Wednesday, December 14, 2011

BOM KELEDEK


Assalamualaikum....Di petang2 begini mungkin ada yang tengah sibuk di dapur membuat juadah untuk minum petang. Bagi akak, untuk makan2 waktu petang memang banyak pilihan sebab waktu cuti sekolah ini akak dah frozenkan banyak jugak kuih yang dibuat sendiri. Antara stok kuih muih yang masih berbaki dalam freezer tu adalah kuih bom keledek ni. Selain dari itu, ada juga kuih karipap, cucur badak & roti canai. Senang la sikit kerja bila ada kuih muih frozen.

Sewaktu anak2 masih kecil2 lagi, kuih sebegini memang tiada dalam list hidangan kat rumah. Sekiranya akak & hubby teringin kami akan beli saja. Depa tak suka semua kuih yg ada bijan2, inti2 kelapa, jangan harap la anak2 akak nak makan. Itu time dulu2, sekarang bila dah meningkat remaja, semua depa dah reti makan. Ni pun tinggal lagi 2 orang lagi anak2 yang masih kecil, 5 & 8 tahun tu, sama jugak mcm abang2 depa dulu tak reti makan kuih sebegini.

Resepi kuih bom keledek ni akak salin dari koleksi buku Senangnya Memasak Kuih Muih Bersama Chef Hanieliza.  Resepi yang cukup ringkas & mudah difahami. Yang paling penting dijamin sedap. Memang berbaloi beli kesemua buku Senangnya Memasak kak Liza. Terima kasih banyak2 diucapkan buat Kak Liza.. :)


BAHAN BAHANNYA

  • 500 gm ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan bijan
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak secukupnya bagi menggoreng
BAHAN INTI
  • 1 cawan kelapa parut muda
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT INTI : Kacaukan kesemua bahan inti dengan api sederhana sehingga pekat. 


CARA MEMBUATNYA

  1. Ubi keledek di buang kulit dan di potong kecil2. Rebuskan dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Toskan lebihan airnya.
  2. Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung sehingga betul2 sebati.
  3. Masukkan kesemua bahan inti ke dalam kuali dan masak sehingga kering.
  4. Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti diatasnya.
  5. Uli/bentukkan ia menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan. Tekan2kan dengan telapak tangan supaya bijan melekat kuat & tak tertanggal semasa digoreng
  6. Goreng dengan api sederhana sehingga warna bijan menjadi kuning keemasan.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba... :))

10 comments:

  1. wahh dah bercat baru dah umah akak ni...ceria sungguh..cantik.

    sedapnya kuih bom...suka mkn tapi lum pernah buat lagi:)

    ReplyDelete
  2. salam K.ina..blm pernah cuba bom keledek ni.bom pisang ada lar tp mmg sedap ngan inti kelapa didalamnya.

    ReplyDelete
  3. hmmm bom kaledek, my favorite :)

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  4. lama akak tak makan kuih om nih.kattempat akak tinggal nie jarang nak dpat kuih camgini.berselera tengok..inti kelapa lagi .sedap sedap...

    ReplyDelete
  5. Assalam ina, sama lh nga bdk2 umah akk ni, semua kuih pun dh suka, semua sedap, kalo dulu main pilih je nk mkn. sedap nmpk kuih bom keledek tu

    ReplyDelete
  6. salam ina...lama Liza xbuat kuih bom ni...peberet cik hubby ni...

    ReplyDelete
  7. Nieza..Ceria mcm tuannya ehhhh!! Kuih bom keledek ni favourite akak, selalu jugak buat, baru perasan masih belum ada n3 kat sini..Maceh Nieza.. :)

    Azatiesayang..X kisah la janji sedap kan!! Bom pisang pun aiii like..haha..lama dh x mkn kuih bom pisang.. :))

    Konde..Maceh dtg sini..Nanti free akak singgah sana yea.. :)

    KakAsma..Kat sini pulak ada yg jual kuih ni, tp rasanya lebih baik jgn beli sbb x rasa mcm kuih..hehe..Buat sendiri lg puashati, boleh buh inti banyak2.. :)

    EmbunRosaliza..Waalaikumussalam, Ha ahh kan! Dah memang tabiat budak2 kot. Nasib baik dh beso ni x bnyk songeh..hehe..Mmg sedap kuih ni, lg banyak inti lg best.. :))

    Liza..Favourite akak jugak kuih ni. Kalau dh fav hubby tu kenalah selalu buatkan. Senang je buat kuih ni, bulat2kan, golek2kan..haha.. :)

    ReplyDelete
  8. salam..sedapnyerrr cam nak buat aje tapi kelapa susah betul nak cari sekarang nie...best kan makan kuih tradisi nie....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaykumwbh kak Azlina cayang.....
    mak ai..kebabooom kuih bom ni.....:)
    Ayu minta maaf sbb lewat BW krn busy yg amat...hu3...x menang tangan ar...kaki apa lagi....boleh bersimpul2....ahaks!!!

    Ayu nak ngendap2 lagi dapur akak ni.....he2!!!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaykumwbh Kak Azlina.....

    Maaf lama Ayu tak dpt masuk comment kat sini...dah la internet tergedek....hu3...feel so baad.

    Akak sihat? Lama xdengar berita akak? Missed u kak.....owh hari ini adik akak dah umur 32 tahun ni....hu3.......anyway, minta tapau itew kueh bom yer....yg dlm frozen tuu;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...