Sunday, March 4, 2012

ROTI JALA CICAH KARI DAGING


Assalamualaikum....Selamat pagi!!! Dah sarapan ke belum? Meh la join akak...kita sarapan dengan roti jala yang masih panas lagi ni, nak tak? Cicah pulak dengan kari daging kentang ni, emmm...walaupun kari ni yang akak masak semalam tapi dijamin lebih sedap rasanya dari semalam. Roti jala ni harus dicicah dengan kari yang pekat baru lah kari tu melekat pada roti jala..cerr kalau kari cair mana ke mau nyaaaaa...

Lambat sikit menyiapkan roti jala ni, rasa lambat je nak jadi banyak. Tengah akak sibuk menjala di dapur datang anak lepas sorang, sorang lagi, main cekup bawak lari roti jala yang dah siap ke ruang tamu. Tu yang lambat jadi banyak tu...Takpe2, memang mama masak nak bagi anak2 makan pun kan! Tak leh nak lama2 disini. Resepi roti jala ni akak letak dibawah seperti biasa :))

BAHAN BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 3/4 sudu teh garam
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • Beberapa titik pewarna kuning telur
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMBUATNYA
  1. Mula mula, campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali minyak ke dalam mangkuk besar dan kacau2kan supaya agak sebati
  2. Kemudian masukkan kesemua adunan tepung ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sebentar sehingga sebati.
  3. Sediakan kuali leper (non-stick lebih baik, jika ada) dan sapukan & ratakan sedikit saja minyak pada permukaan kuali untuk elakkan dari melekat
  4. Masukkan adunan tepung ke dalam acuan roti jala atau apa sahaja yang membolehkan anda membuat bentuk (akak gunakan plastik piping bag, gunting hujungnya sedikit saja) 
  5. Apabila kuali leper sudah cukup panas, boleh la mula membuatnya dengan mengikut kreativiti sendiri
  6. Angkat roti jala yang sudah masak & terbalikkan ke atas pinggan besar (bahagian licin dibahagian bawah) dan lipatkan seperti yang anda inginkan
  7. Buat sehingga habis kesemua adunan tepung dan hidangkan dengan sebarang pencicah kari dsbnya, yang anda sukai. Enak juga di makan begitu saja...ceewahhh.. ;-)



8 comments:

  1. fulamak ada roti jala la...sy snggup dtg dr t.i ni bwk pinggan kosong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alalaa..nxt time dtg x pyh bawa pinggan, nanti akak buat lagi la roti jala ni ya utk ummi :))

      Delete
  2. kak ina tau dak..roti jala ni antara menu yg suri paling suka...nape akak tak hantar kt suri skit ari tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ya ke Suri..baru akak tahu ni! Tu la kan akak dah jemput dtg makan..xpe2 lenkali la akak buat lagi boleh anto bnyk2 ya :))

      Delete
  3. Kak...Bagus juga idea acuan ni...ingatkan ada acuan terkini di pasaran...best & favorite...tiap2 thn raya ambil tempahan.

    ReplyDelete
  4. Kak, Bagus gak idea ni yer...ingatkan ada acuan terbaru di pasaran..best & favorite...tiap2 thn raya ambil tempahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, ini bisnes yg menguntungkan betul tak? Acuannya senang je, bg akak guna plastik tu yg paling mudah.. :))

      Delete
  5. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...