Tuesday, February 14, 2012

AYAM LEMAK BELIMBING BULUH


Assalamualaikum....Kembali disini dengan menu ayam masak lemak belimbing buluh ni ha...Pernah tak anda rasa bila dah hari2 memasak untuk keluarga tu sesekali rasa mcm dah tak tahu pulak nak masak apa? Akak memang selalu sangat rasa macam tu. Lagi senang memasak untuk menu2 tempahan katering sebab kita ikut je la apa yang customer request. Bila dah no idea tu akak akan masak je ikut citarasa anak2 & pasti yang mudah memikat selera anak2 adalah lauk ayam.

Masak lemak walau apa pun memang kena kalau diletakkan sikit belimbing buluh, kuah pun akan rasa lebih sedap. Akak ni memasak ikut je la apa yg suami beli di pasar, nampak ada belimbing tu akak pun letak banyak2, tapi yg makannya akak sorang je...lately suka sgt makan masam2 ni...

Oklah, resepinya senang saja tapi tetap ada di bawah ni..Berhenti disini dulu yea...cadangnya nak ke Teluk Intan lepas ni, nak shopping bahan2 untuk katering. Jumpa lagi!


BAHAN BAHANNYA

  • 1 ekor ayam dipotong 14 
  • 3 biji ubi kentang dipotong 4 setiap satu
  • 8 biji belimbing buluh dibelah 2 setiap satu
  • 2 tangkai cili merah dibelah tengah tanpa putus
  • 2 tangkai cili hijau dibelah tengah tanpa putus
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 hirisan lengkuas diketuk
  • 1 mangkuk santan pekat dari sebiji kelapa
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN YANG DIKISARKAN BERSAMA2
  • 10 tangkai cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumiskan serai & lengkuas yang diketuk, masukkan pula bahan2 yang dikisar bersama. Kacau2kan 
  2. Apabila sudah agak garing nampaknya masukkan ayam, gaulkan kedalam bahan tumis tadi
  3. Diikuti dengan santan, kacau2kan biar sebati
  4. Masukkan ubi kentang apabila kuah santan hampir mendidih sambil dikacau2kan selalu 
  5. Apabila ubinya sudah empuk, segera masukkan belimbing buluh beserta gula dan garam secukup rasa
  6. Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan sedia untuk dihidangkan

9 comments:

  1. TERSEKSANYA ...kecur air liur..

    ReplyDelete
  2. Perghhhh...bab belimbing buluh tu yang tak tahan...kechur2 dah akak ni...I likeeeee...:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak,,suri tak penah masak ngan belimbing..biasa suri letak rebung je..esok kalau ada buah ni boleh cuba..tadi hubby ada beli ayam kg...

    ReplyDelete
  4. Salam Azlina,
    Tkasih sudi folo akak, akak folo juga ya. Sedap nampak masak lemak tu, tumpang makan kat sini boleh..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak..belum pernah lagi cuba gandingkan ayam masak lemak ngan belimbing buluh...pasti sedapppp kan ada rasa masam2 dan pedas bersatu

    ReplyDelete
  6. Wanie..jgn siksakan diri, apa kata masak je nanti & makan puas2..rugi tau kalau tak masak:))

    Cik Cek...mmg best msk lemak letak belimbing buluh tu, aii pun like! kalau dekat boleh anto semangkuk..:))

    Surisolehah..wahhh, kalau ayam kg lg special tu. yg akak ni tak reti pulak nk mkn rebung.. :))

    Wattie...Jom2, kita mkn sama2..trima kasih jua buat kak wattie sbb sudi jengah dapur ni.. :))

    Sue@Nenie..Mmg berpeluh2 makannya, nak pulak ada cili padi tu,lg pedas lg sedap. yg akak msk tu kurang pedasnya. :))

    ReplyDelete
  7. dtg lagi kak..tak tercapai hajat nk makan ngan belimbing...suruh hubi cr,,dia dapat betik pulak huhu

    ReplyDelete
  8. Assalamaulaykumwbh kak Azlina sayang....


    Waaaaaaaaahhhhh mak terguda nih....mmm bila lah nak jumpa belimbing buluh kt kg ni arrr....

    kak apa khabar? Ayu baru nak recover selsema n batuk....hu3...cuaca tak menentu..plus dah start kerje....aiyaaaak!!!! :) Thanks sbb kak selalu jenguk Ayu...it helps..miss ya! Take care dear...

    ReplyDelete
  9. Surisolehah..Alahai kesiannya dia..takpe la suri, betik pun betik la, kita hentam je apa yg ada..hehe

    Ayu Safieza@Humaira..Waalaikumussalam, akak sihat2 je, hrp Ayu pun sama yea! Owh belimbing tu kat sini pun susah jumpa gak..kat pasar kdg2 je ada. Tahniah akak ucapkan sbb dh mula bekerja...tentu seronok kan bila start balik kerja ni. ok, sat lg akak nk gi lawat Ayu lg..siap2 la apa yg patut..hehe :))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...