Friday, January 6, 2012

KURMA TULANG DAGING LEMBU


Assalamualaikum....Sekejap saja dah hampir seminggu kita berada di tahun 2012 . Emmmm....2012,  suka la nombor ni..cerrr kita campurkan 2 + 0 + 1 + 2 = 5 !!! Saja2 nak citer, akak sememangnya suka sangat nombor 5. Kalau ada yang suruh pilih dari no 1 ke 10 pasti no 5 jadi pilihan hati. Kebanyakan tarikh berkaitan diri akak pun akan berbalik pada nombor 5. Contohnya.......

Akak dilahirkan pada 23 hb...2 + 3 = 5....lahir bulan Mei @ 5. 
Anak yang ke 5 dari 5 adik beradik, yg bongsu ok! Manja??? Owh...sudah tentu, sgt2 manja tapi bertempat & so jgn ada orang yg berani nak marah2 anak manja ni tau especially jika xde sebab...(reminder nih..haha :)) 
Bertemu jodoh pada 14hb... 1 + 4 = 5, pada bulan Mei @ 5. 
Sekarang telah pun dikurniakan cahayamata seramai 5 orang, hero2 semuanya... :) :))

Ni hanyalah suker2 je tau, jgn sangka yg bukan2, yg karut marut pulak ok! Kesimpulannya akak rasa excited jugak melangkah ke tahun 2012 ni...walaupun akak memang takde la celebrate new year pun.. ;).. Insya Allah, langkah kali ini lebih berhati2 & yang paling utama mohon perlindungan & pertolongan Allah sentiasa. Minta dijauhkan dari manusia yang berhasad dengki & spesis yang tak boleh tengok orang lain hidup senang.   

Tengok gambar masakan akak kali ni, ada tak yang suka? Yang tak suka pulak ada tak? Inilah salah satu masakan yang akak sangat2 suka memasaknya iaitu kurma. Kali ini akak masak kurma dari tulang lembu, tapi memang banyak isi dagingnya jugak. Kalau nak beli tulang tu pilih la yang ada banyak isi dagingnya baru lah puas dpt makan, cerr kalau tulang semata2, apahal la pulak nak makan nanti kan! Baru2 ini akak pun ada memasak kurma kambing untuk kenduri aqiqah cucu sulung Penghulu Tapah. Kalau customer request menu kurma, haiii senyum sampai ke telinga la akak sepanjang hari..Jengok2 la resepinya di bawah yea...selamat memasak!



 BAHAN BAHANNYA

  • 1 1/2 kg tulang lembu berserta isi daging
  • 3 sudu besar rempah kurma 
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 3 biji tomato (dibelah 4 setiap satunya)
  • 2 tangkai cili hijau (dibelah tengah x putus)
  • 5 biji ubi kentang (dikupas kulitnya & dipotong 4 setiap satu)
  • 1 batang lobak merah (dikerat2 & potong memanjang)..kali ni akak lupa nak letak!
  • 1 serai dititik (x letak pun x mengapa)
  • 1 labu bawang besar (dikupas & dibelah 4)
  • Sebiji kelapa = 1 liter santan sederhana pekat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula (jika suka)

BAHAN PENUMIS
  • 6 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih dihiris nipis
  • Halia sebesar ibu jari dihiris nipis & diracik halus2
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 cm kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 pelaga & 4 bunga cengkih

BAHAN KISAR
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
- Hiris2kan biar agak kecil & kisarkan bersama 1/2 cawan air sehingga lumat

CARA MEMBUATNYA

  1. Bersihkan tulang lembu dan rebuskan dengan air secukupnya sehingga betul2 empuk
  2. Panaskan 5 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan2 penumis sehingga kegaringan & naik aromanya
  3. Masukkan pula bahan2 kisar dan kacau2kan sebentar. Sementara itu, campurkan rempah kurma dgn serbuk jintan manis & jintan putih dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Masukkan pes kurma ini ke dalam periuk tadi dan biarkan rempah agak garing sambil dikacau2kan
  4. Apabila sudah garing, masukkan tulang lembu bersama2 baki air rebusannya, gaulkan biar sebati & mesra dengan rempah2nya, masakkan sebentar
  5. Masukkan pula santan, biarkan ia merenih perlahan2 sambil dikacau2. Tambahkan ubi kentang, biarkan ia agak empuk, diikuti dengan tomato, cili hijau, lobak merah & bawang besar, kacau2kan
  6. Yang terakhir, masukkan garam secukup rasa & gula jika suka. Sesuaikan dengan citarsa masing2, biarkan ia mendidih dan bolehlah ditutup api serta siap untuk dihidangkan

5 comments:

  1. Assalam ina, sedapnya kurma tulang tu, akk jrg sangat msk kurma, kalo kari mmg selalu, bila tgk kurma tulang ina ni mmg tergudaaa... emmm suka ngan 5 ek, ya lah sesuatu yg byk kaitan dgn kita mesti kita sukakan, selamat tahun baru 2012 buat ina ya

    ReplyDelete
  2. wow..ini kalau makan siap ketukt2 pinggan lagi...hem favourite anak2

    ReplyDelete
  3. As salammualaikum Ina, wah masak kurma pulak ni. Akak kurang suka kurma tp anak bujang pulak yg suka. Kalau org lain masak sedap, knp sendiri msk mcm hampeh je...hehe...

    ReplyDelete
  4. nak kurma jugak...wah kak..menarik jugak kakulatur jadi lima akak tu..harap tahun ni lebih banyak kemeriahannya ye

    ReplyDelete
  5. EmbunRosaliza...Waalaikumussalam, kalau kat rumah ni pun setiap minggu 2-3 x mesti kena ada kari, kalau xde rasa mcm x bermaya nk makan nasi..No 5 tu saja2 suka je.. :))

    Paty'sKitchen..Mmg boleh ketuk2 pinggan, nak baling2 tulang tu pun boleh jugak..haha..gurau je kak Paty :))

    Zanafahmi..Waalaikumussalam, apasal pulak hampeh, lenkali masak anto sikit ke sini, bior aii rasa, dh tentu sedap punya masakan zana! :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...