Wednesday, December 5, 2012

AYAM MASAK TANJUNG

Assalamualaikum...Dalam kesibukan macamana sekali pun, memasak tak dapat ditinggalkan. Tambahan lagi waktu cuti sekolah begini, anak2 asyik mengulang makan kerjanya. Budak2 tengah nak membesar ni, macam tu lah kan! 

Ayam masak tanjung ni adalah kali kedua akak memasaknya & salah satu menu yang digemari. Masakan kering sebegini memang sedap apalagi jika digandingkan dengan nasi minyak. Cerita banyak pun tak guna, apa kata tengok je resepinya di bawah ini. Selamat mencuba...:))

SUMBER : CHEF KAMARUL

BAHAN BAHANNYA

1 ekor ayam - dipotong kecil (digoreng dengan kunyit dan garam)
2 batang serai - titik
2 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun kari
2 cm belacan
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula melaka
3 sudu kecil cili kisar
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar minyak masak - untuk menumis
400 ml santan pekat
150 ml air
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS

2 labu bawamg besar - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar

BAHAN REMPAH

2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis

CARA MENYEDIAKAN :


  1. Di dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bahan tumis.
  2. Masukkan daun kari, rempah kasar dan serai. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar,biarkan masak seketika.
  4. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur sedikit air.
  5. Selepas itu, masukkan kicap pekat, sos tiram, sos tomato dan gula melaka dan kacau rata.
  6. Masukkan pula belacan dan kerisik. Tuangkan santan, dan kacau dengan api yang perlahan.
  7. Masak sehingga rempah betul-betul sebati dan pecah minyak. Tambahkan garam secukup rasa.
  8. Selepas itu masukkan ayam, kacau perlahan-lahan. Pastikan ayam dimasak sebati dengan kuah.


8 comments:

  1. salam..mengancam ni.. pagi-pagi dah layan mata.. pe lagi tengah lapar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mar, layan mata pun jadi lah..kalau tgh lapar mmg tengok semuanya sedap belaka kan! :))

      Delete
  2. Assalammualaikum Kak lina..
    Ya Allah...sedapnyaaaaa...boleh cuba ni weekend nnt..YaY..masuk list..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Lyza, cuba tau..jgn tak cuba. Akak punya list pun dah panjang berjela2 tu..haha :))

      Delete
  3. salam kak ina..semalam sy dk ronda-ronda pekan tapah tp tak jumpa pon kedai kak ina...kedai akak kt mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Ummi..kalau cari 3 hari 2 mlm pun xkan jumpa sbb tempat baru akan dibuka di simpang TF Value Mart, tunggu masa yg sesuai je ni sbb tgh terlampau2 busy..semlm baru je wedding BIL.. :))

      Delete
  4. salam azlina
    wah boleh masuk list ni resepi ayam..hari ni masak sotong dulu yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe2..masuk je list dulu, sotong msk sambal tumis ke tu...amboi sedapnya kak Ina !!

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...