Monday, January 9, 2012

KEREPEK NGAKU @ ARROWHEAD


Assalamualaikum....Semestinya anda semua sudah minum petang kan! Akak pun, petang ni kita mengunyah kerepek ni je lah. Kerepek bukan sebarang kerepek tau! Bak kata makcik cina yang sama2 dengan akak dok memilih ngaku ni di Tesco tempohari...."Ini haa satu tahun satu kali balu ada jual...manyak sidap goreng hoooo...." Akak dalam hati berkata2 balik pada dia."Apa yuuu ingat aii tak tahu ke? Aii ni blogger masakan tau, dah pernah tengok ramai blogger buat kerepek laaa...(ececehhh..bunyi gaya cakap macam eksyen je aii ni kan! Tapi tu kan dalam hati je...hahaha...

Kerepek ngaku ni memang sedap, memang rangup, memang berbeza dari kerepek2 lain dari segi rasanya, silap2 sekali hadap boleh habis 1 balang. Bagi sesiapa yang teringin nak tahu macamana rasanya boleh la mencubanya sendiri.  Dapatkanlah ngaku di Tesco atau di mana2 pasaraya yang berhampiran anda sekarang juga...Kalau tak kenal rupanya boleh tengok kat bawah ni sebagai panduan...Selamat mencuba !



BAHAN BAHAN
  • Ubi ngaku @ arrowhead
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit garam halus

CARA MEMBUATNYA
  1. Mula2 kupaskan kulit ngaku sehingga betul2 bersih. Kulitnya nipis saja. Tak perlu dibuang bahagian atas yang macam jambulnya tu untuk memudahkan semasa proses menyagatnya nanti
  2. Sagatkan menjadi kepingan2 nipis, pegang bahagian atas jambul & sagat perlahan2, hati2 jangan sampai tercedera tangan...
  3. Rendamkan di dalam air sehingga selesai kesemuanya, toskan
  4. Panaskan minyak secukupnya, minyak mestilah betul2 banyak & mencukupi
  5. Apabila minyak sudah betul2 panas, masukkan kesemua ubi ngaku yang siap disagat dan gorengkan sehingga betul2 garing, tapi jangan sampai terlebih garing nanti tak sedap pulak..
  6. Angkat dari minyak & toskan. Kemudian bolehlah ditaburkan sedikit saja garam halus jika suka. Akak letak sikit saja untuk menaikkan rasa lemaknya.

7 comments:

  1. salam...org tapah...tak sangka sama pula menu kita hari ni....mmg sedap enak tak terkata grap grup habis semangkuk..hehehhe

    ReplyDelete
  2. k.ina..baru hari ni suri tahu nama ubi tu huhu

    ReplyDelete
  3. hari ni nampak samalah kerepak ngaku kita.. termasuk ilahjy ada 3 rumah yang menikmati kerepek ni.. sedapkan...

    ReplyDelete
  4. Ilahjy..Huisyyyy ehhh sama2 mengunyah kerepek nampaknya. Memang tgh ramai yang mencuba ngaku kan! Betul3, sangat2 sedap & rangup.. :)

    Suri Solehah..Selama ini bila ternampak ubi tu tak tahu nama kan, cuma kat tesco ada nama arrowhead tu..amacam tak nak cuba? :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaykumwbh Kak Azlina....waaaaaaaaaaaa dah dua dapur masak arrowhead ni...mmmm ayu nak try la....:) myak sidaaap ma????:)

    ReplyDelete
  6. Ayu Safieza@Humaira..Waalaikumussalam, cepat2 gi cari arrowhead ni, mmg asyik bila mengunyahnya tu..gerenti sidap maaaa...haha :))

    ReplyDelete
  7. Blog ni dah tukar langsir... Cantik..

    Tak pernah rasa lagi kerepek ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...