Saturday, April 16, 2011

MASAK LEMAK CILI API PERUT LEMBU DAN PERIA

Assalamualaikum...Salam petang Sabtu yang membahagiakan buat semua yang hadir di sini. Kadang2 bila dah tiap2 hari memasak tak henti2 tu sesekali otak pun dah jadi bingung nak masak apa kan...setuju tak? Sedangkan semangat nak memasak tu sentiasa berkobar2 & tak pernah padam. Semakin bersinar rasanya...So, apakata perut lembu ni akak masak lemakkan dan dicampurkan sayur kesukaan akak iaitu, peria.....emmmm sedapppp! Ada orang tu juih2 bibir bila terbaca buah peria, akak nampak tuuuu..hik2..


Ragam orang bila tengok lauk ni....emmmmm ada yang ambil perut lembunya je, ada yang ambil perianya aje & yang tengok aje tak ambil langsung pun ada. Reasonnya sebab ada cik peria tu, takut pahit katanya...Ishhh3..rugi lah kome tak reti memakannya... :)


Resepi seperti dibawah & selamat mencuba bagi yang berminat...

BAHAN BAHAN
  • 1kg perut lembu (direbus sebentar sampai lembut)
  • 1 buah peria
  • 1 batang serai diketuk2
  • 2 cili merah dibelah tengah
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 mangkuk santan pekat
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 3 helai daun limau purut
Bahan yang perlu kisar :
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 2 hirisan lengkuas
  • 10 biji cili padi kampung
  • 1 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA
  1. Potong perut lembu sederhana kecil
  2. Buah peria dibelah tengah, guna sudu dan keluarkan biji dibahagian dalamnya. Hiriskan sederhana nipis dan rendamkan dengan 1 sudu teh garam selama 20 minit,toskan
  3. Panaskan 1 senduk minyak masak dan tumiskan semua bahan kisar, serai & jintan manis sehingga naik aromanya
  4. Masukkan perut lembu dan kacau2kan biar sebati, diikuti peria dan kacau2 lagi
  5. Masukkan santan pekat dan kacau2kan selalu
  6. Apabila peria sudah lembut masukkan cili merah & tomato, diikuti gula dan garam secukupnya
  7. Biarkan ia mendidih perlahan2 sambil dikacau2 selalu
  8. Masukkan daun limau purut dan kacau sebentar saja dan terus ditutup api
  9. Sedia untuk dihidangkan.

5 comments:

  1. wah menengokkan nama pun dh dpt membayangkan kesedapannya.suma2 tu kita mkn..yg tolak tepi cuma daun limau purut 3lai tuh jer ahaks..

    ReplyDelete
  2. Assalam na, akk ku ah jjelh, kalo perut lembu xleh nk mkn pulak, tapi yg ni rasa best je

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak..suka la mkn perut tu..kena ni memang bertambah nasi ni.
    terima kasih yer atas doa akak mudah-mudahan dimakbulkan Allah.amin:)

    ReplyDelete
  4. salam ziarah akak...dah byk hari tak sempat nak ziarah blog akak..waw akak masak sememangnya best...terliur Fie nengok..lapar nasi ni..

    ReplyDelete
  5. Lina_pg...Senang la kalau semua jenis mkn..owh daun limau purut tu mmg utk hiasan jer..kalau mkn mau juling bijik mata..heeee :)

    Rosaliza...Waalaikumussalam, Takpe2 x mkn perut mkn je peria tu, ok tak? Mmg sesetengah org x berkenan perut tu, tp bg sesetengah yg lain mcm nk terkam kalau nampak dia..mcm2 kan! :)

    Nieza...Kalau dh suka tu mmg mau bertmbh nasi, sesekali je akak msk camni, buat tukar selera. Doakan yg baik2 utk kwn2...Amin

    Adiweyah...dh lama x dengar cerita, xpe2 akak faham, sbb kdg2 akak pun bila sibuk mmg x sempat nk jenguk kesini. Kalau dekat boleh ajak mkn nasi.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...