Sunday, June 5, 2011

KEK SUJI GULA KUNDUR


Assalamualaikum...Balik dari Kampar sebelum Maghrib tadi. Hari ni akak bawak bersama2 hero yg berlima tu untuk jumpa Opah & lunch di sana. Puas la dapat makan masakan air tangan bonda walaupun yang dimasak adalah yang simple2 je tapi bertambah2 jugak kami semua memakannya.
Kek suji gula kundur ni akak buat untuk mak akak sebab dia teringin sangat nak makan kek ni. Selalu mak akak yg rajin buat kek ni, setiap tahun time hari raya kek ni memang antara yg wajib buat...tapi kali ni biarlah akak buat untuk dia. Akak ni memang pantang dengar orang sebut teringin nak makan apa2, sedaya upaya akak akan cuba menyempurnakan keinginan tersebut, apalagi melibatkan emak... Akak sendiri pun memang suka kek ni, bila kunyah dapat rasa potongan gula kundur di dalam kek tu.
Resepi dia seperti yang kat bawah tu yea....
BAHAN BAHAN
  • 8 biji telur ayam
  • 2 cawan marjerin Planta / mentega
  • 2 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung kek
  • 1 cawan tepung suji
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan gula kundur dipotong dadu kecil2
  • 2 sudu kecil esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Marjerin / mentega dan gula dicampurkan bersama dan pukul sehingga betul2 kembang
  2. Asingkan telur putih & telur kuning di dalam bekas berasingan
  3. Pukul telur putih sehingga betul2 berbuih & kembang , jika diterbalikkan bekasnya ia takkan tumpah
  4. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan marjerin tadi dan kacau rata
  5. Masukkan pula putih telur sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dikacau2 adunannya
  6. Diikuti dengan tepung suji, gula kundur & esen vanila, kacau biar rata kesemuanya
  7. Akhir sekali masukkan tepung & susu cair diselang selikan sehingga habis, kacau2kan
  8. Bahagikan kepada 2 bahagian (jika suka), & 1 bahagian diwarnakan
  9. Sediakan loyang 10 inci digriskan & dilapik dengan kertas baking
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang, selang selikan sehingga habis & bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. 

7 comments:

  1. SUJI JE PUN DAH SEDAP NI PULAK MESTI LAGI SEDAP KEK NI TERASA BUAH KUNDUR TU...

    ReplyDelete
  2. NAK TANYA 8 BIJI TELUR NI LOYANG KEK BESAR MANA NI?

    ReplyDelete
  3. Norlie...akak guna loyang 10 inci, kalau nak try buat 1/2 adunan dulu..masa kecik2 dulu suka ratah gula kundur tu..hehe

    ReplyDelete
  4. akak, saya pun teringin juga...buatkan untuk saya boleh?? hehehe nampak menarik la kek ni kak harus dicuba ni:)

    ReplyDelete
  5. Salam kunjungan... blog menarik, senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  6. salam..comel nya kek tu..mintak kopi resipi ye kak..kak saya tengah teringin bakso tu..camana ni?

    ReplyDelete
  7. Nieza...For you sis boleh je tolong buatkan, no problem... :)

    Zuwairi Aiman...Terima kasih sudi datang berkunjung ke sini..Insya Allah nanti sy ke sana yea... :)

    Suri Solehah...Ambil la resepi tu, jgn lupa buat bila2 free nanti..ala ciannya, meh la sini akak buatkan bakso esp 4 u... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...