Monday, September 10, 2012

SEDAPNYA KENTANG PUTAR...


 Assalamualaikum...kentang putar ni akak sediakan untuk digandingkan dengan menu grilled lamb & chicken chop semalam. Memang puas makan yang dibuat sendiri ni jika banding yang dijual kat rest. fast food tu, dari segi rasa pun memang menang memakannya. Selalunya akak buat banyak sebab anak2 memang suka makan potato tak kira potato dibuat apa pun semuanya depa hentam. Senang bela bebudak lelaki ni..hik3

Mudahnya buat kentang putar ni, setakat lenyek2 kentang tu apa lah sangat kannnn!!! Tapi akak letak la resepinya kat sini untuk reference sesiapa jua yang memerlukan termasuklah anak2 akak satu hari nanti....

BAHAN BAHANNYA
  • 5 biji ubi kentang (saya guna jenis russet)
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA

  1. Kupaskan ubi kentang, potong2kan kepada beberapa bahagian dan rebuskan sehingga empuk
  2. Apabila sudah empuk, toskan ubi sekiranya masih ada lebihan airnya, biarkan ubi sejuk seketika
  3. Dengan menggunakan garfu atau senduk lenyek2kan ubi rebus sehingga lumat kesemuanya
  4. Masukkan kesemua bahan2 yang lain dan gaulkan dengan ubi kentang sehingga sebati
  5. Bentukkan ia menggunakan alat skoop aiskrim dan sebelum dihidangkan tuang ke atasnya brown sauce yang sudah disediakan terlebih dahulu.


Cara untuk membuat kuah sosnya sama seperti di entry sebelumnya, sila KLIK

7 comments:

  1. aduhhh sedapnya mashed potato...mmg kegemaran anak2 saya ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Favourite anak2 akak jugak ni tapi jarang membuatnya. Sesekali makan tu yang best tu kan!! :))

      Delete
  2. salam aidilfitri kak. lamaaa saya tak tinggal jejak kat sini. selalu singgah je. terliur tgk kentang putar akak tu, comel pulak bulat2 guna scoop aiskrim tu. nanti nak cuba resepi ni, nampak lagi mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri juga dari akak utk Nor sekeluarga. Cuba la mashed potato ni, anak2 tentu suka. Nak buat pun mudah je kan!

      Delete
  3. Assalam ina, sedapnya kentang putar, resipi kentang dah senang, ingatkn ina letak sekali ngan sos hehe, kalo tak dh boleh niru hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak Rosa, resepi tu ada sy dah update, cuma kena KLIK je linknya tu..Sedap tau, rugi tak cuba tau :))

      Delete
  4. Assalamualaikum Azlina..nmpk sedap,izin saya kongsi nie..nk cuba.terima kasih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...