Monday, February 27, 2012

KEK MENTEGA BELANG COKLAT


Assalamualaikum....Malam ni nak hidangkan kek mentega pulak disini. Cuma gambarnya saja yang tinggal, kek nya usah dikenang la lagi sebab semua sudah licin dikerjakan anak2 akak. Selalu jugak akak buat kek ni cuma belum ada lagi entrynya di sini..Memang di rumah ni kalau kek yang simple2 gini menjadi rebutan...kalau kek yang beraising beria2 tu memang tak berapa nak laku, mungkin depa semua dah jemu. 

 Kek ni kalau tak nak dibelangkan dengan coklat pun boleh je. Selalu sangat makan yang kosong so kali ni akak selang selikan dengan coklat pulak. Pada asalnya nak buat warna pelangi la konon, sekali angin malas bertiup kencang pulak, lupakan saja la pelangi tu nampaknya...Ok, tinjau2 resepi pulak, ada dibawah ni....:)) Selamat malam........nite2......
    


 BAHAN BAHANNYA
  • 3 cawan tepung kek @ tepung naik sendiri
  •  220 g mentega
  • 5 biji telur
  • 200 g gula halus
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu teh esen vanila  
  • 2 sudu besar serbuk koko

 CARA MEMBUATNYA

  1. Campurkan telur & gula halus ke dalam mangkuk pengadun & putar sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang
  2. Masukkan mentega, diikuti dengan esen vanila..sambung putar lagi, kali ini putar lagi sampai kembang 
  3. Tuangkan susu cair dan putar sekejap saja hingga sebati
  4. Terakhir, masukkan sedikit demi sedikit tepung yang diayak terlebih dahulu, putar sehingga gebu & sebati
  5. Untuk belang coklat, bahagikan sama rata adunan. Tambahkan serbuk coklat di satu bahagian sementara satu lagi bahagian seperti asalnya
  6. Kacaukan supaya adunan tepung & serbuk koko menjadi sebati
  7. Griskan dan lapik loyang pembakar saiz 8". Sengetkan hujung satu bahagian (guna apa2 brg untuk tinggikan bahagian itu) & mula masukkan 1 senduk adunan kek berselang seli sehingga habis baru letakkan semula tin pembakar pada kedudukan asal
  8. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu

8 comments:

  1. tengok gambar,ingat nak mintak skit kak..rupanya siang2 ckp dah habis huhu...cantiknya belang2 itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek2 simple mcm ni mmg laku kat rumah akak. sekali hadap pun gerenti boleh habis, mmg suka tengok anak2 mkn kek..hehehe..nanti akak buat lg boleh bg suri sikit ehhhh... :))

      Delete
  2. menariknya kek ni. tengok gambo je dh terliur. nak copy resepinya ye kak. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izahdaut..biasa2 je kek mentega ni, bila buat belang2 tu baru nampak lain la sikit kan! sila2 la mengcopy resepi yg tak seberapanya ni..(malu aiii...)

      Delete
  3. Salam Kak..cantik jeee kejadian belang-belang kek tuuuu...CnP dulu resipinya..masuk list

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hentam je buat belang2 tu, bg naik seri sikit konon...masuk list tu, jgn tak masuk ok! :))

      Delete
  4. Replies
    1. Hidayah, susu cair tu letak selepas esen vanila..recipe updated

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...