Sunday, November 16, 2014

TERUBUK PANGGANG BERSUMBAT KELAPA PEDAS


Assalamualaikum buat semua yang hadir di sini. Alhamdulillah dapat jugak akak mengupdate walaupun dihimpit kesibukan yang luarbiasa sepanjang minggu ini. Udah le sibuk dengan macam2 kerja tetiba pintu belakang rumah kena kopak pulak. Mudah2an menjadi pengajaran buat ketua rumahtangga supaya tidak lagi memandang remeh aspek keselamatan. Area taman perumahan ni memang dah biasa kes pecah rumah, so bagi yang sambil lewa je memang tunggu masa saja lah.

Yang jadi mangsa si penjenayah ni adalah handset suami yang baru je dibeli petang hari kejadian...Nasib le murah je harganya, kalau ai bagitau harganya kat sini mesti uolls pakat gelak ramai2..hehe...Dan yang paling gempak sempat jugak dirembatnya sebungkus Cocopie di bilik stok makanan. Itu je 2 item yang dipilihnya dari yang bermacam2 dirumah tu. Pelik jugak dah kopak rumah orang beg duit anak atas meja tak pulak dia teringin..dalam tu ada jugak duit lebih kurang RM 80.00. Udah le citer pasal tu, bikin hati panas jer. Moral of the stori mori is check le kesemua pintu2 before u go to sleep ya...

Berbalik pada cerita makanan di gambor tu ye..Ikan kalau dipanggang2 begini sememangnya menjadi favourite kami sekeluarga. Sambal kelapa memang kena betul2 pedas tau baru mengancam. Ehh, kalau takutkan tulang ikan terubuk yang banyak tu boleh cuba tarik dengan sebelah tangan memegang bahagian kepala ikan dan sebelah tangan lagi pegang ekornya. Perlahan2 tarik sekali saja ke arah bertentangan dan boleh dengar bunyi tulang ikan tu. Insya Allah tulang2 akan terasing dan mudah le sikit memakannya especially buat anak2 kecil kan..

Banyak kemain pulak cerita kali ini. Oklah jom semak resepinya..

BAHAN BAHAN

  • Seekor ikan terubuk bersaiz agak besar (disiang tanpa dibuang sisiknya)
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu besar udang kering (digoreng tanpa minyak sekejap dan tumbuk halus)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 2 biji limau kasturi (ambil jusnya saja)
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya (lumur pada ikan)
CARA PENYEDIAANNYA
  1. Pertama sekali, guna pisau tajam dan belahkan bahagian belakang ikan sehingga mencapai bahagian perut ikan tersebut. Lumurkan serbuk kunyit dan garam secukupnya keseluruhan bahagian ikan sehingga rata.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sehingga lumat, keluarkan dari lesung batu dan ketepikan dulu.
  3. Kemudian tumbuk pula cili padi dan cili merah sehingga lumat. Campurkan dengan bawang2 tumbuk tadi dan tumbuk bersama2 sekejap biar sebati.
  4. Masukkan pula udang kering yang ditumbuk & kelapa parut, tumbuk sekejap biar rata. Tambahkan garam dan gula dan tumbuk lagi supaya sebati kemudian baru dikeluarkan dari lesung.
  5. Masukkan jus limau kasturi dan kacau2kan sekejap.. Sumbatkan kesemua sambal kelapa melalui belah belakang ikan meliputi keseluruh bahagian tengah ikan.
  6. Panaskan kuali leper, tuangkan sedikit minyak (lebih kurang 1 senduk kecil) supaya ikan tidak melekat. Apabila minyak dah panas letakkan perlahan2 ikan terubuk, guna api yang sederhana perlahan sepanjang memasaknya.
  7. Apabila dah garing, terbalikkan ke bahagian yang sebelah lagi dan biarkan ikan dimasak dengan sempurna terutama dibahagian tengahnya. Sisik ikan haruslah garing baru lah sedap.
  8. Angkat dari kuali dan lapikkan dengan daun pisang. Sedia untuk dihidangkan.

1 comment:

  1. I bet this is so good! These flavors are perfection!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...