Thursday, November 3, 2011

SOTONG LEMAK PUTIH HIRISAN


Assalamualaikum...Tengahari ni hujan lebat, Alhamdulillah...nyaman rasanya setelah beberapa hari cuaca yang agak panas tak menentu. Lega betul bila berada di dapur dalam cuaca yang kedinginan ni. Lauk pun dah siap dimasak semuanya. Tengahari ni kita makan sotong...Sotong masak lemak ni adalah masakan yang selalu emak akak masak time dulu2. Kalau ada lauk ni mesti digandingkan pulak dengan ikan cencaru sumbat sambal. Emmmm...teringat2 masakan emak, memang terbaikkk!!!

Tak dapat lama disini sebab masih banyak lagi kerja sedang menanti. Di bawah tu akak sertakan resepi yang agak simple tapi Insya Allah tidak mengecewakan... :))


BAHAN BAHAN

  • 12 ekor sotong (dibersihkan seperti biasa, potong kepada beberapa bahagian & toskan)
  • 4 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris nipis potongan mancis
  • 2 cili merah dihiris nipis potongan serong
  • 2 batang serai dihiris halus2
  • 2 biji tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 1 mangkuk santan pekat (diperah dari sebiji kelapa bersaiz agak besar)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan2 hirisan (kecuali cili merah) sehingga agak layu & kekuningan
  2. Dengan api sederhana, masukkan santan pekat dan kacau2kan sebentar
  3. Apabila santan mula mendidih terus masukkan cili merah & buah tomato, kacau lagi dan masukkan pula sotong yang sudah betul2 tos airnya
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau sebati, kuahnya harus dikacau, jangan sampai pecah minyak..
  5. Setelah beberapa minit sotong sudah pun masak dan tutup api segera. Jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan jadi liat & kecut.

3 comments:

  1. assalam kak Ina, sutun pun leh wat masak lemak putih gak eh??tak pernah makan lagi pesen gini.Selalu wat masak kicap @ sambal tumis jerr.Nnt leh try gak

    ReplyDelete
  2. Assalam Ina, ni mesti sotong yg size besar2 ni, sedap nmpk lemak putih tu, tak pernah pulak buat selalu masak sambal je heheh

    ReplyDelete
  3. Lina_pg..Waalaikumussalam, mcm ni la yg mak akak biasa msk selain msk sambal, kicap or kari..leh la tuko selera cara ni next time yea.. :)

    EmbunRosaliza..Waalaikumussalam, actually sotong tu size sederhana je ..anak2 sy suka kuahnya sbb manis2 rasanya..msk pun senang je kan, main hiris je semua.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...