila & anak sedara Anis...cayanggg dia...Terima kasih Kak Yang ucapkan kerana sentiasa ada disisi diwaktu susah & senang. Kak Yang sangat2 hargai & hanya Allah yg dapat membalasnya.

2 comments:

  1. saya pun tahu mcm mana perasaan sebagai caterer kerana selalu temankan mak masak lauk tempahan. takper tak tidur malam tapi imbuhannya barbaloi-baloi... ;)

    ReplyDelete
  2. Cik Puan Izan, hanya yg pernah lalui je tahu kan! Alhamdulillah rezeki utk anak2..:))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...