Monday, January 14, 2013

JOM KITA BUAT KARIPAP PUSING

Assalamualaikum...Apa khabar semua? Lamaa rasanya tak bersua di alam maya ni. Apakan daya...waktu yang begitu padat tidak mengizinkan akak ke sini. Tujuan asal berblog pun memang hanya untuk mengisi masa lapang saja. Bila ketiadaan masa untuknya maka terpaksalah dilupakan sementara keinginan untuk berblog ni. Walau bagaimanapun, terima kasih diucapkan kepada sesiapa jua yang sudi menghadirkan diri anda disini... really appreciate it!!

Ok laa..berbalik pada gambar...ada tak sesape yang tak suka makan karipap pusing? Hah, memang susah nak cari orang yang tak gemarkannya betul tak! Jika betul ada yang tak suka memakannya tak payah le susah2 nak belajar membuatnya kannn..tambah pula nak buatnya perlu kerajinan yang tinggi (tu la yang I pun malas tu....) 

Tapi kalau anda gemar & tak reti jemu memakannya so apa kata jika buat sendiri. Bila buat sendiri ni rasanya dah tentu jauh lebih sedap dari yang dibeli sebab kita boleh letak apa je inti yang disukai, dapat makan banyak pulak tu kan!

Selain dari intinya yang sedap, kulit karipap pusing mestilah rangup baru le memikat selera. Lepas makan seketul, nak seketul lagi, dan lagi, payah nak berhenti jika dapat karipap pusing yang betul2 sedap.

Ada juga cara yang mudah untuk buat kulit karipap pusing ni tapi bagi I cara yang ini yang paling disukai sebab hasilnya sangat2 memuaskan, banyak lapisannya & sangat2 rangup..Actually memang ramai la jugak orang yang ingin belajar cara buat karipap pusing ni dengan akak, ada yang kata depa buat karipap pusing tak jadi sama macam akak la, lapisan tak banyak la, tak rangup la, tak cantik la & macam2 LA lagi! Iye ke depa buat tak sedap tu, cerr bagi sikit I nak rasa..ntah2 sedap jer kan!

I ni kalau orang bertanya memang sedaya upaya nak menerangkan tapi masalahnya benda ni bukannya boleh main cakap dan main lukis je ( ada jugak depa sampai suruh lukis kat kertas wakaka :)) 
Kan bagus kalau depa2 ni semua pakat mai tengok kat sini... Jom kita tengok bahan2nya...

BAHAN A

200 gm tepung gandum
100 gm shortening       
Secubit garam

BAHAN B

400 gm tepung gandum
200 gm air
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA

DOH -A
  1. Gaulkan shortening bersama tepung gandum dan masukkan garam
  2. Uli dengan tangan sehingga betul2 sebati
  3. Bahagikan kepada 6 doh kecil. 1 doh bersamaan dengan 50 gm 
  4. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap
DOH -B
  1. Satukan tepung gandum dan garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaulkan sehingga menjadi doh
  2. Bahagikan ia kepada 6 doh2 kecil. 1 doh bersamaan dengan 100 gm
  3. Rehatkan doh dan tutup dengan tuala lembap
Tengok gambar tu, doh kecil adalah doh A & doh besar adalah doh B yang dah siap

  1. Langkah seterusnya, canaikan doh B sehingga agak leper berbentuk bulat
  2. Letakkan doh A betul2 ditengah doh B
  3. Bentukkan menjadi satu doh iaitu doh B diluar dan doh A berada didalam doh B
  4. Tutup dengan tuala lembab & rehatkan 5 minit
  1.  Ambil 1 doh dan canaikan memanjang
  2. Guna pisau dan potong dibahagian tengahnya, jangan putus dibahagian atas, tinggalkan lebih kurang 3 cm
  3. Bermula dari bahagian bawah sekali iaitu doh sebelah kanan, gulungkan dengan kemas & padat seperti digambar

  1.  Refer gambar cara digulung, gulungkan terus menerus tanpa henti menuju ke bahagian atas & pusing ke kiri dan teruskan gulung sehingga ke penghujungnya.
  2. Pastikan gulungannya kemas dan padat 
  3. Rehatkan doh sebentar, tutup dengan tuala yang lembap supaya doh tidak kering

Beginilah bentuk doh yang sudah siap digulung sepenuhnya

  1. Apabila semua kelapan2 sudah siap, guna penggelek dan canaikan mengikut panjangnya satu persatu, ketebalan dohnya biar sederhana je. Refer gambar yg paling kiri tu..
  2. Gulungkan doh dengan berhati2, pastikan gulungannya kemas
  3. Gulung kesemuanya sehingga selesai.
  1. Guna pisau yang tajam dan potongkan setiap gulungan doh kepada 8 bahagian yang sama besarnya
  2. Kemudian canaikan satu persatu doh yang dipotong secara memanjang, refer gambar tengah..jangan canai terlalu nipis
  3. Letakkan inti karipap secukupnya di atas doh yang dicanai
  4. Tutupkan doh dengan kemas dan kelim dengan kemas disekelilingnya sehingga bercantum kesemuanya 

RESEPI INTI KARIPAP


Bahan bahannya :

6 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil2
Isi ayam atau daging secukupnya - dicincang kecil2
2 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Bahan kisar :
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar udang kering (jika suka)

CARA MENYEDIAKANNYA
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga 3/4 empuk, toskan
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu diikuti bahan kisar, kacau2kan dan biarkan sehingga kekuningan
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering.

 

  1. Apabila semua sudah siap, bolehlah digoreng
  2. Panaskan minyak dalam kuali, minyak haruslah banyak dan betul2 panas
  3. Masukkan satu persatu kedalam kuali, jangan goreng terlalu banyak karipap pada satu masa
  4. Biarkan karipap sehingga berwarna keemasan barulah diterbalikkan dengan menggunakan sudip
  5. Jangan diterbalikkan sekiranya masih putih sebab nanti karipap akan pecah & tak cantik rupanya
  6. Apabila sudah diterbalikkan kesemuanya tunggu sehingga kesemua karipap garing. Angkat dan toskan dan sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

38 comments:

  1. ooo...complicated jgk yer. nasib baik saya lg suka karipap biasa dr yg pusing, hehehe. karipap akak punya pusing tu mmg nampak perfect, mesti akak slalu buat kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inaku79, nampak mcm susah ke? pening gak tengok pusingan tu ya! sekarang dah jarang2 buat sbb malas..hehe :))

      Delete
  2. Salam akak...cantiknya karipap pusing akak...feveret nie...nak kena try buat jgklah nampaknya...mintak resepi tuh ye kak..:) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ummuaidan..kalau dah favourite kena try buat cepat2, Aidan pun boleh tolong ni..cuba la resepi tu, Insya Allah menjadi..thanks Ummu :))

      Delete
  3. salam kak lina...
    saya salah sorang penggemar karipap! tak kira karipap biasa maupun karipap pusar dua2 pun suka.. sebab tu dulu pernah jd usahawan karipap frozen sekejap.. hhihi... now dah pencen.. bukan sbb takde customer.. tp sebab tak larat dah nak buat.. tak cukup masa.. lagipun skrg dah tak mampu nak stay back sampai lewat mlm... nnt kepala pusing2 terus satu apa pun takleh wat kerja... jd.. pencenla kejap..

    sy pernah buat karipap pusing ni... tp lain sikit cara menggulungnya & resepi pun lain juga... nnt boleh cuba cara kak lina pulakk... nampak pusarnya tu pun cantik sgt kak... patutlah ramai yg puji akak buat cantik.. t.kasih ye kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ratna, nanti dah pencen boleh je sambung balik bisnes karipap ni..memang karipap ni sentiasa ada permintaan, jarang org yg tak suka mkn..
      Kalau dah air tgn Ratna tu guna resepi mana pun gerenti sedap..sudi2kanlah mencubanya ya..maceh :))

      Delete
  4. cantik nyer..nanti nak cuba resipi nie pulak..terimakasih azlina siap bagi step by step...sayng dia..muah...muah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak dengar citer kak Asma, masing2 sibuk kan! sayang dia jugak muah3..kalau free nanti cubalah ya :))

      Delete
  5. Replies
    1. Karipap singgit dapat 3 ketul ya..tapi Gee punya pasal dpt extra 3 lagi..hi3 :))

      Delete
  6. assalam kak ina,apa kabar?hmm kalau kebizian tu mknanya bisns makin kencang.Alhamdulillah murah rezeki kak Ina.

    susahnya nk wt karipap pusing ni.Sy ni jgn kata nk wt pusing,yg bese2 pun xpandai haha.Pastu malasnya yg lebih bab nk mengelim tu.Sudahnya beli jer la takat 4ketoi kih2
    Pepon tima kasih sudi share step by step tuh.Sgt brguna ilmu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Lina..alhamdulillah akak sihat je. brniaga kecil2an, alhamdulillah rezeki utk anak2. ikut style karipap pusing ni mmg agak rumit bg yg tak biasa tp once dah terror tu mmg laju je jadinya. setuju sgt, kalau beli lagi senang..hehe :))

      Delete
  7. salam Azlina.. hmm sodap tu... dulu2 memang biasa buat karipap ni.. tak de info bab shortening ni... guna minyak kelapa yg dah dipanaskan je he he.. sekarang dah pencen buat karipap ni.. dah ada step by step ni .. boleh lah one fine day kita rujuk kat sini ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mar, dulu2 tengok mak buat pun guna minyak klapa, sodap jer karipap tu..cuma org skarang ngada2 letak mcm2..hehe..nanti bila2 free cuba la buat ya :))

      Delete
  8. suka makan kak,,tapi tak penah buat,,tak reti,,akak dah bagi step tu suri bookmark dulu,,resipi ni..tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la buat sendiri kalau ada masa, Insya Allah menjadi & anak2 Suri tentu suka makan. Tapi kena tunggu time baby tidur la kan...:))

      Delete
  9. Wah mcm sedap jer boleh la blajar buat sendiri nanti tq akak
    http://yusrasuperstar.blogspot.com visit and follow me back friends

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2 la cuba membuatnya Yusra. Insya Allah ada masa saya visit ya..thanks :))

      Delete
  10. salam kak. cantiknya karipap akak posing..menawan! nak cuba ikut step yg akak tunjuk ni nampak lagi mudah. terima kasih kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nor, biasa2 je karipap tu. nanti nor buat tentu lebih menawan..cuba lah buat, takde susahnya cuma kena rajin mencuba..:))

      Delete
  11. Salam kak...saya mintak izin nak letak blog akak kt blog list saya yaa..senang nak refer kalo nak buat kuih muih.... saya memang fail bab kuih2 nie..skg br nak belajar... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Naniey..terima kasih sudi ke sini ya. sila2kan lah, Insya Allah free nanti akak visit blog naniey ya. akak pun biasa fail jugak bab kuih2 ni..;-]

      Delete
  12. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    http://wisataoutboundmalang.com/

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. waduh..cun banget rupa paras karipap pusing azlina wat nih..kalu dapat rasa tentu lagik cunn kan..hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu belum lagi kalau puan doc yg membuatnya...alahai biasa2 je karipap tu kak Ina ooi, buat malu je tau :))

      Delete
  15. Inilah step buat kuih karipap yang paling complete yang pernah saya pernah tengok, barulah confident nak cuba buat.
    Thank You.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah suka rasanya jika akak dpt mmbantu ,InsyaAllah brjaya cuma kena rajin mncuba ya..:))

      Delete
  16. oo....camtu buat nye...bleh try ni

    ReplyDelete
  17. pak mau tanya, berapa lama karipap frozen boleh tahan?

    ReplyDelete
  18. kak buatlah kursus kat rumah boleh kita org pergi

    ReplyDelete
  19. Salam perkenalan. Maaf ye saya share resepi ini. Dah banyak resepi karipap pusing saya buat, tapi kali ini saya c7ba buat dengan resepi ini pulak. Nmpak canyik sangat2.

    ReplyDelete
  20. Mohon copy ye..tq

    ReplyDelete
  21. Salam. Family sy ada bisnes frozen kuih. Tp core kami adalah karipap pusing. Keistimewaan karipap frozen kami adalah ianya tidak menyerap minyak. Kami juga menerima tempahan kuih lain seperti roti jala, popia, kuih bangkit dan juga kuih raya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 0165079780, firdaus

    ReplyDelete
  22. Salam akak..akak tau tak macam mana nak frozen kan karipap ni?

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah akak..akhirnya jumpa jugak cara buat karipap pusing yang potong tengah macam ni..dah lama saya cari..cantik karipap akak..terima kasih banyak2..tak sabar nak kongsi dengan mak ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...