Thursday, June 23, 2011

SPAGHETTI WITH SPICY SAUCE & MINCED BEEF

Malam ni kita makan spaghetti je. Actually takde plan pun nak masak spaghetti ni tapi semasa aktiviti mengemas & memunggah barang2 kat kabinet dapur tu terjumpa pulak sepaket spaghetti ni. Masa bila akak beli pun dah tak ingat, tapi expiry datenya lambat lagi. Tengok pulak dalam fridge banyak lagi baki tomato ceri, emmmm bolehlah nak buat sosnya nie...

Akak masak sikit je spaghetti ni, cuma untuk 2-3 orang je. Buat sos yang agak pedas sampai makan pun tersedak2 dibuatnya. Padan muka aiii...Ok, kita nak masuk tidur awal sikit malam ni.....Bye!!!!!
BAHAN BAHANNYA
  • 1/3 dari sepaket spaghetti
  • 1 mangkuk kecil daging kisar
  • 8 biji tomato ceri dipotong dadu
  • 1 sudu besar tomato puri
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit Mixed Herbs

CARA MEMBUATNYA

  1. Didihkan air dalam periuk yang cukup besarnya untuk merebus spaghetti. Sebelum direbus masukkan sesudu minyak dan sedikit garam. Rebus sehingga lembut, angkat & toskan
  2. Panaskan 3 sudu besar mentega dan tumiskan bawang besar & bawang putih sehingga kekuningan
  3. Kemudian masukkan daging kisar dan gorengkan sehingga agak garing dengan api perlahan
  4. Masukkan tomato puri & serbuk cili dan kacau2kan biar sebati, tambah sedikit air rebusan spaghetti jika terlalu kering
  5. Apabila sudah naik aromanya, masukkan sedikit garam & gula, kacau lagi
  6. Yang terakhir baru masukkan tomato ceri dan kacau sebentar sebelum ditutup api
  7. Letakkan spaghetti yang ditoskan tadi di atas pinggan dan tuangkan kesemua sos tadi ke atasnya
  8. Taburkan sedikit Mixed Herbs (campuran herba thyme, rosemary, marjoram, basil. oregano, sage) di atas sos tadi sebelum dinikmati bagi membangkitkan aromanya

7 comments:

  1. wah kak..sedap nampak..rugi tak datang semalam..

    ReplyDelete
  2. sedapnyer kak...nak juga lah...nanti nak buat...=)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwbh kanda....
    lama sungguh Ayu x jenguk kak. Eveytime balik Msia mmg Ayu busy kak. 2bulan sana...2 bulan sini....so guess Ayu kat mana Ayu la ni....


    MMM rinduuu kat kak....:)

    ReplyDelete
  4. Suri Solehah...heh3 tu la nape x dtg semlm, leh jugak merasa spaghetti tu. xpelah kalau suri teringin nnt akak buat lg ehhhh :)

    Hafizah...Nanti bila free buat tau..mudah lg msk spaghetti dr goreng mee kan!! :)

    Ayu Safieza...Waalaikumussalam, laaaa dah kat Doha lg ke? Sorryyy yang, akak x tau pulak Ayu dh balik sana lg. Akak pun rinduuu kat Ayu, lama x tengok Ayu msk2, xpe lah Ayu dahulukan yg lebih penting ok..take care sis!!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak..rindunye lama tak datang ziarah..cibuk memanjang..kerja dunia yg tak habis2...sedapnye spagetti tu..nanti boleh cuba..Fie tak pandai nak masak spagetti..tahu makan je..

    ReplyDelete
  6. lambat sampai la kite..habis dah ayu mkn semua :)))

    ReplyDelete
  7. Adiweyah...Waalaikumussalam, maceh la Fie sudi dtg tengok spaghetti tu, actually akak pun x pandai memasaknya, tp lepas la jugak kalau sendiri nk mkn..hehe..akak pun sibuk jugak x smpt gi blogwalking, ni pun baru dpt jenguk blog sendri yg dh bersawang ni.. :)

    Deliah's Deli...mmg dh lama habisnya pun, btw thanks yea sudi menjenguk spaghetti akak tuuu..:D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...