Sunday, June 19, 2011

AYAM VANGGEY

Assalamualaikum buat semua...Apa hidangan untuk makan tengahari tadi? Tentu yang dihidangkan semuanya yang sedap2 & lazat2 belaka kan! Buat famili akak masakan nasi kandar jadi pilihan. Gara2 teringin mencuba resepi dari sisipan percuma Sajian Selera Majalah Mingguan Wanita baru2 ini, iaitu dari Restoran Vanggey-Vanggey, Shah Alam.
Bagi anak2 yang sememangnya meminati ayam goreng, memang tak cukup seketul seorang. Memang menyelerakan, kena pulak dengan nasi putih beraroma pandan, kari sotong & papadom. Kalau nak tahu...aroma masakan ni sampai sekarang masih terbau2 lagi dikeseluruhan bahagian rumah, wangi sangat baunya tuu...Silap2 perut boleh rasa lapar semula. Oklah, baik akak berkongsi resepinya disini & untuk rujukan di kemudian hari...
RESEPI SUMBANGAN :
VANGGEY VANGGEY RESTAURANT SEKSYEN 15 SHAH ALAM
BAHAN BAHANNYA
  • 1 ekor ayam dipotong kecil (akak potong 14)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji bawang besar dihiris (akak tambah lagi sebiji)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari (akak tambah 3 tangkai lagi)
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

  1. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & hirisan bawang besar sehingga naik baunya
  2. Satukan serbuk kari daging, kicap, gula & garam bersama dengan tumisan bawang tadi dan kacau biar sebati
  3. Gaulkan pada keseluruhan ayam dan perapkan selama 15 minit (akak perap 1 jam)
  4. Akhir sekali gorengkan ayam tadi dengan minyak yang mencukupi dan masukkan daun kari, apabila ayam sudah betul2 masak dan garing bolehlah diangkat & ditoskan minyaknya sebelum dihidangkan.

2 comments:

  1. sedapnyer AYAM VANGGEY ni...mula2 ingatkan sbb ayam ni hitam sbb tu kasik nama AYAM VANGGEY ...rupa2nyer nama RESTAURANT ...he he he

    ReplyDelete
  2. Iqa...Walaupun hitam rupanya tp tetap menjd pujaan hati rakyat kat umah akak nie...& yg paling penting mmg sedap...thanks yea sudi dtg sini.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...