Thursday, February 14, 2013

KUIH LAPIS GULA MERAH

Assalamualaikum..Entah apa yang membuatkan akak asyik terbayang2kan kuih lapis gula merah semenjak dua menjak ni. Sampai terasa rasa di tekak la pulak..ngalahkan orang ngandung nampaknya. Nak cari kat kedai pun takkan jumpa, so lebih baik buat je sendiri kan!

Finally..dari dok terkenang2kan kuih lapis yang satu ni baik akak terus masuk dapur dan dalam masa lebih kurang 2 jam kemudian dah pun siap seloyang. Itu pun kena bersabar dulu sebab kuih sebegini kena tunggu sampai betul2 sejuk baru la cantik bila dipotong.

Puas hati dapat makan kuih lapis seperti yang dibayang2kan selama ini. Akak guna resepi kuih lapis labu yang pernah dicuba tak lama dulu. Cuma tukarkan bahagian labu ke gula merah. Jom tengok apa bahan2nya tu....

SUMBER : SINAR KEHIDUPANKU -   YATIE MEMORIES @ KUIH LAPIS LABU

Bahan A
  • 2 cawan air
  • 1 1/4 cwn gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan-disimpul
Bahan B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/4 cwn tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
Bahan C
  • 1/2 cwn santan pekat
Bahan D
  • 1 cawan gula merah )   masak sehingga mendidih & larut gulanya,
  • 1/2 cawan air            )   tapiskan
 Cara Penyediaan Adunan.
  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
  3. Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  4. Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan D(gula merah)
  5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan iaitu 3 kuning dan 3 putih.
Cara Masak Kuih.
  1. Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Masukkan adunan D(gula merah dan kukus selama 5-7 minit.
  3. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
  4. Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.



4 comments:

  1. salam Azlina.. biasa makan yg kaler pink je.. one fine day boleh la try!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Mar, I pun suka yg pink kaler tu. Nanti bila free cuba la ya :))

      Delete
  2. Assalamualaikum...nampak sedap plak kuih lapis ni...Macam harus di cuba juga suatu hari nanti ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sue, mmg confirm sedap...Cuba la jgn tak cuba tau :))

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...